A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Dewasa
  4. /
  5. Ujian Makmal Biokimia
  6. /
  7. Penyakit Metabolik Semula Jadi...

Penyakit Metabolik Semula Jadi (IEM)

Pengenalan

Penyakit metabolik semula jadi (IEM) terdiri daripada satu kumpulan penyakit keturunan yang disebabkan oleh gangguan berlaku pada tapak jalan metabolisma di dalam badan manusia. Ia berpunca daripada kecacatan pada gen yang menghasilkan enzim atau pemangkin. Enzim merupakan bahan yang amat penting bagi memastikan tindak balas kimia metabolik berlaku dengan lancar untuk menjamin setiap organ berfungsi dan menjamin kesihatan badan. Kekurangan enzim tertentu akan menghalang sesuatu tindak balas kimia berlaku dan seterusnya menyebabkan pengumpulan bahan beracun di badan. Selain itu,  badan mungkin tidak dapat menghasilkan bahan penting (produk) yang diperlukan untuk  metabolisma badan secara normal sehingga menjejas fungsi-fungsi sesuatu organ seperti otak, saraf, hati, jantung, mata, otot, tulang ataupun di sebarang organ di mana tindak balas tersebut berlaku.  Kedua keadaan akan menjejaskan kesihatan1,2.

Terdapat lebih daripada 400 jenis penyakit IEM telah dikenal pasti. Antara yang paling biasa ditemui di Malaysia adalah kekurangan enzim glucose-6-phosphate dehydrogenase (G6PD), penyakit air kencing sirap mapel (MSUD), asiduria metilmalonik (MMA), asiduria propionat (PPA), kecacatan laluan urea (UCD), fenilketonuria (PKU), mukopolisakaridosis (MPS) dan penyakit mitokondria.

Secara keseluruhan insiden IEM  dianggarkan setiap satu daripada 4000 kelahiran3 dan mempengaruhi  semua kaum di seluruh dunia. Biasanya penyakit ini  menjejaskan bayi dan kanak-kanak,  tetapi penyakit ini juga boleh menjejaskan individu pada sebarang umur.

Penyakit metabolik semula jadi  diturunkan secara autosomal resesif atau kaitan-X. Keturunan autosomal resesif berlaku apabila anak mewarisi  gen atau baka yang bermasalah daripada kedua-dua  ibu dan bapanya, seterusnya mengalami kekurangan enzim dan penyakit IEM. Lazimnya ibubapa adalah sihat kerana mereka hanya pembawa dan mempunyai satu gen yang cacat. Peratus kebarangkalian untuk anak-anak mereka menghidap penyakit berkenaan ialah 25 peratus.

Gejala/Tanda-Tanda    

Tanda-tanda yang biasanya ditemui adalah kurang menyusu, kerap muntak, menghidap sawan dan kelihatan penat setelah suatu jangka pendek yang sihat selepas lahir, kelihatan  lembik, tidak bermaya dan mudah pengsan. Walau bagaimanapun, tanda-tanda bagi penyakit IEM adalah bergantung kepada betapa teruknya kekurangan enzim dan kumpulan penyakit IEM.

Kumpulan pertama dapat menyebabkan keracunan akut atau progresif dari pengumpulan bahan-bahan racun di dalam badan. Contoh-contoh penyakit seperti gangguan asid amino (misalnya, MSUD, PKU), gangguan asid organik (misalnya: MMA, PPA) dan gula intoleransi (misalnya: galactosemia, warisan penyakit fruktosa intoleransi). Tanda-tanda yang umum ditemui adalah seperti kurang selera makan, muntah, kelesuan, tanda-tanda menyerupai jangkitan infeksi (septicaemic -like illness), bau yang pelik, sawan, asidosis metabolik dan peningkatan darah ammonia sehingga melanjutkan ke koma dan kematian jika tidak dikesan dan rawatan dengan segera. Gangguan ringan biasanya  seperti kegagalan tumbesaran.

Kumpulan kedua terdiri daripada penyakit yang disebabkan oleh kecacatan pada penghasilan tenaga seperti penyakit-penyakit penyimpanan glikogen, ketidaknormalan glukoneogenesis dan ketidaknormalan oksidai asid lemak. Individu yang mempunyai penyakit di kumpulan kedua selalu menunjukan tanda-tanda terbantut tumbesarannya, paras gula dalam darah yang rendah (hypoglycemia), otot yang lembik (hypotonia) dan mengurangkan toleransi puasa.

Kumpulan ketiga disebabkan oleh gangguan fungsi dari berbagai organel di dalam sel, seperti lisosomal, peroxisomal dan mitokondria. Pesakit dari kumpulan ini kebiasaannya mengalami penyakit progresif yang terlibat pelbagai system dengan hati dan limpa berbengkak, ketaknormalan muka dan rencatan otak.

Komplikasi                                                          

Dengan diagnosis awal dan rawatan yang berkesan, tanda-tanda klinikal dan neurologi seperti kerencatan otak dan kecacatan anggota mungkin boleh dicegah dalam 75% kanak-kanak ini4. Sebaliknya, kelewatan dalam diagnosis dan rawatan akan mengakibatkan beberapa kanak-kanak terlibat memerlukan rawatan rapi, terpaksa di masukan ke hospital  berpanjangan serta memerlukan penjagaan jangka panjang di institusi.

Rawatan          

Bergantung kepada jenis penyakit, pelbagai rawatan boleh diberi, seperti:

  • Sekatan mengehadkan makanan
  • Ubat-ubatan dan vitamin
  • Pengantian enzim
  • Pemindahan sum-sum tulang
  • Pemindahan hati

Teknik Pengesanan     

Penyakit IEM biasanya boleh dikesan dengan ujian darah atau air kencing.

Ujian penyaringan

  1. Ujian saringan untuk penyakit asid amino, asid organik dan oksidai asid lemak.
  2. Ujian penilaian darah galactose dan GALT bagi penyakit intoleransi gula galactose.
  3. Cystin urin bagi penyakit cystinuria.
  4. Asai enzim pelbagai atau multiplex untuk penyakit lisosomal.

Ujian pengesahan:

  1. Analisa asid amino
  2. Analisa asid organik
  3. Analisa darah carnitin dan acylcarnitin
  4. Analisa Purin and pyrimidin
  5. Pengesanan glycosaminoglycan dan oligosaccharide
  6. Asai aktiviti enzim
  7. Analisa mutasi gen

 Pencegahan    

  • Menjalankan ujian saringan pada bayi yang 48 hingga 72 jam selepas lahir dan sebelum menjadi sakit serta kesihatan merosot.
  • Ujian saringan hanya memerlukan 3 titisan darah dan boleh berkesan 30 hingga 40 jenis penyakit IEM.
  • Diagnosis awal dan rawatan yang berkesan dapat mencegah bayi-risiko tinggi dari kecacatan akal dan anggota.
  • Kaunseling genetik

Pertubuhan/Sokongan

  • Persatuan Metabolik Malaysia  www.mms.org.my
  • Persatuan penyakit lysosomal Malaysia. www. mymlda.com

Rujukan 

  1. Inborn Metabolic Diseases. 5th ed. Springer, 2012.
  2. The Metabolic and Molecular Bases of Inherited Disease. 7th ed. McGraw-Hill, 2000.
  3. Debra L W. Inborn Errors of Metabolism.. http://emedicine. medscape.com/article/804757-overview#a0199. Updated: March 13 2012
  4. Novello AC. Inherited Metabolic Diseases: collaborating for the health of all children. Biochem Med Metab Biol 1993; 49:277-284.
Semakan Akhir : 3 Januari 2014
Penulis : Chen Bee Chin

 

Artikel Berkaitan

Keracunan

Keracunan adalah reaksi tubuh apabila bahan toksik memasuki ke dalam sistem tubuh manusia

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,816

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia