A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Dewasa
  4. /
  5. Kesihatan Cara Kerja
  6. /
  7. Hilang Pendengaran Akibat Bunyi...

Hilang Pendengaran Akibat Bunyi Bising

Pengenalan

Kebisingan adalah bunyi yang menggangu dan tidak dikehendaki. Pendedahan kepada paras kebisingan yang tinggi boleh menyebabkan hilang pendengaran atau kepekakan.

Apakah ‘hilang pendengaran akibat bunyi bising pekerjaan’?

Ia adalah penyakit hilang pendengaran yang berlaku akibat pendedahan kepada kebisingan di tempat kerja.

Terdapat dua jenis penyakit hilang pendengaran akibat bunyi bising pekerjaan:

  1. Kecederaan Akustik, iaitu hilang pendengaran disebabkan oleh kecederaan serta-merta organ telinga selepas pendedahan kepada kebisingan yang melampau.
  2. Kesan kepekakan akibat pendedahan kepada kebisingan dalam jangkamasa panjang.

Pekerja yang berisiko

Siapakah yang berisiko hilang pendengaran akibat bunyi bising pekerjaan?

Di antara golongan pekerja berisiko adalah:

  • Pekerja kilang kain/tekstil
  • Pekerja kilang keluli
  • Pekerja kuari
  • Tentera dan polis yang berlatih menembak
  • Pekerja industri pemprosesan makanan
  • Pekerja di lapangan terbang
  • Pekerja industri logam
  • Pekerja kilang perabot.

Gejala

  • Apakah gejala utama yang sering dialami?
    • Pekak atau kurang pendengaran sebelah atau kedua belah telinga.
    • Bunyi berdesing di telinga yang di panggil ‘Tinnitus’
  • Apakah tanda-tanda yang dapat dikesan pada telinga?

Kedua-dua belah telinga mungkin kelihatan normal dan tiada apa-apa perubahan fizikal. Bahagian dalam telinga juga mungkin berkeadaan normal.

Komplikasi

Adakah hilang pendengaran akibat bunyi bising boleh sembuh?

Penyakit hilang pendengaran akibat bunyi bising sukar sembuh kerana berlakunya kerosakan terhadap saraf dan organ koklea. Kerosakan kepada saraf sukar untuk pulih. (Lihat diagram telinga)

Diagnosis dan Rawatan

Bagaimana diagnosis hilang pendengaran akibat bunyi bising dibuat?

Anda boleh berjumpa doktor untuk membuat pemeriksaan telinga dan menjalani ujian audiometri.

Apakah ujian audiometri?

Ia adalah ujian khas untuk mengesahkan anda mengalami hilang pendengaran. Ujian ini dijalankan di dalam bilik khas dipanggil ‘Bilik Audiometri’.

Ujian ini akan dijalankan oleh doktor atau pegawai yang bertauliah. Sebelum menjalani ujian ini, anda mestilah tidak didedahkan kepada kebisingan selama sekurang-kurangnya 14 jam.

Bagaimana penyakit ini dirawat?

Setelah anda disahkan mengalami hilang pendengaran akibat bunyi bising pekerjaan

  • Dapatkan rawatan lanjut daripada Pakar Telinga, Hidung dan Tekak (ENT).
  • Laporkan kepada majikan anda

Rawatan pilihan untuk hilang pendengaran ini ialah

  • Menggunakan alat bantuan pendengaran, atau
  • Pembedahan

Adakah saya masih boleh bekerja jika saya didapati mengalami penyakit hilang pendengaran akibat bunyi bising pekerjaan?

Anda masih boleh bekerja dengan syarat anda telah disahkan sesuai untuk menjalankan tugas oleh doktor yang menjalankan penilaian perubatan kesesuaian untuk bekerja.

Kesesuaian untuk bekerja ini adalah berdasarkan faktor-faktor seperti berikut:

  • Anda tidak lagi didedahkan kepada kebisingan berlebihan di tempat kerja.
  • Kekurangan pendengaran tidak menggangu keupayaan menjalankan tugas anda.
  • Kekurangan pendengaran anda tidak menyebabkan risiko terjadinya kemalangan kepada anda dan orang lain.

Pencegahan

Jika tempat kerja berkeadaan bising:

  • Maklumkan masalah ini kepada majikan.
  • Minta majikan mengukur paras kebisingan di tempat kerja.
  • Pastikan majikan melaksanakan langkah-langkah kawalan kebisingan yang mencukupi dan sesuai seperti memasang penyerap bunyi, mengasingkan mesin yang berbunyi bising, melaksana pengendalian mesin secara automatik dan menyedia dan menggalakkan penggunaan alat pelindung pendengaran seperti palam telinga dan penutup telinga.

Penutup Telinga

https://myhealth23.primuscore.com/myhealth/eng/$public/story_images/adult/Occupational/nihl5.jpg

Palam Tie

Notifikasi

Mengikut Peraturan 2004, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Notifikasi Kemalangan, Kejadian Berbahaya, Keracunan dan Penyakit Pekerjaan), adalah menjadi tanggung jawab:

  • Majikan
  • Pengamal perubatan yang merawat

Untuk notifikasi penyakit pekerjaan kepada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan.

Alamat untuk dihubungi

Untuk mendapat maklumat lanjut, sila hantarkan e-mel ke alamat ohealth@dph.gov.my

Semakan Akhir : 26 April 2012
Penulis : Dr. Sirajuddin Hashim
  : Dr. Nor’Aishah Abu Bakar
  : Dr. Abu Hassan Shaari Abd Kadir
Penyemak : Dato’ Dr. Narizan Ariffin

 

Artikel Berkaitan

Talasemia – D

Talasemia adalah penyakit genetik sel darah merah. Pesakit talasemia tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang berkualiti dalam kuantiti yang mencukupi.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,616

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia