Soalan 1 Bagaimana merawat demam campak bagi kanak-kanak? Jawapan 1 Demam campak (Rubeola) adalah jangkitan akut pada kanak-kanak disebabkan oleh virus measles. Tiada rawatan khusus bagi demam campak. Ia adalah ‘self limiting’ iaitu sistem imun badan sendiri akan melawan virus tetapi akan mengambil sedikit masa. Hanya rawatan sokongan boleh diberikan seperti:
Demam campak boleh mengakibatkan komplikasi berikut:
Perhatikan sekiranya:
Jika anak anda mengalami tanda/gejala seperti di atas sila bawa anak ke klinik/hospital yang berdekatan dengan SEGERA. Soalan 2 Anak lelaki saya berumur 3 tahun lebih kini demam selama 3-4 hari. Mula-mula dia mengadu bahawa mulutnya sakit. Kami melihat ulser dan membawa dia ke pakar kanak-kanak. Beliau mengatakan ia bukan serius dan demam akan hilang selepas 48 jam. Selepas 3 hari demam, kami turut memberi ubatnya. Selepas itu, saya memerhatikan bahawa matanya berair, dia kurang bertenaga dan hilang selera makan. Dia enggan minum susu. Kami juga melihat bintik-bintik atas leher, belakang, dan muka tetapi tiada atas tangan atau kakinya. Kemudian kami membawa dia ke hospital dan pihak hospital menyatakan ia bukan kes HFM tetapi mungkin jangkitan virus sahaja. Mereka juga melakukan ujian penyakit demam denggi.. Hitungan platelet darah adalah 150. Selepas pulang ke rumah, pada waktu malam demam dianya naik ke suhu 38.9. Dia masih lagi nampak terlalu lemah. Dia tidak sanggup memegang botol susu supaya dapat minum. Akhirnya, dia tidur di samping menggeliat. Pada waktu pagi dia masih demam tapi tidak tinggi sangat. Dia masih tiada selera makan. Saya bawa dia untuk ujian darah sekali lagi hari ini dan hitungan platelelt darah masih 150. Jawapan 2 Ada banyak sebab mendapat demam dengan ruam dan ulser pad mulut dalam zaman kanak-kanak. Kebiasaannya ia disebabkan oleh jangkitan virus tetapi ada kalanya ia bercampur dengan jangkitan bakteria dan lain-lain agen. Demam dengan ruam dan ulser mulut boleh juga disebabkan oleh alahan kepada ubat yang diambil oleh anak anda atau jangkitan oleh penyakit-penyakit yang jarang dijumpa seperti Penyakit Kawasaki. Penyakit ini memerlukan penilaian yang lebih terperinci dan rawatan tertentu kerana ia mungkin akan melibatkan jantung. Tanpa memeriksa anak anda kami tidak boleh membuat sebarang diagnosis yang pasti di sini. Anda telah menyebut bahawa hitungan platelet anak anda adalah 150. Angka ini adalah terlalu kecil dan luar biasa. Kami menganggap anda bermaksud 150,000 se ul. Hitungan platelet adalah hanya ujian saringan sahaja dan bukan ujian yang spesifik untuk demam denggi atau penyakit-penyakit lain. Sekiranya hitungan platelet adalah 150,000 se ul berkemungkinan demam denggi yang dialami itu bukan serius. Jika keadaan anak anda disebabkan oleh demam virus yang biasa dia mungkin akan sakit beberapa hari tetapi akan sembuh balik kemudian. Akan tetapi jika dia demam tinggi beberapa hari dan terlalu lesu sehingga tidak dapat makan, anda dinasihatkan supaya membawa anak anda ke hospital. Anak anda akan didiagnosis dan diberi rawatan yang berpatutan. Semakan Akhir: 23 September 2014 |
Migrain (Sakit Kepala)
Your browser does not support the video tag. [flv]https://myhealth23.primuscore.com/media/download/animasi/pergigian/varnis_fluorida/varnis_fluorida.flv[/flv]