A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Kesihatan Pergigian
  4. /
  5. Pergigian Umum
  6. /
  7. Penyakit Periodontium Di Kalangan...

Penyakit Periodontium Di Kalangan Masyarakat Malaysia

Penyakit periodontium adalah penyakit inflamasi kronik yang melibatkan gusi dan tisu yang menyokong gigi. Inflamasi akibat daripada jangkitan bakteria dalam plak. Jika hanya melibatkan gusi ianya dipanggil gingivitis. Gusi menjadi bengkak dan merah, dan berdarah semasa memberus gigi atau dengan sendirinya

Pengenalan

Penyakit periodontium sering dilihat di kalangan orang dewasa. Penyakit periodontium dan karies gigi adalah dua masalah terbesar kepada kesihatan oral.

Penyakit periodontium adalah penyakit inflamasi kronik yang melibatkan gusi dan tisu yang menyokong gigi. Inflamasi akibat daripada jangkitan bakteria dalam plak. Jika hanya melibatkan gusi ianya dipanggil gingivitis. Gusi menjadi bengkak dan merah, dan berdarah semasa memberus gigi atau dengan sendirinya.

Periodontitis adalah penyakit periodontium yang lebih serius disebabkan oleh tindakan bakteria secara langsung dan tidak langsung, boleh menyebabkan kemusnahan struktur yang memegang gigi: gusi, tulang dan tisu-tisu lain.

Kemusnahan dan kehilangan tulang mungkin berlaku, gigi bertambah goyang dan akhirnya kehilangan gigi.

Kajian Kesihatan Oral di Kalangan Orang Dewasa Peringkat Kebangsaan {National Oral Health Survey of Adults (NOHSA)}, Bahagian Kesihatan Pergigian, Kementerian Kesihatan Malaysia

Status Periodontium

1990(%)

2000(%)

2010(%)

Penyakit Periodontal (semua peringkat)

92.8

90.2

94

Infeksi gusi sahaja  

4.2

4.8

Kalkulus

65.1

56.9

42.2

Penyakit Periodontium teruk

6.0

5.5

18.2

Antara penemuan penting NOHSA 2010, 94% daripada orang dewasa mengalami pelbagai peringkat penyakit periodontium, tiada banyak perbezaan dalam tempoh 20 tahun seperti dalam carta di atas. Jika dilihat dengan lebih terpeinci, penyakit periodontium teruk, daripada 6% pada 1990 kepada 17.8% pada 2010.

Terdapat pelbagai kemungkinan yang menyebabkan peningkatan prevalens penyakit periodontium sederhana dan penyakit periodontium teruk. Antaranya: ramai yang masih mengekalkan gigi asal berikutan peningkatan kesedaran kesihatan mulut, manusia hidup lebih lama dan perkhidmatan pergigian bertambah baik di negara ini.

Status Periodontal Pelbagai Populasi

Di Sri Lanka, prevalens penyakit periodontium di kalangan penduduk berumur 35-44 tahun dan 65-74 tahun adalah 89.9% dan 98.1%. Dan mereka yang mengalami penyakit periodontium sederhana dan teruk adalah 18% dan 35.9%.

Di Singapura, daripada kajian yang dijalankan pada 2003, 85% dari 6560 orang dewasa berumur 20 tahun ke atas mengalami penyakit periodontium peringkat awal hingga sederhana.

Keadaan di negara maju tidak menunjukkan perbezaan yang ketara. Di Amerika Syarikat, dianggarkan 47.2%, atau 64.7 juta orang dewasa, mengalami penyakit periodontium peringkat awal, sederhana atau teruk. Di kalangan warga emas berumur 65 ke atas kadar prevalens meningkat ke 70.1%.

Di England, daripada kajian peringkat kebangsaan, dianggarkan 42% daripada kumpulan 35-44 tahun dan 70% daripada kumpulan 55-64 tahun mengalami penyakit periodontium.

Punca

Bakteria yang berada di dalam mulut menjangkiti tisu yang menyokong gigi, menyebabkan inflamasi yang berkemungkinan berterusan menjadi penyakit periodontium. Jika bakteria dibiarkan, plak akan terbentuk. Jika dibiarkan lagi, kalkulus (karang gigi) akan terbentuk.

Kalkulus boleh merebak daripada pinggir gusi ke bawah menyebabkan pembersihan gigi lebih rumit. Dalam keadaan ini, hanya anggota pergigian yang terlatih dapat membersihkan gigi dan menghentikan proses penyakit periodontium.

Tanda dan gejala penyakit periodontium

  • Gusi berdarah
  • Gusi merah dan bengkak
  • Gigi sensitif
  • Gusi yang menurun (resesi gusi)
  • Kedudukan gigi berubah, gigitan terganggu
  • Gigi palsu tidak muat
  • Rasa tidak selesa atau bau busuk daripada mulut
  • Rasa sakit bila mengunyah
  • Gigi goyang

Faktor-faktor risiko

Antara faktor-faktor yang meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit periodontal:

  • Keadaan mulut yang tidak bersih
  • Faktor keturunan
  • Merokok
  • Diabetes mellitus
  • Susunan gigi yang tidak teratur
  • Pertahanan tubuh rendah – e.g., AIDS
  • Tampalan yang pecah atau berpinggir rungkup
  • Ubat-ubatan yang menyebabkan gusi bengkak eg. nifedipine
  • Jambatan gigi yang rosak
  • Stress
  • Perubahan hormon, e.g. mengandung, pil perancang keluarga.

Rawatan

Setelah diagnosa dibuat, rawatan perlu dimulakan segera. Rawatan akan melibatkan peningkatan pembersihan higin mulut, penskaleran dan pendebridmen/pengetaman akar (pembersihan yang dalam) dan jika perlu untuk kes-kes yang teruk, pembedahan gusi. Setelah itu kerja-kerja untuk memperolehi semula fungsi mulut perlu dilakukan dengan membuat rawatan seperti pembuatan gigi palsu, korona, jambatan atau implan pergigian.

Pencegahan

Pencegahan adalah lebih baik daripada merawat. Begitu juga untuk kes penyakit periodontium. Penjagaan higin mulut yang baik dan pemeriksaan pergigian berkala dapat membantu dalam usaha mencegah dan penemuan awal penyakit periodontium.

Peringatan:

  1. Berus gigi dua kali sehari dengan membersihkan celah-celah gigi sekali,, menggunakan flos atau berus celah gigi supaya bakteria dalam plak dapat dibersihkan .
  2. Lawatan ke klinik gigi secara berkala. Kekerapan perjumpaan bergantung kepada keperluan seseorang pesakit yang ditentukan oleh doktor gigi.

Rujukan:

  1. National Oral Health Survey on Adults, Malaysia 1990; Bahagian Kesihatan Pergigian, Kementerian Kesihatan Malaysia.
  2. NOHSA 2000
  3. NOHSA 2010 (unweighted data)
  4. National Oral Health Surveys in Sri Lanka (1994/95, 2002/03 unpublished)
  5. Press Release: The Health Promotion Bill. Parliament proceedings 22 February 2001by Mr Lim Hng Kiang, Minister of Health Singapore
  6. Prevalence of Periodontitis in Adults in the United States: 2009and 2010. J DENT RES0022034512457373, first published on August 30, 2012
  7. Morris AJ, Steele J, White DA: The Oral Cleanliness and Periodontal Health of UK Adults in 1998. Br Dent J 2001, 191:186-92
Semakan Akhir : 3 Jun 2014
Penulis / Penterjemah : Dr. Hanizah bt. Abdul Aziz
Akreditor : Dr. Ahmad Sharifuddin bin Mohd Asari

Artikel Berkaitan

Alahan Berkaitan dengan Pergigian

Alahan seharusnya tidak menghalang pesakit dari mendapatkan rawatan pergigian. Adalah mustahak untuk pesakit pergi berjumpa doktor gigi dua kali setahun, terdapat cara-cara bagi mengelakkan reaksi alahan.

Batu Karang Kelenjar Air Liur

Batu karang kelenjar air liur adalah sejenis formasi seperti batu yang terbentuk di dalam kelenjar air liur atau duktus kelenjar air liur.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,616

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia