A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Fisioterapi
  6. /
  7. Bayi dan Kanak-kanak
  8. /
  9. Pengurusan untuk Kondisi Spina...

Pengurusan untuk Kondisi Spina Bifida

Spina bifida merupakan kondisi yang didapati sejak lahir di kalangan sesetengah kanak-kanak.

Pengenalan

Spina bifida merupakan kondisi yang didapati sejak lahir di kalangan sesetengah kanak-kanak. Kondisi ini akan berlaku jika selaput saraf tunjang seorang bayi tidak tutup dengan sempurna sewaktu dalam kandungan ibu. Kondisi menjadi serius mengikut tahap di mana saraf tunjang terlibat.

Sumber: www.doctortipster.com

Klasifikasi untuk Spina Bifida

  • Spina Bifida Occulta

  • Tiada ciri-ciri yang ketara dan biasanya tidak mempengaruhi kefungsian seharian

  • Meningocele

    • Kandungan cecair saraf tunjang mengalir ke luar dan dan menekan pada lapisan kulit. Satu bonjolan yang ketara akan diperhatikan dari luar

  • Myelomeningocele

    • Jarang tetapi tahap yang paling serius

    • Sebahagian daripada saraf tunjang terkeluar dari selaput spinal canal dan menekan pada lapisan kulit. Penglibatan saraf adalah serius dan pergerakan, rangsangan, dan kefungsian badan akan terjejas.

    • Kondisi ini biasanya akan datang sekali dengan masalah terlalu banyak cecair bertakung di otak menyebabkan bengkak dan peningkatan tekanan dalam otak.

Punca
  • Kebanyakan punca untuk kondisi ini tidak diketahui.

  • Faktor persekitaran

  • Faktor genetik

Faktor yang menjadikan kondisi serius

  • Saiz dan lokasi bonjolan saraf tersebut

  • Sama ada terdapatnya lapisan kulit yang selaput lokasi bojolan saraf tunjang

  • Tahap saraf yang terjejas di sepanjang saraf tunjang (level of spinal cord)

Objektif Fisioterapi

  • Meningkatkan kekuatan otot

  • Meningkatkan julat pergerakkan sendi secara aktif

  • Memastikan sendi anggota bawah berada pada keadaan yang optima

  • Meningkatkan kefungsian sendi dari segi joint sense

  • Memastikan otot mempunyai kepanjangan yang sesuai (elakkan contracture)

  • Meningkatkan tahap penjagaan sendiri dari segi aktiviti kefungsian seharian

  • Mengurangkan sakit (jika ada)

Gejala / Tanda

  • Dimple di lokasi yang terjejas

  • Pertumbuhan rambut di lokasi tulang belakang yang terjejas

  • Bengkak pada tulang belakang

  • Kurang atau tiada sensasi / rasa pada anggota badan yang terlibat

  • Kurang atau tiada keupayaan untuk menggerakkan anggota badan yang terlibat

  • Bengkok tulang belakang (Scoliosis)

  • Untuk kes yang serius, kanak-kanak tersebut akan mengalami ciri-ciri seperti kesusahan dalam pembelajaran, sawan dengan kekerapan yang tinggi dan masalah penglihatan

Komplikasi

  • Masalah fizikal dan neurologi

    • Mempunyai masalah perkumuhan dan lumpuh sepenuh atau separa pada anggota yang terlibat

    • Masalah sawan, terutamanya kes yang mempunyai shunt

    • Kelemahan otot atau ketidakupayaan untuk menggerakkan anggota badan

    • Masalah pengawalan pundi kencing

    • Masalah penelanan dan penghasilan suara

    • Masalah kulit sensitif

    • Masalah salur pencernaan

  • Masalah hydrocephalus- pengumpulan cecair berlebihan dalam otak
    • Biasanya bayi yang mempunyai hydrocephalus, pembedahan ventricular shunt akan dilakukan- satu tiub saliran dari otak ke bahagian perut supaya tekanan dalam otak tidak meningkat akibat cecair yang berlebihan
    • Infeksi otak seperti meningitis dan encephalitis
  • Onset yang awal untuk akil baligh
  • Faktor psikologi seperti murung dan tiada keyakinan diri

Rawatan

Jenis rawatan adalah seperti berikut:

  • Alat bantuan Orthopedic
    • Tongkat dan brace merupakan yang paling biasa mengikut tahap kefungsian badan sendiri

    • Kerusi roda

    Senaman dan aktiviti- terdapatnya senaman dan aktiviti yang sesuai dengan kanak-kanak yang mempunyai spina bifida.

     

    Rehabilitasi

    • Untuk kanak-kanak yang mempunyai kondisi spina bifida, perkembangan milestone untuk motor kasar haruslah dicapai seberapa banyak yang boleh. Contoh: keupayaan untuk duduk atau merangkak (jika boleh)

    • Senaman dan aktiviti fizikal. Contohnya: bowling, aktiviti kolam renang, senaman menguatkan lengan dan tangan. Latihan untuk kekuatan tangan adalah sangat dititikberatkan.

    • Menitikberatkan pergerakkan dan kefungsian seharian secara berdikari. Contoh: latihan untuk berjalan dengan alat bantuan atau latihan untuk kemahiran menggunakan kerusi roda (willy)

    • Pemakaian splint kaki untuk memastikan kepanjangan otot terjamin dan mengelakkan contracture otot

    • Mengajar strategi penjagaan sendi untuk mengelakkan sakit sendi yang awal (early arthritis) pada sendi seperti bahu dan siku akibat penggunaan yang berlebihan

    Rujukan

    1. Verhoef M, Barf HA, Post MW, van Asbeck FW, Gooskens RH, Prevo AJ. Functional independence among young adults with spina bifida, in relation to hydrocephalus and level of lesion. Dev Med Child Neurol 2006;48(2):114-9.

    2. Fujisawa D, Gois M, Dias J, Alves E, Tavares M, Cardoso J. Intervening factors in the walking of children presenting myelomeningocele. Fisioter 2011;24:275-83.

    3. Bier JA, Prince A, Tremont M, Msall M. Medical, functional, and social determinants of health-related quality of life in individuals with myelomeningocele. Dev Med Child Neurol 2005;47(9):609-12.

    Semakan Akhir : 23 Ogos 2019
    Penulis : Pauzillah binti Hj Dollah
    Akreditor : Se To Phui Lin
    Penyemak : Halimah bt. Hashim

Artikel Berkaitan

Skoliosis

Skoliosis ialah satu kondisi perubatan di mana tulang belakang seseorang itu akan bengkok ke kiri atau ke kanan. Ia bukan satu penyakit.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,698

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia