A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Penjagaan Mata

Penjagaan mata biasa

Semasa pemeriksaan bayi yang pertama selepas kelahiran, doktor akan memeriksa mata bayi anda untuk :

  • Penyakit kongenital
  • Jangkitan mata
  • Penglihatan

Dalam penjagaan mata harian anda hendaklah membersihkan disekeliling mata bayi anda dengan kain lembab yang bersih dan jangan gunakan sabun kerana ini akan memedihkan mata.

Pendarahan Sub-Konjuktiva

Jika anda melihat dengan dekat pada bahagian putih di mata anda, anda hanya akan dapat melihat beberapa saluran darah yang halus. Sekiranya satu daripada saluran darah ini pecah, darah akan mengalir keluar kebahagian putih mata. Ini dinamakan Pendarahan Sub-Konjuktiva yang biasanya terjadi semasa kelahiran. Sekiranya ini berlaku maka :

  • Tiada rawatan diperlukan.
  • Ia tidak akan merosakkan mata.
  • Darah yang ada biasanya akan hilang dalam masa dua minggu.

Masalah biasa yang terjadi di kalangan bayi biasanya adalah :

  • Konjuktivitis
  • Penghalangan saluran air mata tersumbat

Konjuktivitis

Konjuktivitis bermaksud kemerahan yang berlaku pada lapisan konjuktiva iaitu bahagian putih mata dan bahagian dalam kelopak mata.Ini mungkin berlaku disebabkan oleh jangkitan, saluran air mata tersumbat atau kerengsaan, contoh : terkena bahan kimia

Bagi bayi, jangkitan kuman biasanya disebabkan oleh bakteria seperti Neisseria gonnorhea (gonorrheal infection) atau oleh Chlamydia trachomatis. Kedua-dua didapati semasa proses kelahiran daripada ibu yang mendapat jangkitan.

Simptom-simptom dan tanda-tanda

  • Keluar cecair kekuningan daripada mata
  • Kelopak mata melekat dengan nanah terutamanya selepas tidur
  • Tahi mata yang sudah kering di bahagian atas pipi
  • Bahagian putih mata mungkin bertukar kemerahan atau merah jambu
  • Kelopak mata membengkak

Konjuktivitis ini boleh menjadi lebih parah sekiranya berlaku jangkitan pada gonorrhea dan berkemungkinan memberi kesan kepada penglihatan bayi. Oleh itu adalah penting untuk membawa bayi anda dengan segera untuk mendapatkan rawatan perubatan.

Rawatan untuk Konjuktivitis Gonococcol

Sekiranya tahi mata atau lain-lain tanda muncul dalam beberapa jam atau hari selepas kelahiran, bayi anda akan dianggap mendapat jangkitan gonorrheal sehingga keputusan ujian didapati. Rawatan yang diberikan adalah:

  • Membersihkan mata setiap jam dengan titisan mata dan titisan antibiotik mata sehingga tahi mata berkurangan dan mata kurang kemerahan.
  • Diberikan suntikan antibiotik melalui saluran vena.
  • Ibu bapa (dan semua pasangan seks ibu bapa yang boleh dikesan) juga akan disiasat dan dirawat sebagai pesakit gonorrhea.

Rawatan untuk Konjuktivitis Chlamydia

Jenis Konjuktivitis ini biasanya bermula 5 hingga 12 hari selepas kelahiran.

Rawatan yang diberikan biasanya adalah :

Tip-tip untuk diingat :

  • Oral antibiotik selama 14 hingga 21 hari untuk bayi dan ibu-bapa.
  • Antibiotik titisan mata dan membersihkan mata.
    • Bawa bayi anda berjumpa doktor secepat mungkin sekiranya tahi mata keluar dengan banyak dan tidak berkurangan.
    • Bayi yang masih ada tahi mata dalam beberapa hari kelahiran hendaklah dibawa ke hospital dengan segera.
    • Gunakanlah kain bersih atau tuala yang berasingan untuk bayi kerana ia boleh berjangkit.
    • Jangan gunakan titisan mata yang lama kecuali dengan arahan doktor.

Pencegahan

Titisan mata pencegahan, silver nitrate 1% telah tidak digunakan di Malaysia sejak beberapa tahun kerana pengurangan kes konjuktivitis gonoccocal dan terdapatnya antibiotik yang lain.

Saluran air mata (Nasolacrimal) terhalang.

Bermakna saluran yang biasanya menyalurkan air mata dari mata ke hidung tersumbat/tersekat. Bayi yang baru lahir mempunyai kebolehan untuk merembeskan air mata jika termasuk debu atau bahan kimia tetapi biasanya tidak boleh merembeskan air mata kerana emosi hinggalah sehingga berumur antara 2 hingga 3 tahun. Ini menerangkan kenapa tercetusnya simptom pada umur yang agak lewat sungguhpun ianya bermula dari lahir.

Perkara ini berlaku kepada 2 hingga 6 peratus kelahiran baru. Kedua-dua belah mungkin tersumbat. Kebanyakan saluran air mata yang tersumbat ini akan terbuka secara spontan apabila berumur satu tahun.

Air mata yang kerap mengalir juga boleh menjadi tanda kepada ‘glaucoma’ kongenital (sejak lahir) dan ini akan mengakibatkan sensitif kepada cahaya dan pembesaran kepada mata yang terlibat.

Tanda-tanda dan simptom

  • Air mata keluar berterusan yang mana biasanya dalam beberapa minggu selepas lahir.
  • Keluar air mata dibahagian lebih bawah kelopak mata dan pipi.
  • Bahagian putih mata pada permulaannya tidak kelihatan kemerahan atau pink sehingga jangkitan bermula.
  • Terdapat risiko jangkitan mata (Konjuktivitis) kerana kelemahan sistem saliran.
  • Jika jangkitan tidak dirawat, jarangkali ia akan merebak sehingga ke sekeliling bahagian mata atau pipi.

Rawatan

Rawatan diperlukan segera jika:

  • Kelopak mata menjadi sangat merah atau membengkak
  • Muncul benjol kemerahan di bahagian bawah sudut kelopak mata.

Berjumpa doktor sekiranya:

  • Terdapat tanda dan simptom (konjutiva), seperti keluar cecair kekuningan
  • Jika air mata berterusan keluar selepas berumur setahun, dapatkan rawatan daripada ophthalmologist (Pakar Mata).
  • Sekiranya bayi mudah terganggu dengan cahaya atau sebelah mata lebih besar seperti di glaucoma kongenital.
Semakan akhir : 27 April 2012
Penterjemah : Dr. Irene Cheah Guat Sim
  : Dr. Terrence Thomas
  : Dr. Umathevi Paramasivam
Penyemak : Dr. Irene Cheah Guat Sim

Artikel Berkaitan

Kembung Perut

Istilah kembung perut biasanya dikaitkan dengan bayi yang menangis berterusan disebabkan oleh sakit perut

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,616

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia