A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Fisioterapi
  6. /
  7. Bayi dan Kanak-kanak
  8. /
  9. Perawatan Fisioterapi bagi Kanak-kanak...

Perawatan Fisioterapi bagi Kanak-kanak yang Menghidapi Asma

Apabila pesakit melakukan senaman dengan betul, maka asma dapat dikawal dengan baik dan boleh melakukan aktiviti harian seperti biasa.

Apa Itu Asma Dan Bagaimana Ia Boleh Terjadi?

Asma adalah suatu penyakit yang terjadi apabila berlakunya kesempitan pada saluran udara ke paru-paru. Ini kerana semasa seseorang bernafas, udara yang disedut masuk melalui hidung dan saluran pernafasan mengandungi oksigen dan bahan tertentu yang boleh menjadi pencetus asma. Keadaan ini boleh menyebabkan reaksi alahan iaitu peningkatan tindakbalas terhadap reaksi alahan. Reaksi ini menyebabkan sel-sel saluran pernafasan menjadi bengkak, keradangan dan berlaku pengecutan otot di sekeliling saluran pernafasan. Walaubagaimanapun alahan yang terjadi bukan sahaja melalui udara yang disedut semata –mata. Antara faktor yang berkemungkinan menyebabkan asma adalah:

  • Alahan
  • Asap Rokok
  • Faktor sekeliling
  • Pencemaran udara
  • Cuaca atau suhu yang sejuk
  • Obesiti
  • Mengandung
  • Tekanan
  • Keturunan
  • Airway Hiperreaktiviti
  • Atopy seperti  ekzema (atopic dermatitis), allergic rhinitis , allergic conjunctivitis (sakit mata)
  • Senaman  yang keterlaluan

Keradangan pada salur pernafasan boleh menyebabkan:

  • Otot sekeliling menjadi ketat dan menyempitkan laluan udara.
  • Mengurangkan udara yang boleh masuk dan keluar.
  • Mukus yang dikeluarkan oleh saluran pernafasan menyekatkan lagi laluan udara.

Semasa  serangan asma,  udara yang masuk ke paru-paru adalah tidak cukup, dan dalam masa yang sama karbon dioksida terperangkap di dalam paru-paru. Karbon dioksida yang terkumpul akan menjadi beracun dan jika tidak dikeluarkan boleh menyebabkan serangan yang berpanjangan. Seterusnya oksigen yang masuk ke dalam aliran darah seseorang menjadi berkurangan. Ada pendapat yang menyatakan, asma adalah penyakit kronik yang paling biasa di kalangan kanak-kanak, terutamanya kanak-kanak yang mempunyai berat yang rendah semasa lahir, terdedah kepada asap tembakau, berkulit hitam, dan dibesarkan dalam persekitaran keluarga yang susah. Kebiasaannya gejala ini pertama kali berlaku di usia 5 tahun, secara amnya ia bermula dengan episod kerap semput dengan jangkitan pernafasan.

Faktor-faktor risiko tambahan terhadap kanak-kanak termasuk mereka yang mempunyai alahan seperti alahan kulit iaitu ekzema, atau ibu bapa yang juga menghidapi asma. Kanak-kanak lelaki dikatakan mempunyai risiko lebih tinggi mendapat asma berbanding kanak-kanak perempuan. Walaubagaimanapun, situasi ini akan berubah apabila dewasa. Hipotesis penyelidik berpendapat kerana saiz saluran udara kanak-kanak lelaki adalah lebih kecil berbanding kanak-kanak perempuan.

SISTEM RESPIRATORI
 respiratori
Sumber: https://www.nlm.nih.gov/medlineplus/ency/imagepages/9248.htm
normalairway obstructedairway

Sumber: http://www.medicinenet.com/asthma_pictures_slideshow/article.htm

Apa Tanda / Gejala Asma?

  • Kesukaran bernafas/ sesak nafas
  • Kesukaran mengawal pernafasan dan pernafasan menjadi pendek dan laju, nafas berbunyi / berdengik (wheeze) semasa hembus nafas, rasa ketat di dada, ritma percakapan yang terputus putus dan tidak dapat baring.
  • Otot dada dan leher  digunakan  secara berlebihan semasa proses pernafasan
  • Postur menjadi kifotik / bongkok.
  • Semua diatas adalah tanda SERANGAN ASMA. Ia berlaku secara tiba-tiba dan tanpa  mengira umur, tempat, masa dan keadaan ,sekiranya tidak dirawat , ia boleh membawa maut
  • SELEPAS SERANGAN ASMA, lendir dihasilkan  dalam saluran pernafasan secara berlebihan
  • Pengumpulan lendir ini menyebabkan pesakit mengalami batuk yang berterusan, pengeluaran kahak, lelah dan rasa cepat letih.
  • Asma biasa kerap berlaku semasa waktu malam dan awal pagi.

Apa Yang Ahli Fisioterapi Boleh Bantu?

Ahli fisioterapi berperanan memberi pemahaman yang jelas mengenai asma, khidmat nasihat dan tunjuk ajar senaman untuk mengawal asma.

Apa Yang Perlu Dilakukan Apabila Serangan Asma Berlaku? (Rawatan)

  • Lakukan pengawalan pernafasan yang berkesan
  • Ambil ubat pelega / bronchodilator
  • Jika tiada perubahan dalam masa 15 minit, dapatkan rawatan kecemasan di hospital atau klinik yang berhampiran

Panduan Pengawalan Pernafasan :

  • Berhenti melakukan aktiviti.
  • Lakukan posisi relaksasi yang betul untuk  memudahkan pergerakan otot diaphragm semasa pernafasan
  • Lakukan senaman pernafasan pursed-lip yang betul untuk mengurangkan sesak nafas

Bantu Kanak-Kanak Dalam Posisi Relaksasi

  • Duduk bersandar ke hadapan / membongkok ke hadapan
  • Berdiri bersandar kebelakang
  • Berdiri bersandar ke sisi
  • Berdiri bersandar kehadapan
  • Baring mengiring dan bersandar

Panduan Relaksasi :

  •  Posisi samada berdiri, duduk atau mengiring
  • Tundukkan kepala,  bongkokkan bahu dan badan sedikit kehadapan
  • Pastikan  bahu tidak diangkat dan rehatkan tangan samada di atas bantal, meja atau paha
  • Sekiranya duduk, pastikan  kaki berada  diatas lantai
  • Sekiranya berdiri bersandar ke sisi, rehatkan tangan di sisi badan
  • Sekiranya berdiri bersandar  ke belakang,  kedua – dua kaki dijarakkan sedikit
  • Pastikan tulang belakang dalam keadaan tegak.
bersandar bersandar ke belakang duduk membongkok
Berdiri bersandar ke sisi Berdiri bersandar ke belakang Duduk membongkok ke hadapan
duduk bersandar ke hdpn duduk bersandar ke hdpn2

Duduk bersandar ke hadapan

sandar sandar2

Berdiri bersandar kehadapan

duduk dilantai duduk di kerusi
Duduk di kerusi dan bersandar hadapan Duduk dilantai dan bersandar hadapan

Ajar Kanak-Kanak Melakukan Senaman Pernafasan Pursed – Lip

  • Posisi relaksasi yang bersesuaian dengan tempat dan keadaan
  • Sedut nafas melalui hidung dengan kiraan 1 atau 2
  • Rapatkan bibir dan hembuskan nafas perlahan-lahan dengan kiraan 1,2,3,4 seperti meniup air panas. Jika sukar, hembus dengan kiraan 1, 2.
  • Lakukan sekerap mungkin sehingga sesak nafas berkurangan

Apakah Yang Perlu Saya Lakukan Pada Kanak-Kanak Selepas Serangan Asma? (Pencegahan / Rehabilitasi)

  • Lakukan senaman pernafasan   yang betul untuk meningkatkan pengembangan paru – paru dan pergerakan otot diaphragm
  • Lakukan  batuk yang berkesan untuk memudahkan pengeluaran kahak
  • Lakukan senaman dan penjagaan postur untuk memperbaiki  postur kifotik
  • Ambil ubat pencegah yang dibekalkan oleh pegawai perubatan.

    Senaman Pernafasan Diaphragmatik :

  • Duduk bersandar dan letakkan tangan di atas perut
  • Rapatkan mulut dan sedut nafas melalui hidung secara perlahan sambil kembungkan perut dan menolak tangan keatas
  • Muncungkan mulut  seperti meniup belon dan hembuskan nafas  secara perlahan melalui mulut sambil kempiskan perut ke dalam
  • Lakukan sebanyak 3 kali pada setiap sesi

Senaman Pengembangan Torasik (Tee):

  • Duduk  dan letakkan tangan di sisi badan
  • Sedut nafas melalui hidung secara perlahan sambil kembangkan sisi badan sambil menolak tangan keluar.
  • Tahan nafas dengan kiraan 1,2,3
  • Hembuskan nafas melalui mulut perlahan – lahan
  • Lakukan sebanyak 3 kali setiap sesi
senaman tee

Senaman Pergerakan Torasik (Tme):

  • Duduk  atau berdiri
  • Sedut nafas melalui hidung sambil mengangkat tangan perlahan – lahan sehingga ke paras bahu
  • Kemudian hembus nafas melalui mulut sambil menurunkan tangan perlahan – lahan ke sisi badan
  • Lakukan sebanyak 3 kali setiap sesi
torasik tme
senaman asma senaman asma1
senaman asma2 senaman asma3

Panduan Cara Batuk Yang Berkesan :

  • Letakkan  tangan di bahagian atas perut
  • Sedut nafas dalam melalui hidung
  • Tekan sedikit  perut ke dalam dengan tangan
  • Buka mulut dan batuk .

Panduan Pembetulan Postur :

  • Posisi duduk atau berdiri
  • Lakukan senaman regangan pada bahu dan leher, tahan regangan pada kiraan 1 hingga 15.
  • Ulang sebanyak 5x setiap sesi
  • Pastikan badan selalu tegak dan kedudukan paras telinga dan bahu adalah sama.
panduan senaman asma panduan senaman asma1 panduan senaman asma2

Apakah Yang Perlu Dipastikan Jika Hendak Kanak- Kanak Melakukan Senaman

Panduan Senaman :

  • Pastikan keadaan asma adalah terkawal, tiada sesak nafas dan batuk
  • Bawa ubat pelega – warna biru
  • Ambil ubat sebelum dan selepas bersenam
  • Pakaian yang  longgar dan menyerap peluh serta kasut sukan
  • Pakai penutup hidung  dan mulut jika bersenam pada cuaca yang sejuk
  • Digalakkan bersenam di tempat yang tertutup (indoor) apabila cuaca sejuk atau jerebu untuk mengelakkan rangsangan asma.
  • Pastikan menemani kanak-kanak  semasa bersenam.
  • Mulakan senaman memanaskan badan (warm – up ) untuk mengelakkan kecederaan , seperti senaman regangan dan pernafasan selama 5 – 10  minit
  • Kemudian , lakukan aktiviti senaman yang menyeronokkan sebagai contoh bermain di taman permainan, galah panjang,  tok-tok harimau, berjalan kaki  atau berjogging  selama 15 – 20 minit
  • Pastikan tahap senaman adalah rendah , sehingga berpeluh ,masih boleh bercakap dan tidak tercungap/sesak nafas
  • Di akhiri dengan senaman menyejukkan badan ( cool down ) seperti senaman regangan dan pernafasan selama 5 – 10 minit

Apabila gejala asma berlaku:

BERHENTI BERSENAM, AMBIL UBAT, LAKUKAN SENAMAN PERNAFASAN PURSED – LIP

  • Jika ia berterusan, dapatkan bantuan kecemasan di hospital atau klinik yang berdekatan.

Apabila pesakit melakukan senaman dengan betul, maka asma dapat dikawal dengan baik dan boleh melakukan aktiviti harian seperti biasa.
Sekiranya ada pertanyaan, sila berjumpa atau hubungi ahli fisioterapi di hospital atau klinik yang berhampiran.

Rujukan

  • Jabatan Fisioterapi Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.
  • https://www.nlm.nih.gov/medlineplus/ency/imagepages/9248.htm
Semakan Akhir : 23 Ogos 2019
Penulis : Pauzilah binti Hj Dollah
Akreditor / Penyemak : Halimah binti Hashim

Artikel Berkaitan

PEMERIKSAAN X-RAY MULTIPLE MYELOMA

Pemeriksaan x-ray multiple myeloma (tinjauan tulang) akan dilakukan untuk mendiagnosis penyakit multiple myeloma yang merupakan salah satu daripada penyakit kanser darah yang biasanya berlaku pada bahagian tulang belakang, pinggul, rusuk dan bahu.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,822

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia