[flv]https://myhealth23.primuscore.com/media/download/animasi/pergigian/varnis_fluorida/varnis_fluorida.flv[/flv]
Endometriosis ialah satu keadaan yang tidak merbahaya tetapi boleh menyebabkan kesakitan dan pelbagai masalah lain yang kerapkali mengganggu pengeluaran benih, serta menyekat saluran peranakan wanita. Mengenali Rahim (uterus) Rahim wanita terdiri daripada tiga lapisan iaitu perimetrium (lapisan luar), myometrium (otot atau lapisan tengah), dan endometrium (lapisan dalaman). Lapisan endometrium ini terdiri daripada beberapa lapisan termasuk sel seakan sel kulit, sel darah, ruang tisu dan kelenjar. Endometrium menebal pada saat ovulasi (pelepasan telur dari ovari). Telur yang dipersenyawakan akan melekat pada dinding endometrium ini. Jika pembenihan tidak berlaku, selaput endometrium akan meluruh semasa haid. Ia keluar sebagai ‘darah haid’ setelah bercampur dengan darah dari rahim serta kuman-kuman bakteria. Penyakit Endometriosis Memandangkan implan ini terbentuk diluar rahim, ia mengalami kesukaran keluar daripada badan sewaktu haid dan menyebabkan kesakitan. Kesan Endometriosis Endometriosis boleh menyebabkan pendarahan yang tidak normal, segugut, kesakitan pada bawah perut dan pinggang, , keguguran, gangguan kencing, dan lain-lain. Tetapi ada wanita yang menghidap endometriosis tidak mengalami sebarang gejala. Tahap kesakitan tidak berkait dengan betapa teruknya endometriosis yang dialami. Walaubagaimanapun, masalah ini boleh diatasi dengan rawatan yang sewajarnya. |
|
---|