A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Kesihatan Mental
  4. /
  5. Kesihatan Mental Umum
  6. /
  7. Lain-lain
  8. /
  9. Penyakit Mental dan Perkahwinan

Penyakit Mental dan Perkahwinan

Pengenalan

Penyakit mental yang dimaksudkan di sini ialah suatu penyakit mental yang serius. Ia harus dibezakan dengan penyakit emosi yang lain seperti keresahan dan kemurungan. Penyakit mental yang serius adalah apabila seseorang itu mengalami gejala psikosis yang menyebabkan fungsi hidup seseorang itu terjejas terutama jika penyakit ini tidak diberi atau tidak dapat rawatan sewajarnya dengan berpanjangan. Antara contoh penyakit mental yang serius ialah skizofrenia dan kecelaruan perasaan bipolar (bipolar mood disorder).

Perkahwinan pula membawa maksud ikatan hubungan di antara seorang lelaki dan seorang perempuan yang diiktiraf oleh pihak berkuasa agama/sivil dan/atau diikat oleh pegangan agama seseorang itu. Antara sebab utama sesuatu perkahwinan itu berlaku ialah bagi mendapatkan anak atau zuriat.

Fasa Pra-Perkahwinan

Antara soalan yang lazim ditanya oleh ahli keluarga atau seseorang yang menghidapi penyakit mental yang serius ini ialah “bolehkah saya/anak saya ini berkahwin”. Kebiasaannya mereka bimbang jika penyakit mental ini diwarisi oleh anak-anak mereka pula nanti.

Seorang pegawai perubatan atau pengamal perubatan tiada hak untuk menafikan hak pesakit untuk berkahwin. Namun, perlu dijelaskan kepada pesakit dan keluarga berkenaan dengan risiko keturunan (baka) atau dengan perkataan yang ringkas “hal-hal yang berkaitan dengan penyakit keturunan”. Proses ini dikenali sebagai “runding cara genetik” diberikan terutamanya kepada penyakit skizofrenia.

Skizofrenia ialah penyakit mental yang kompleks dan sebagaimana yang diketahui ia melibatkan satu peratus (1%) daripada penduduk secara amnya (3). Penyebab yang khusus bagi penyakit skizofrenia belum dijumpai dan ia di kelaskan sebagai “multifactorial syndrome” yang membawa maksud mungkin faktor genetik dan juga mungkin faktor persekitaran yang memainkan peranan sebagai penyebab penyakit skizofrenia. Ini juga boleh diterjemahkan yang mana penyakit skizofrenia boleh disebabkan oleh faktor keturunan, namun begitu sebahagian besar daripada pesakit skizofrenia tidak mempunyai sejarah keluarga.

Jadual berikut memberikan sedikit gambaran berkenaan dengan risiko untuk seseorang itu menghidap penyakit skizofrenia:

KAITAN HUBUNGAN DENGAN INDIVIDU SKIZOFRENIA
RISIKO(%)
Setiap penduduk
1
Ibu bapa
1 – 6
Adik- beradik
7 – 14
Salah seorang ibu bapa berpenyakit
6 – 16
Kedua dua ibu bapa berpenyakit
35 – 46
Saudara mara peringkat kedua econtoh makcik/pakcik
2 – 8
Saudara mara peringkat ketiga contoh sepupu
1 – 6

Ahli keluarga atau pesakit yang inginkan keterangan yang lebih lanjut hendaklah berbincang dengan doktor yang merawat agar kekeliruan dapat diperjelaskan.

Fasa Perkahwinan

Adakalanya penyakit mental ini dihidapi oleh seseorang setelah mereka berkahwin. Jika salah seorang daripada pasangan itu sama ada isteri atau suami yang menghidapi penyakit mental, terdapat banyak kesan buruk kepada individu tersebut dan juga terhadap perkahwinan mereka, sehingga ada yang membawa kepada perceraian.

Bagaimana hendak menangani keadaan ini dengan lebih baik dan mempertahankan perkahwinan tersebut. Antara tip yang dicadangkan adalah seperti berikut:

Stres adalah suatu perkara yang lumrah jika salah satu daripada pasangan menghidapi penyakit mental.  Jika pasangan tersebut mengekalkan cara komunikasi yang sihat, saling memuji, tahap tekanan tersebut boleh diturunkan dan seterusnya mengekalkan elemen yang sihat dalam sesuatu perkahwinan.

 

   
    1. Jumpa doktor dan dapatkan rawatan yang sewajarnya

 

    1. Banyak kesan negatif terhadap perkahwinan berlaku kerana tidak berjumpa doktor dan mendapatkan rawatan yang berkesan. Masalah dibiarkan berlarutan dan membuatkan setiap orang dalam insitusi perkahwinan tersebut menderita.Sebagai seorang individu kita mempunyai pilihan untuk mendapatkan rawatan dan mengikut perancangan yang disarankan oleh doktor bagi menstabilkan penyakit yang dialami.

 

    1. Ambil tahu tentang penyakit mental dan rawatannya

 

    1. Berbincanglah dan bertanyalah dengan doktor yang merawat berkenaan dengan jenis penyakit mental yang di alami. Ketahuilah gejala-gejala penyakit tersebut dan juga jenis-jenis perawatan yang efektif untuk penyakit itu. Kadang-kadang, kita terfikir, bahawa pasangan kita itu “pemalas” “dingin” dan sebagainya tanpa menyedari bahawa sebenarnya semua itu adalah gejala penyakit yang dialaminya.

 

    1. Cari jalan untuk membantu

 

    1. Berbincanglah dengan perawat pasangan anda bagaimana anda boleh memainkan peranan bagi membantu proses perawatan dan seterusnya mempertingkatkan kualiti kehidupan bersama. Jika anda tidak tahu bagaimana untuk memainkan peranan anda, ia boleh mencetuskan perasaan kecewa bagi kedua-duanya.

 

    1. Pandanglah “penyakit mental” sebagaimana cabaran yang lain

 

    1. “Pasangan yang sihat tidak akan membiarkan penyakit mental mempengaruhi perhubungan mereka, sebaliknya menyifatkan ia sebagai salah satu cabaran dalam perhubungan mereka. Cabaran boleh diatasi”.

 

    1. Komunikasi secara positif dan saling memuji

 

    1. Utamakan penjagaan diri

 

    1. Setiap daripada anda perlu menjaga diri sendiri supaya anda mempunyai tenaga untuk membantu pasangan yang mempunyai masalah mental. Pastikan anda mendapat tidur dan rehat yang secukupnya. Libatkan diri anda bersama dengan orang yang anda kasihi dalam aktiviti yang menyeronokkan.

 

    1. Jangan harapkan pasangan anda dapat memenuhi segala kehendak anda

 

    1. Setiap pasangan hendaklah mempunyai kehendak yang realistik. Tidak semua kehendak setiap pasangan itu boleh dipenuhi. Berbincang dan berkomunikasi tentang isu ini adalah penting supaya penyelesaian yang adil diperolehi.

 

    1. Elakkan sikap menyalahkan pasangan

 

    1. Jika ada sesuatu yang tidak kena, elakkan daripada saling menyalahkan pasangan anda. Ini akan memberikan kesan yang tidak sihat kepada perkahwinan anda. Berbincanglah dan cuba memahami pasangan anda.

 

    1. Kaunseling individu

 

    1. Nyatakan perasaan anda dalam sesi kaunseling individu terutama dalam isu mengurangkan mudah menghukumkan seseorang. Dengan cara ini, anda dapat mempelajari cara-cara yang betul dan sihat bila anda bersama dengan pasangan anda.

 

    1. Kaunseling untuk pasangan
    2. Kaunseling untuk pasangan adalah baik di mana kaunseling membantu memberikan pandangan dan panduan yang seimbang sekiranya diperlukan.

 

    1. Ambil setiap cabaran secara positif

 

    Setiap sesuatu yang berlaku mempunyai hikmat disebaliknya. Kebiasaannya, cabaran sebegini akan memperkukuhkan kekuatan dalam seseorang menghadapi isu-isu atau cabaran lain dan sebagainya.

Ingatlah, di dalam setiap hubungan perkahwinan itu akan ada cabaran dan dugaan tersendiri.

 
 
 
BERBAHAGIALAH BERSAMA PASANGAN ANDA
 

 

Semakan Akhir : 11 November 2013
Penulis : Dr. Mazni Bt. Mat Junus

 

Artikel Berkaitan

Psychotherapy

Introduction In mental health, a number of different theories are

Numerologi

  Sumber: Google Pengenalan Numerologi merupakan amalan tradisi, sistem kepercayaan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,822

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia