[flv]https://myhealth23.primuscore.com/media/download/animasi/pergigian/varnis_fluorida/varnis_fluorida.flv[/flv]
Penyakit Jantung Kongenital adalah malformasi struktur jantung atau pembuluh darah besar yang wujud sejak lahir. Duktus arteriosus pula ialah pembuluh darah yang menghubungkan aorta (pembuluh arteri besar yang membawa darah ke seluruh tubuh) dengan arteri pulmonari (arteri yang membawa darah ke paru-paru). Setelah duktus arterious tertutup, darah dari bahagian kanan jantung tidak lagi mengalir terus ke aorta. Darah akan mengalir masuk ke arteri pulmonari kiri dan kanan kemudian ke paru-paru untuk mengambil oksigen. Darah yang kaya dengan oksigen ini kembali ke bahagian kiri jantung dan di pam keluar ke seluruh badan. Tetapi jika duktus arteriosus tidak tertutup seperti sepatutnya, keadaan ini menyebabkan masalah jantung iaitu Patent Duktus Arteriosus (PDA). Darah mengalir terus dari aorta ke arteri pulmonari dan ke paru-paru menyebabkan tekanan berlebihan kepada jantung. Terdapat beberapa jenis masalah jantung berlubang, bergantung kepada lokasi lubang itu terjadi. Septum ialah dinding yang memisahkan jantung kiri dan kanan dan tiada berlaku percampuran darah di antara jantung kiri dan jantung kanan. Apabila terdapat bukaan yang besar pada septum yang memisahkan kedua-dua ventrikal ini, aliran darah dari kiri jantung akan mengalir semula dengan banyak ke bahagian kanan. Ini menyebabkan darah berlebihan mengalir ke paru-paru, seterusnya memberi tekanan kepada jantung. Keadaan ini dipanggil Ventricular Septal Defect (VSD) dan ia merupakan jantung berlubang yang biasa berlaku. |
|
---|