A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Ubat & Anda
  4. /
  5. Fakta Ubat
  6. /
  7. Penyakit Bawaan Virus Varicella-Zoster

Penyakit Bawaan Virus Varicella-Zoster

Virus Varicella-Zoster (VZV) adalah virus yang mengakibatkan dua jenis penyakit iaitu varicella (demam campak) dan herpes zoster (kayap). Demam campak kebiasaanya dijangkiti pada zaman kanak-kanak,manakala kayap pula adalah jangkitan lanjut demam campak yang mungkin berlaku pada usia tua.

Virus Varicella-Zoster (VZV)

Virus Varicella-Zoster (VZV) adalah virus yang mengakibatkan dua jenis penyakit iaitu varicella (demam campak) dan herpes zoster (kayap). Demam campak kebiasaanya dijangkiti pada zaman kanak-kanak,manakala kayap pula adalah jangkitan lanjut demam campak yang mungkin berlaku pada usia tua.

Jangkitan pertama virus ini akan menyebabkan penyakit demam campak. Setelah pulih, virus tersebut akan terpendam di dalam saraf tunjang dan berkemungkinan menjadi aktif semula (reactivate) bertahun-tahun kemudian (selepasusia 50 tahun). Jangkitan berulang ini dikenali sebagai penyakit kayap.

Demam Campak

Apa itu demam campak?

Demam campak disebabkan oleh jangkitan VZV. VZV paling mudah menjangkiti kanak-kanak melainkan pelalian diperolehi.

Jangitan ini kebiasaan akan berkekalan selama 7-10 hari dan simptom (gejala) paling biasa adalah demam. Selepas beberapa hari, ruam akan muncul pada bahagian badan seperti dada dan abdomen, dan kadangkala merebak ketangan dan kaki.Ruam yang kemerahan akan berasa gatal dan kemudian akan merepuh.

Bagaimana demam campak boleh berjangkit?

Penyakit ini senang berjangkit melalui titisan rembesan dari batuk atau bersinpesakit. Ia juga boleh dijangkit melalui sentuhan cecair dari lepuh yang sudah pecah.

Demam campak ini juga boleh (tetapi jarang) berjangkit melalui cecair seseorang yang dijangkiti penyakit kayap.

Demam campak senang berjangkit dari awal penyakit (2 hari sebelum ruam muncul) sehingga 5 hari selepas ruam pertama terbentuk.

Berapa lama sebelum demam campakterjadi (sekiranya dijangkiti)?

Tempoh pengeraman adalah lebih kurang 14-15 hari.

Adakah ibu bapa/ penjaga perlu menghindari anak-anak dari sekolah jika terjangkit?

Ya, ibu bapa perlu menghindari anak dari sekolah selama 5 hari selepas ruam pertama terbentuk atau sehingga lepuh sudah kering.

Apakah rawatan untukdemam campak?

Sehingga kini, tiada rawatan spesifik bagi penyakit ini. Namun, gejala seperti demam boleh dirawat dengan paracetamol dan ruam boleh dirawat dengan losyen kalamine.Doktor boleh memberi ubat anti virus bagi menangani gejala penyakit di kalangan pesakit dengan sistem imun yang lemah.

Penyakit Kayap

Apa itu penyakit kayap?

Jangkitan pertama oleh demam campak boleh menyebabkan virus terpendam di dalam sel saraf. Apabila virus ini menjadi aktif semula bertahun- tahun kemudiannya, iadikenali sebagaipenyakit kayap. Penyakit kayap bukanlah jangkitan baru. Ia adalah wabak baru dari jangkitan lama (demam campak). Oleh itu, penyakit ini hanya ditemui di kalangan individu yang pernah dijangkiti demam campak.

Penyakit kayap akan bermula dengan rasa sakit disebabkan olehsaraf yang terjejas dimana virus terpendam. Kesakitan ini boleh terasa seperti sensasi “kesemutan” (tingling sensation) atau sakit yang amat sangat seolah panas terbakar. Gejala ini disebabkan oleh kerosakan sel saraf.

Dalam masa 5 hari selepas bermulanya rasa sakit, ruam akan mula terbentuk setempat dengan saraf yang terjejas. Ini boleh kelihatan seperti lilitan pada kulit di bahagian dada, abdomen, muka atau tangan dan kaki.

Bagaimana penyakit kayap boleh berjangkit?

Seseorang tidak berkemungkinan menjangkiti penyakit kayap dari seorang yang sudah dijangkiti. Walaubagaimana, lepuh kayap mengandungi virus aktif yang berkemungkinan menjangkiti individu yang belum mendapatkan imunisasi demam campak.

Apakah komplikasi penyakit kayap?

Kesakitan akibatpenyakit kayap boleh berterusan untuk beberapa minggu atau berbulan-bulan. Tambahan pula, jangkitan kedua yang berpunca dari lepuh boleh berlaku dan berkemungkinan menyebabkan parut yang teruk.

Apakah rawatan untuk penyakit kayap?

Oleh sebab penyakit kayap sering berlaku di kalangan orang tua (sistem immun yang lemah), ubat anti virus boleh diberikan oleh doktor untuk mengurangkan gejala penyakit ini. Ubat-ubatan lain yang boleh diberi adalah seperti ubat paracetamol (untuk demam) dan ubat tahan sakit.

Demam Campak vs. Kayap

Jadual1: Perbandingan antara Demam Campak dan Kayap

 
Demam Campak
Kayap
Penyebab Jangkitan pertama oleh VZV Jangkitan kedua apabila VZV aktif semula dalam pesakit demam campak
Umur apabila dijangkiti >90% jangkitan berlaku sebelum mencecah umur remaja Orang dewasa yang berumur >50 tahun jika jangkitan pertama (demam campak) telah berlaku
Individu yang boleh dijangkiti Kanak-kanak dan dewasa Kebiasaan orang tua >50 tahun
Pentunjuk dan simptom Bermula dengan demam ringan
Hilang selera makan
Sakit kepala
Rasa keletihan
Ruam yang gatal dan kemudian terbentuk lepuh
Rasa ‘kesemutan’, kebas pada tempat ruam
Demam ringan
Keletihan
Ruam, kemudian terbentuk lepuh
Sakit saraf
Tempat ruam boleh terbentuk

Ruam kebiasaannya luas merangkumi dada, abdomen, muka, tangan dan kaki

Sumber Gambar: Wikipedia

Ruam adalah setempat, berdekatan dengan saraf (belakang badan, dada, muka)

Sumber Gambar: Everyday Health

Cara virus berjangkit Bersentuhan dengan rembesan, lepuh seseorang yang sudah dijangkiti Bersentuhan dengan rembesan, lepuh yang boleh mengakibatkan demam campak
Waktu virus paling berjangkit 1 sehingga 2 hari sebelum ruam terbentuk sehingga ruam lepuh sudah menjadi kering Ruam menjadi lepuh sehingga lepuh sudah menjadi kering

Immunisasi

Terdapat beberapa jenis vaksin di pasaran Malaysia. Jadual2 menunjukkan jenis-jenis vaksin tersebut serta cara penggunaan yang betul.

Secara umumnya, kesemua vaksin untuk demam campak boleh diberi kepada individu 12 bulan ke atas (9 bulan ke atas bagi vaksin PriorixTetra). Satu-satunya vaksin bagi penyakit kayap boleh diberi kepada individu yang berumur 50 tahun ke atas di kalangan individu yang berisiko tinggi.

Kesemua vaksin diberi 1 dos sahaja dan suntikan adalah secara subcutaneous, iaitu dibawah kulit pada lapisan lemak. Dos kedua boleh diberikan bergantung kepada program imunisasi kebangsaan.

Antara kesan-kesan sampingan pemberian vaksin-vaksin ini adalah seperti demam, sakit dan bengkak pada tempat suntikan, dan ruam.

Semua vaksin perlu disimpan pada tempat dan keadaan yang betul dan berpatutan mengikut garis panduan vaksin masing-masing.

Maklumat lanjut boleh diperolehi dengan menghubungi petugas kesihatan atau ahli farmasi yang berdekatan.

Jadual 2: Jenis-jenis vaksin di Malaysia

Semakan Akhir : 25 Februari 2017
Penulis/Penterjemah : Jenny Thong Chen Ni
Akreditor : Dr. Yvonne Khoo Siew Khoon

Artikel Berkaitan

Panduan Kepada Penjaga (Pesakit Warga Emas)

Anak-anak mempunyai tanggungjawab dalam memastikan kesihatan ibu bapa mereka terutamanya yang telah uzur dijaga dengan baik. Ibu bapa yang masih aktif dan mampu menguruskan diri, juga masih memerlukan bantuan untuk mengambil ubat-ubatan secara selamat dan betul.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,616

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia