A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Remaja
  4. /
  5. Kesihatan Fizikal
  6. /
  7. Kekal Sihat
  8. /
  9. Penjagaan Tulang Belakang

Penjagaan Tulang Belakang

Penjagaan tulang belakang adalah penting bagi mengurangkan masalah seperti sakit belakang, sakit tengkuk, rasa letih lesu serta kita merasa sihat cergas dan berkeyakinan.

Kenapa penting untuk menjaga tulang belakang?

Penjagaan tulang belakang adalah penting bagi mengurangkan masalah seperti sakit belakang, sakit tengkuk, rasa letih lesu serta kita merasa sihat cergas dan berkeyakinan.

Apakah cara untuk menjaga tulang belakang?

  • Satu cara yang paling penting adalah dengan menjaga postur kita. Cara kita berdiri, duduk, baring dan mengangkat barang adalah penting. Postur yang salah apabila melakukan aktiviti ini boleh mengakibatkan sakit belakang yang berpanjangan.

  • Link : Sila lihat : artikel Posture

  • Ada pelbagai senaman yang boleh dilakukan untuk menyokong tulang belakang.  Berjalan dan berenang terutamanya kuak lentang dan menggunakan basikal statik adalah cara-cara yang baik untuk menguatkan tulang belakang.

  • Selain dari senaman aerobik, senaman regangan dan pengukuhan juga perlu dilakukan.

  • Antara senaman yang boleh dilakukan adalah seperti di bawah :

Lakukan aktiviti regangan sebelum melakukan senaman untuk tulang belakang

Gambar dari wikihow

Sila klik di sini untuk melihat senaman untuk tulang belakang:
http://video.about.com/backandneck/Back-Stretches-for-Back-Pain.htm

Tip penjagan tulang belakang

  • Elakkan dari berdiri terlalu lama. Jika terpaksa berdiri untuk jangka masa panjang letakkan bangku rendah dekat dengan kaki.  Salah satu kaki boleh diletakkan secara bergilir di atas bangku tersebut bagi merehatkan kaki.

  • Jangan guna kasut bertumit tinggi. Pakailah kasut dengan pelapik lembut.

  • Apabila duduk, gunalah kerusi dengan belakang yang lurus dan boleh diubahsuai ketinggiannya.

  • Jika memandu pada jarak jauh, berhentilah setiap satu atau dua jam.  Keluar dari kereta dan berjalan seketika.  Jangan mengangkat barang yang berat sejurus selepas memandu jarak yang jauh.

  • Berhenti merokok.  Merokok boleh mengurangkan pengaliran darah kepada diska intervertebral pada tulang belakang dan boleh mengakibatkan masalah sakit belakang.

  • Kurangkan berat badan jika berat badan berlebihan.

Rujukan

Semakan Akhir : 28 Ogos 2020
Penulis : Dr. Nazrila Hairizan bte. Nasir
Akreditor : Lt. Kol. Dr. Ridzuan bin Azmi
Penyemak : Dr. Nazhatussima bt. Suhaili

Artikel Berkaitan

Tahap Kolesterol Remaja

Kadangkala kanak–kanak dan remaja boleh mengalami paras kolesterol tinggi. Keadaan ini biasanya dipengaruhi oleh factor keturunan dan dikenali sebagai Hiperkolesterolemia Familial. Anda mungkin berasa sihat dan tidak sedar akan masalah ini sehingga anda melakukan ujian saringan untuk kolesterol.

Perlukah saya ke gimnasium?

Senaman penting bagi mendapatkan kesihatan yang optimum, mengekalkan berat dan mengurangkan tekanan. Melakukan senaman mempunyai banyak faedah yang tidak dapat dinafikan. Mengadakan masa untuk menjadi sihat adalah satu keputusan yang bijak yang tidak akan disesali di kemudian hari.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,691

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia