A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Kesihatan Pergigian
  4. /
  5. Bidang Kepakaran
  6. /
  7. Periodontik
  8. /
  9. Penyakit Periodontium Dan Estetik

Penyakit Periodontium Dan Estetik

Dengan kemajuan sains dan teknologi, pegawai pergigian mampu untuk merawat dan membasmi penyakit periodontium serta menyelamatkan sejumlah gigi yang ada.

Penyakit Periodontium

Penyakit gusi adalah jangkitan pada gusi dan tulang penyokong yang mengelilingi dan menyokong gigi. Pada peringkat awal, ianya dikenali sebagai gingivitis di mana gusi menjadi merah, bengkak, dan mudah berdarah. Selalunya pada peringkat ini, tiada atau sedikit sahaja ketidakselesaan dirasai. Gingivitis adalah gejala berbalik, iaitu ia akan kembali sihat sekiranya dirawat secara profesional serta penjagaan oral yang baik di rumah. Dalam keadaan yang lebih serius, ianya dikenali sebagai periodontitis, yang melibatkan gusi dan tulang penyokong gigi. Gusi dan tulang penyokong akan hilang dan mengakibatkan gigi menjadi longgar dan boleh tertanggal dengan sendirinya.

Punca dan faktor risiko untuk penyakit periodontium

Plak mengandungi bakteria dan ia punca utama penyakit gusi. Terdapat beberapa faktor risiko yang boleh menyebabkan penyakit periodontium iaitu:

  • Merokok
  • Penyakit diabetes (kencing manis)
  • Higin/kebersihan mulut yang teruk
  • Tekanan hidup
  • Keturunan
  • Gigi berlapis
  • Masalah keimunan: contoh: AIDS
  • Tampalan gigi yang tidak sempurna
  • Mengambil ubatan yang menyebabkan mulut kering
  • Jambatan gigi yang sudah longgar/ tidak padan
  • Wanita yang mengalami perubahan hormon seperti mengandung dan pengambilan ubat cegah hamil

Tanda dan gejala Penyakit Gusi

Penyakit gusi mungkin tidak menyakitkan tetapi ada terdapat beberapa tanda dan gejala yang jelas seperti berikut:

  • Kemerahan dan kebengkakan gigi
  • Nafas berbau atau deria rasa yang tidak hilang
  • Gigi sensitif/ngilu
  • Sakit semasa mengunyah
  • Gigi longgar
  • Gusi yang susut
  • Perubahan pada padanan gigi semasa menggigit
  • Perubahan pada padanan dentur separa

Kebanyakan tanda dan gejala ini boleh menjejaskan senyuman seseorang, kerana gigi adalah bahagian yang ketara apabila kita senyum.

Pergigian Estetik

Pergigian estetik adalah gabungan seni dan sains dalam pergigian. Ia merangkumi semua disiplin dalam pergigian dengan mensasarkan hasil yang terbaik untuk pesakit dari perspektif estetik, fungsi dan biologi dan ia berbentuk khusus kepada setiap individu. Pegawai Pergigian akan melakukan pemeriksaan dan menyediakan pelan rawatan yang terbaik dan dalam masa yang sama memastikan hasilnya kelihatan cantik dan asli seperti sediakala. Berbeza dengan pergigian kosmetik, di mana ia melibatkan pengubahan yang banyak kepada gigi asli.

Kaedah rawatan untuk mempertingkatkan kecantikan gigi selepas penyakit periodontium

Dengan kemajuan sains dan teknologi, pegawai pergigian mampu untuk merawat dan membasmi penyakit periodontium serta menyelamatkan sejumlah gigi yang ada. Perancangan teliti dengan pendekatan pelbagai disiplin seperti rawatan periodontium, ortodontik, dan restoratif melalui penghasilan implan pergigian, korona dan jambatan gigi, pegawai pergigian mampu membina semula gusi, tulang dan gigi.

Kaedah berikut adalah prosedur yang boleh dilakukan oleh pegawai pergigian dalam mempertingkatkan kecantikan gigi bagi pesakit periodontium:

  • Pembedahan tisu lembut periodontium
    Periodontal Surgery With Soft Tissue Grafting   Periodontal Surgery With Soft Tissue Grafting

    Pembedahan tisu lembut periodontal adalah digalakkan sekiranya gusi menyusut sehingga akar gigi terdedah atau anda berisiko kepada terdedahnya akar gigi disebabkan gusi menyusut. Graf tisu lembut merupakan prosedur yang paling kerap dilakukan bertujuan untuk mengembalikan semula aras pinggir gusi dan mencegah kerosakan yang lebih teruk kepada gusi, dan pada masa yang sama mempertingkatkan senyuman anda.

  • Rawatan Ortodontik untuk menyusun semula gigi menggunakan aplians ortodontik.
    Orthodontics Treatment to realign the teeth with orthodontic braces   Orthodontics Treatment to realign the teeth with orthodontic braces
  • Rawatan restoratif untuk menggantikan gigi yang hilang menggunakan korona, jambatan dan implan gigi.

    Restorative treatment with crown, bridge and implant

     

    Orthodontics Treatment to realign the teeth with orthodontic braces

     (Keizinan Dr Yong Peng San)
  • Gusi atau veneer gusi (gingival mask) ialah gusi palsu untuk menggantikan sejumlah besar kandungan tisu yang telah hilang disebabkan oleh proses penyakit periodontium atau rawatannya.

    Gingival mask

     

    Gingival mask

    Gingival mask
    (keizinan gingivalmask.com)
  • Dentur/ gigi palsu
  • Gabungan semua rawatan di atas

Untuk membantu dalam mengawal penyakit periodontium, adalah penting untuk:

  1. Berus gigi dan flos setiap hari untuk menyingkirkan bakteria penyebab penyakit gusi.
  2. Hendaklah membuat pemeriksaan pergigian rutin sekurang-kurangnya setahun sekali atau lebih sekiranya anda mempunyai petanda dan gejala atau fakor risiko di atas.
Semakan Akhir : 20 Mac 2015
Penulis : Dr. Eng Heng Ling
Akreditor : Dr. Chan Yoong Kian
Penyemak : Dr. Ahmad Sharifuddin bin Mohd Asari

Artikel Berkaitan

Ubat-Ubatan dan Kesihatan Mulut Kanak-Kanak

Banyak ubat-ubatan, termasuk ubat yang dipreskripsi oleh doktor, ubat yang dibeli di kaunter dan vitamin-vitamin, boleh memberi kesan yang buruk kepada kesihatan mulut. Ada antara ubat-ubatan ini memberi kesan akibat kandungan gulanya yang tinggi, yang boleh menyebabkan kerosakan gigi.

Rekahan Bibir & Lelangit – Rawatan Pergigian

Rekahan bibir dan lelangit merupakan kecacatan semasa lahir di mana tisu bahagian mulut dan bibir tidak terbentuk dengan sempurna semasa pembentukan fetus. Punca kecacatan masih tidak diketahui. Walau bagaimanapun, kecacatan ini boleh dirawat.

Rawatan Selan Fisur

Selan Fisur merupakan suatu bahan plastik khas, digunakan oleh doktor pergigian untuk menutup lubang-lubang kecil (pits) dan alur yang dalam (fissures) pada permukaan mengunyah gigi geraham (molar).

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,616

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia