Definisi
LAPORAN PERUBATAN adalah dokumen yang disediakan oleh pengamal perubatan berdaftar atau pengamal pergigian berdaftar yang berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia (Akta Fi 1951-Perintah Fi (Perubatan) 1982 mengenai masalah kesihatan dan rawatan yang diperolehi oleh seorang pesakit di hospital atau mana-mana kemudahan kesihatan berdasarkan rekod perubatan pesakit tersebut”. (Petikan dari Guideline of The Malaysian Medical Council – Jan 2007).
PERMOHONAN LAPORAN PERUBATAN boleh dibuat melalui:
- Datang terus ke Jabatan Rekod Perubatan di Hospital-hospital KKM dengan menggunakan Format Borang KKM/LP/1/2008 (Lampiran 1) yang boleh didapati di Kaunter Jabatan Rekod Perubatan, di hospital-hospital KKM
- Menulis terus kepada Pengarah hospital.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN semasa permohonan laporan perubatan adalah mengikut kategori permohonan. (Rujuk Jadual 1)
CAJ BAYARAN adalah tertakluk kepada Akta FI 1951 Jadual H Bahagian 4
Laporan ringkas/pendapat oleh Pegawai Perubatan ………RM40
Laporan ringkas/pendapat oleh Pakar……………………….RM80
Pendapat lengkap oleh Pakar………………………………….RM200-RM1000
– bergantung kepada kerumitan menyediakan pendapat. (Rujuk Jadual 2)
Caj bayaran untuk warga asing adalah dua kali ganda caj yang dikenakan keatas warganegara.
TEMPOH PENYEDIAAN Laporan Perubatan:
Pihak hospital akan menyediakan laporan perubatan dalam tempoh yang ditetapkan dan dikira dari tarikh permohonan lengkap diterima:
Hospital Negeri – 4 minggu
Hospital Berpakar – 2 minggu
Hospital Tanpa Pakar – 2 minggu
CARTA PROSES
Penyediaan Laporan Perubatan (Rujuk Jadual 3 dan Jadual 4)
MAKLUMAT LANJUT
Sila rujuk Pekeling Ketua Pengarah Kesihatan 16/2010 “Garis Panduan Penyediaan Laporan Perubatan Di Hospital – hospital dan Institusi Perubatan” di laman web www.moh.gov.my
Semakan Akhir | : | 2 Disember 2011 |
Penulis | : | Pn. Siti Hajar bt. Baharim |