A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Dewasa
  4. /
  5. Penyakit Biasa

Penyakit Biasa

Soalan 1(Buasir)

Kenapa najis saya berdarah?

Jawapan 1

Saya faham, anda risau  kenapa najis anda berdarah. Darah yang anda maksud mungkin darah segar dan warna merah terang, ini terjadi disebabkan pendarahan dari buasir atau luka atau rekahan dubur (anal fissure). Jikalau anda maksudkan darah berwarna merah gelap bercampur dengan najis , ia boleh menyebabkan masalah-masalah penyakit-penyakit usus kecil dan kolon (usus besar). Antaranya ialah  penyakit polyps, kanser, penyakit radang usus  (inflammatory bowel disease), penyakit divertikular, jangkitan dan penyakit usus kecil. Jika najis berwarna hitam ia disebabkan oleh  perdarahan dari perut, usus duodenum dan usus kecil.

Buasir biasanya tidak sakit dan pendarahan berlaku selepas membuang air besar. Ia boleh dikenali apabila menyapu tisu pada punggung atau titis-titis darah pada mangkuk tandas. Rasa sakit apabila membuang air besar adalah disebabkan oleh rekahan dubur (anal fissure). Ia boleh berlaku di semua peringkat umur.

Jika najis berdarah dan diikuti pula tanda-tanda seperti berat badan menurun dengan mendadak, pucat, sakit perut, sifat najis berubah dengan lendir berlebihan, punca-punca lain yang lebih merbahaya perlu dikenal pasti, seperti kanser kolon (biasanya umur 40 ke atas), penyakit radang usus (biasanya pada semua peringkat umur termasukkan kanak-kanak dan penyakit diverkular (biasanya pada umur 50 ke atas). Jika terdapat demam dan cirit-birit, berkemungkinan terdapat jangkitan pada sistem usus.

Apa yang anda perlu lakukan sekarang?

Kami nasihatkan agar anda segera berjumpa doktor / pakargastroenterologist. Beliau akan bertanya tentang riwayat kesihatan anda dan melakukan pemeriksaan perubatan termasuk pemeriksaan dubur dengan menggunakan jari yang bersarung tangan dan mungkin prosedur proktoskopi di mana satu alat seperti teropong yang pendek dimasukkan ke dalam dubur. Anda juga mungkin perlu menjalani ujian darah.

Selepas pemeriksaan proktoskopi, anda mungkin perlu menjalani pemeriksaan lanjut iaitu kolonoskopi untuk mengetahui punca-punca pendarahan daripada usus besar. Untuk prosedur ini, anda perlu mengambil ubat pencahar (julap) untuk membersihkan usus sehari sebelum prosedur itu. Pakar endoskopi akan memasukkan satu instrumen yang fleksibel yakni colonoscope melalui dubur anda. Colonoscope akan dikendali untuk melihat keadaan usus besar. Udara akan dimasukkan dan mungkin anda berasa sedikit  tidak selesa. Ubat penenang biasanya diberi bagi mengurangkan ketidakselesaan tersebut. Prosedur itu biasanya adalah selamat dan risiko untuk usus terkoyak dalam prosedur itu adalah 1:1000.

Ringkasnya, adalah penting untuk mencari punca sebenar perdarahan tersebut. Sila berjumpa pakar gastroenterologist secepat yang mungkin.

Soalan 2 (Kencing Kotor

Sewaktu saya membuang air kencing, saya dapati air kencing saya berwarna kuning keorenan tidak seperti biasa. Sekarang saya sedang haid. Walau bagaimanapun pada bulan lepas saya tidak datang bulan. Adakah saya normal?

Jawapan 2

Perubahan warna air kencing boleh berlaku di dalam beberapa keadaan iaitu:
 
1) Warna kuning gelap jika berlaku kekurangan air di dalam badan atau dehidrasi
2) Warna kuning cerah jika minum air yang berlebihan
3) Warna air teh ‘O’ jika terdapat kandungan darah di dalam air kencing
4) Warna merah jika berlaku pendarahan ketara di dalam sistem buah-pinggang atau pundi kencing

Selain daripada itu, mengambil ubat-ubatan  atau makanan yang tertentu juga boleh menyebabkan perubahan warna kepada air kencing.

Daripada soalan anda, kemungkinan besar warna air kencing anda berubah disebabkan percampuran air kencing bersama darah datang bulan (haid). Setelah seminggu anda sudah habis haid, perhatikan semula warna kencing. Jika ia kembali kepada normal, ia tidak menjadi masalah tetapi jika tidak, hendaklah anda melakukan pemeriksaan air kencing di klinik yang berhampiran.

Kitaran haid boleh terganggu sekali -sekala apabila terdapat ketidakstabilan hormon di dalam badan. Ini boleh berlaku jika anda berada di dalam keadaan stres, masalah berlebihan berat badan. Jika ini kerap berlaku, hendaklah mendapat khidmat nasihat daripada pakar sakit puan.

Soalan 3 (Kebas-kebas kaki dan tangan)

Saya sering mengidap kebas-kebas kaki dan tangan. Saya pernah mendapatkan rawatan dari klinik dan diberi ubat-ubatan tetapi masih belum sembuh. Hasil pemeriksaan darah juga didapati normal.

Jawapan 3

Simptom kebas-kebas di kaki dan tangan memberi petunjuk kemungkinan berlaku masalah pada sistem saraf sensori peripheri (iaitu saraf yang membantu kita merasa). Memandangkan kebas-kebas yang anda alami melibatkan kaki dan tangan bermakna bahagian saraf yang terlibat adalah melebihi daripada satu (polyneuropathies). Proses yang menyebabkan berlakunya  kerosakan pada sistem saraf sensori itu adalah keradangan (imflammation), kecederaan (injury), saraf tunjang tertekan (pressure on spinal nerves), pengambilan minuman beralkohol berlebihan dan jangka masa yang lama, kekurangan vitamin B12 dan juga zat galian seperti kalsium, magnesium dan sebagainya. Walau bagaimanapun, kebas-kebas kaki dan tangan adalah merupakan gejala sering dialami oleh pesakit diabetes yang mengalami komplikasi peripheral neurophaties.Sekiranya berlaku bekalan darah yang tersekat ke kaki dan tangan akibat oleh keadaan ‘artheroskeloris’ yang sering berlaku di kalangan pesakit diabetes, darah tinggi dan perokok juga boleh menyebabkan gejala kebas-kebas.

Memandangkan masalah anda masih belum sembuh walau pun ubat-ubatan telah diberi; adalah dicadangkan anda berjumpa doktor semula, untuk siasatan lanjut bagi mengenal pasti penyakit sebenar yang anda alami agar rawatan yang bersesuaian dapat diberikan. Adalah lebih wajar, anda dilihat oleh pakar saraf untuk dibuat penelitian bagi mengenal pasti sebab dan saraf mana yang terlibat

Semakan Akhir : 9 Oktober 2008

 

Artikel Berkaitan

Asma

  Your browser does not support the video tag. [flv]https://myhealth23.primuscore.com/media/download/animasi/pergigian/varnis_fluorida/varnis_fluorida.flv[/flv]

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,822

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia