A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Dewasa
  4. /
  5. Penyakit
  6. /
  7. Ortopedik
  8. /
  9. Penukaran Sendi Palsu

Penukaran Sendi Palsu

Pengenalan

Tulang-tulang di selaputi oleh tulang rawan pada permukaan sendi. Tulang rawan ini amat licin untuk memudahkan pergerakan sendi . Ia boleh rosak disebabkan oleh penyakit seperti osteoarthritis, rheumatoid arthritis ,avascular necrosis atau kecacatan dari lahir. Ini akan menyebabkan kesakitan pada sendi tersebut terutama semasa bergerak.Sendi juga di selaputi oleh selaput synovium yang berfungsi untuk mengeluarkan bendalir untuk melicinkan pergerakan.

Apabila sesuatu sendi itu rosak , pakar bedah ortopedik boleh memperbaiki atau menukar sendi tersebut.Apabila kesemua sendi itu rosak , penukaran sendi secara total boleh dilakukan ( menukar sendi tersebut dengan sendi palsu atau implan )

Perlukah menukar kepada sendi palsu?

Matlamat utama penukaran sendi palsu adalah untuk mengurangkan sakit pada sendi yang rosak itu.kesakitan yang di alami adalah amat ketara sehingga pesakit akan cuba untuk tidak menggunakan sendi tersebut untuk bergerak dan ini akan melemahkan otot-otot di sekeliling sendi tersebut. Keadaan ini akan memburukkan situasi yang telah ada. Pemeriksaan fizikal , gambar sinar x dan ujian makmal dapat menunjukkan tahap sendi yang rosak. Penukaran sendi palsu adalah rawatan terakhir jika pesakit masih mengalami sakit yang amat ketara dan tidak dapat dikurangkan oleh kaedah lain ( ubat penahan sakit atau fisioterapi ).

Sendi lutut , pinggul , bahu dan siku adalah sendi yang biasa ditukar dengan sendi palsu pada waktu ini.Sendi-sendi lain (pergelangan kaki , tangan dan jari ) juga boleh ditukar dengan sendi palsu tetapi keputusan dari pembedahan tersebut masih lagi tidak mencapai tahap yang terbaik


Gambar sewaktu pembedahan penukaran sendi palsu lutut

Proses penyembuhan

Secara umum, pesakit akan disuruh untuk menggunakan sendi palsu tersebut secepat mungkin selepas pembedahan. Jika sendi lutut atau pinggul ditukar dengan sendi palsu, pesakit akan disuruh untuk berjalan pada keesokan hari pembedahan. Pesakit akan memerlukan bantuan tongkat untuk bergerak dan mereka mungkin mengalami kesakitan yang minima disebabkan oleh otot yang lemah. Keadaan ini akan bertambah pulih dengan latihan senaman dalam beberapa bulan

Latihan senaman adalah amat penting untuk proses pemulihan dan setiap sendi yang berlainan mempunyai program senaman yang berlainan. Selepas pembedahan, pesakit dibenarkan untuk bermain golf, berjalan, menari dan berkebun tetapi terdapat beberapa pergerakan yang pesakit perlu elakkan supaya tidak merosakkan sendi palsu. Pesakit juga tidak dibenarkan bermain sukan yang sangat aktif seperti tennis atau berlari .

Pergerakan sendi akan bertambah baik selepas pembedahan dan ini bergantung kepada keadaan otot-otot di sekeliling sendi sebelum pembedahan

Komplikasi

    • Infeksi : Ia mungkin akan berlaku selepas pembedahan pada peringkat awal atau selepas beberapa tahun. Infeksi yang minima boleh dirawat dengan antibiotik. Infeksi dalaman dan yang lama memerlukan pembedahan dan mungkin menukar sendi tersebut.

 

    • Darah beku : Ia mungkin berlaku disebabkan oleh beberapa faktor termasuk kekurangan pergerakan anggota. Ini menyebabkan perjalanan darah vena yang perlahan. Ia akan menyebabkan kebengkakan dan kesakitan pada anggota terlibat. Jika ini berlaku pakar bedah ortopedik akan melakukan pemeriksaan fizikal dan makmal serta akan berbincang dengan pesakit mengenai rawatan dan kaedah pencegahan darah beku.

 

  • Kelonggaran implan : Ini boleh berlaku pada permukaan tulang dan implan dan akan menyebabkan kesakitan. Jika kelonggaran itu menimbulkan masalah kepada pesakit, pembedahan perlu dilakukan untuk menukar sendi palsu yang lain.
  • Peralihan sendi palsu : Kadangkala implan di sendi tulang pinggul mungkin beralih dari tempat asal. Implan tersebut boleh dimasukkan ke tempat asal tanpa pembedahan. Jika peralihan itu sering berlaku dan menimbulkan masalah kepada pesakit, pembedahan mungkin perlu dilakukan untuk menukar sendi palsu yang baru.
  • Kehausan : Kehausan implan akan berlaku di semua sendi palsu. Kehausan yang amat ketara akan memerlukan pembedahan.
  • Kerosakan implant : Kerosakan seperti kepatahan besi atau plastik pada sendi palsu jarang berlaku. Jika ia berlaku pembedahan ulangan perlu dilakukan

Adakah sendi palsu itu kekal?

Penukaran sendi palsu pada warga tua boleh bertahan lebih dari sepuluh tahun. Ia akan memberikan kehidupan yang lebih bermakna di mana tiada kesakitan pada sendi yang terlibat. Penukaran sendi palsu pada pesakit yang lebih muda mungkin memerlukan pembedahan yang lain untuk menukar sendi palsu yang baru. Masa depan akan lebih cerah kepada pesakit yang mengharapkan kehidupan yang lebih berkualiti, berdikari dan aktiviti sihat tanpa merasa kesakitan.

Rujukan

Campbell Operative Orhtopaedic

Semakan Akhir : 25 April 2012
Penulis : Dr. Izan Ibrahim
Penyemak : Dr. Heselynn Hussein

 

Artikel Berkaitan

Telinga Berair

Pengenalan Telinga berair paling kerap berkaitan dengan jangkitan. Lelehan yang

HIV / AIDS – TA

Pengenalan Wabak jangkitan virus Human Immunodeficiency Virus (HIV) dan Sindrom

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,816

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia