A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Radiologi
  6. /
  7. Radiologi Umum
  8. /
  9. PERALATAN TAMBAHAN / AKSESORI...

PERALATAN TAMBAHAN / AKSESORI YANG BIASA DIGUNAKAN

Apa Itu Peralatan Tambahan & Aksesori Yang Biasa Digunakan?

Barang kelengkapan yang biasanya digunakan dengan atau ditambahkan kepada peralatan utama yang lain untuk keselesaan dan/ atau keselamatan pesakit.

Bila Diperlukan dan Tujuan Digunakan?

  • Ia diperlukan untuk menjadikan radiograf yang dihasilkan mempunyai nilai diagnostik yang tinggi, memberi keselesaan dan keselamatan kepada pesakit.  
  • Ianya digunakan didalam semua pemeriksaan yang dijalankan yang memerlukan mengikut jenis pemeriksaan dan keadaan pesakit.
Bil. Contoh Peralatan Tambahan & Aksesori Digunakan Keterangan
1.

Alat Penanda Anatomi 

Kanan ( R ) Dan Kiri ( L )

Alat yang digunakan untuk menandakan bahagian kanan (R) dan bahagian kiri (L) anggota badan.

2.

Kaset X-ray

Digunakan untuk meletakkan alat perakam imej semasa pemeriksaan radiografi am bagi melindungi filem x-ray dari terdedah kepada cahaya yang boleh mengakibatkan kerosakan.

3.

Mesin Pencetak Imej Digital

Alat yang digunakan untuk mencetak imej ke atas filem untuk dijadikan hardcopy.

4.

Alat Perlindungan Sinaran

Untuk melindungi pesakit dan staf dari radiasi serakan semasa pemeriksaan dijalankan.

5.

Alat Cegah Gerak

Alat seperti span atau buntil pasir yang digunakan oleh Juru X-ray untuk membantu memposisi pesakit supaya pesakit berada dalam stabil dan selesa. Kebiasaannya alat cegah gerak digunakan kepada pesakit kanak-kanak dan pesakit trauma.

 Rujukan

  1. http://dictionary.reverso.net/english-cobuild/accessory

 

Semakan Akhir : 3 Januari 2017
Penulis : Zaidah binti Maspin
Akreditor : Daud bin Ismail

Artikel Berkaitan

Rawatan Fisioterapi bagi Tennis Elbow

Sakit di bahagian luar sendi siku dan ia dikategorikan sebagai sakit akut. Ia juga berkait dengan Common Extensor Tendon (yang terletak di bahagian luar lengan) dan sakit apabila ditekan.

Warga Emas Terabai

Pengenalan Warga emas didefinisikan menerusi had umur tertentu berdasarkan kepada

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,822

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia