A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Dewasa
  4. /
  5. Penjagaan Kesihatan Semasa Mengerjakan...
  6. /
  7. Penyakit-Penyakit Ringan yang Sering...

Penyakit-Penyakit Ringan yang Sering Dihadapi di Tanah Suci

Para Jemaah mudah mendapat kurang daya ketahanan badan iaitu sistem daya tahan badan menjadi lemah dan mudah dijangkiti penyakit berjangkit. Ini disebabkan beberapa faktor seperti:

  • Kedaaan cuaca yang panas atau sejuk
  • Kekurangan air /garam dalam badan
  • Makan / minum yang tidak teratur
  • Tempat tinggal yang sesak
  • Kurang rehat
  • Keletihan badan
  • Usia lanjut

Sakit-sakit ringan

Jemaah haji mudah mendapat sakit-sakit ringan seperti:

Keadaan ini berlaku apabila mengambil makanan yang tercemar.

Langkah pencegahan:

Keadaan ini berlaku apabila kurang minum air / kurang makan makanan berserat

Langkah pencegahan:

  1. Batuk dan demam selesema(hampir 90% dari jemaah haji menghidapi penyakit batuk)

    Langkah pencegahan:

    • Rehatkan badan
    • Banyak minum air, 3-4 liter sehari terutama selepas menggunakan tenaga fizikal.
    • Makan makanan yang berzat.
    • Dapatkan rawatan di klinik Maktab/zon sebelum keadaan bertambah teruk.
  2. Penyakit kulit

    Pesakit mengalami gatal-gatal di kulit, pecah tumit/mulut/bibir, kulit kering dan ruam. Ruam timbul di seluruh badan kecuali di bahagian muka. Keadaan ini berlaku disebabkan:

        • cuaca yang sejuk dan kulit menjadi kering khususnya di Madinah
        • kerap mandi dengan menggunakan sabun, menyebabkan kulit menjadi lebih kering dan mengurangkan kelembapan semulajadi kulit.
        • air yang diproses dari air laut juga boleh menyumbangkan kepada sakit kulit.

    Langkah pencegahan:

        • Kurangkan mandi
        • Guna stokin dan baju lengan panjang untuk mengurangkan kulit kering.
        • Jangan kerap menggunakan sabun. Jika perlu, guna sabun pelembab.
        • Guna losen pelembab pada kulit yang terdedah.
        • Sapukan krim atau minyak zaitun di tempat yang pecah atau pergi ke Klinik Malaysia untuk mendapatkan rawatan.
        • Banyak minum air, 3-4 liter sehari terutama selepas banyak menggunakan tenaga fizikal .
        • Lap kaki selepas mengambil wuduk / keluar dari tandas dan selalu memakai stokin/sarung kaki.
      1. Hidung berdarah Keadaan cuaca panas dan kering atau sejuk boleh menyebabkan tahi hidung menjadi keras, berkeping-keping dan mudah berdarah.

    Langkah pencegahan:

        • Kurangkan berjalan di waktu panas atau dedahkan diri kepada cuaca sejuk.
        • Jangan selalu mengorek hidung dengan paksa dan kasar. Ini boleh membuatkan hidung berdarah.
        • Laprongga hidung dengan kapas atau tuala yang basah.
        • Picit hidung yang berdarah dengan ibu jari dari luar selama satu atau dua minit.
        • Bernafas melalui mulut sambil mendongak ke atas.
        • Dapatkan rawatan dari doktor jika masalah hidung berdarah berlarutan.
      1. Bisul-bisul (abscess)

    Bisul terjadi apabila pengumpulan nanah di mana-mana bahagian badan yang disebabkan jangkitan dan pembiakan kuman. Bisul boleh berlaku di:

        • Kepala
        • Muka
        • Badan
        • Tangan
        • Kaki

    Bisul berlaku disebabkan:

        • Kurang menjaga kebersihan diri
        • Kekurangan air untuk bersuci dan mandi
        • Udara yang kurang bersih dan berdebu
        • Menghidap kencing manis

    Tanda-tanda

        • Demam
        • Kurang selera makan
        • Bisa-bisa dalam otot
        • Kawasan bisul membengkak dan mengumpul nanah
        • Sakit berdenyut
        • Jika bernanah dan tidak mendapat rawatan, pesakit boleh mengalami demam teruk (high fever), keracunan darah dan boleh membawa maut.

    Langkah pencegahan:

      • Sentiasa menjaga kebersihan diri.
      • Pakai kasut/sepatu yang sesuai dan tidak terlalu sempit/ketat.
    1. Cirit-birit ringan
      • Rehatkan badan.
      • Banyakkan minum air, 3-4 liter sehari.
      • Bersih tangan sebelum makan.
      • Elak makanan yang terdedah kepada lalat dan debu.
      • Elak makanan yang lama dan berbau basi.
      • Basuh buah-buahan sebelum di makan.
      • Dapatkan rawatan di Klinik.
      • Makan ubat mengikut peraturan doktor.
    2. Kurang buang air besar
      • Banyak minum air 3-4 liter sehari, terutama selepas menggunakan pergerakan fizikal yang banyak
      • Banyak makan buah-buahan.
      • Lebihkan makan sayur-sayuran ketika makan nasi
      • Jika minum teh Arab (shasi), selepas minum dinasihatkan minum segelas / secawan air sejuk.
    Semakan Akhir : 13 November 2009
    Penulis/Akreditor : Dr. Khalid b. Ibrahim
    : Arizah Zainuddin

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,616

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia