Definisi
Kelecuran adalah kecederaan pada kulit yang disebabkan terkena bahan haba , kimia, geseran, ais, renjatan elektrik atau radiasi.
Klasifikasi Kecederaan
a) Kecederaan kelecuran dibahagi kepada:-
1. Haba (thermal injury) – api, cecair mudah terbakar seperti petrol, gas, air panas, wap panas.
2. Bahan Kimia (chemical injury) – asid dan gas
3. Elektrikal (electrical injury) – renjatan elektrik, pancaran kilat.
4. Radiasi (Radiation) – tenaga solar, radioterapi dan laser
5. Ais – frost bite
b) Keluasan Kelecuran (Peratusan)
i) Rule of Nine
ii) LUND-Browder Chart
iii) Palm’s Rule
Gambarajah :Rule of Nine
c) Tahap Kelecuran
Tahap kelecuran | Tahap pertama( 1st degree) |
Tahap Kedua (2nd degree) |
tahap Ketiga (3rd degree) | Tahap Keempat (4th degree) | |
Superficial |
Deep |
||||
Lapisan kulit terlibat |
epidermis- lapisan luar |
Dermis-luar
|
Dermis-dalam
|
Melibatkan bahagian lemak |
Melibatkan bahagian otot, tendon, dan tulang |
Tanda dan gejala | merah,kering sakit | merah jambu/merah, blister, lembab, sakit | merah jambu putih , perang , kering ,kebas | Putih , perang , rentung kering, kebas | seperti tahap ketiga |
Masa sembuh | Dalam masa 3-7 hari |
Dalam masa 10-14 hari |
Dalam masa 17- 21 hari, grafting mempercepatkan penyembuhan kefungsian . | perlukan pembedahan skin graft |
perlukan pembedahan reconstruction |
Gambarajah Anatomi kulit
d) Kecederaan Inhalasi
Kecederaan inhalasi bermaksud kecederaan saluran pernafasan yang disebabkan oleh tersedut atau terhidu asap kebakaran atau gas .
Kecederaan inhalasi terbahagi kepada 3 jenis:
i. saluran pernafasan bahagian atas (larynx and vocal cord )
ii. saluran pernafasan utama (tracheobroncial tree)
iii. saluran pernafasan terminal (bronchioles and alveoli)
Peringkat |
Tempoh |
Tanda Fisiologi |
Peringkat pertama | 3 hingga 8 jam | Kesukaran pernafasan (Respiratory distress) yang minima akibat daripada bronchospasm atau kerosakkan bahagian alveoli atau kedua-duanya sekali |
Peringkat Kedua | 8 hingga 48 jam | Halangan saluran pernafasan (Obstruction) disebabkan oleh edema pada saluran pernafasan bahagian atas atau bawah atau kedua-duanya. |
Peringkat Ketiga | Selepas 72 jam | Pneumonia, selalunya disebabkan oleh organisma gram -negatif |
Komplikasi Kecederaan Inhalasi
- Tracheal Stenosis
- Trachea Inflammation
- Tracheal Ulser
- Granuloma Formation
Perawatan Fisioterapi
Perawatan kes kelecuran boleh dibahagikan kepada 3 fasa :-
- Fasa Akut (Acute)
- Fasa Sub akut (Subacute)
- Fasa Kesembuhan dan kematangan parut (Post Epithelial healing)
Fasa Akut:
1. Penjagaan Respiratori bertujuan, mengekalkan dan membantu sistem respiratori berfungsi ke tahap optima. Penjagaan respiratori amat penting terutama bagi kes-kes kecederaan inhalasi dan kelecuran bahagian dada. Pesakit ketika itu sama ada menggunakan alat bantuan pernafasan, menggunakan terapioksigen atau tanpa oksigen. Rawatan yang diberi adalahChest physiotherapy seperti:
- Senaman pernafasan
- ACBT ( active cycle breathing technique)
- Vibration
- Menggunakan adjunct : Incentive spirometer, flutter jika perlu
- Senaman mobiliti torasik
- Postural drainage atau Modified Postural drainage
- Suction (jika perlu)
- Positioning
Catatan
- Elakkan dari melakukan chest percussion ke atas graft kulit (recipient), donor site.
- Kekerapan untuk melakukan Chest physiotherapy bergantung kepada kondisi sistem respiratori semasa pesakit.
- Semasa melakukan chest percussion, tuala perlu diletakkan antara kulit pesakit dan tangan ahli Fisioterapi sebagai bahan perantara.
Rawatan Chest physiotherapy diperlukan secara intensif dengan merujuk kepada parameter berikut :
-
- X-ray dada
- ABG
- Askultasi
- Insentive Spirometry
2. Memposisikan Anggota Terlibat
Posisi yang betul adalah posisi yang bertentangan dengan posisi selesa dan kontraktur. Dilakukan pada hari pertama pesakit masuk wad sehingga parut matang. Anggota yang terlibat diposisikan dengan betul untuk mencapai tujuan seperti :-
- Mengurangkan bengkak
- Mengelakkan berlakunya Deep Vein Thrombosis
- Mengelakan kerosakan yang lebih teruk pada sendi atau tendon yang terdedah (exposed tendon )
- Mengelakan kerosakan pada graft kulit yang baru.
- Mengelakkan terjadi kudis tekanan di bahagian – bahagian seperti styloid process,medial malleolus, lateral malleolus dan tendon Achilles.
- Mengekalkan julat pergerakan sendi supaya tidak berlakunya kontraktur
Posisi Yang Betul:
Anggota kelecuran |
Deformiti |
Posisi mengelakkan kontraktur |
Teknik |
Kepala/leher |
Flexion
|
Extension atau sedikit hyperextension | Gulungan tuala di letakan di bawah leher. |
Siku |
Flexion | Extension dan Supination |
Gunakan Arm troughs, bantal atau splint |
Pergelangan tangan dan jari-jari |
Flexion | Extension pergelangan tangan dan jari-jari. |
Letakan Arm troughs, bantal atau splint
|
Pinggul |
Flexion, External rotation | Hip Extension and lower limb in neutral position. | Baring telentang atau meniarap. Tiada bantal di bawah lutut. |
Lutut
|
Flexion | Extension | Tiada bantal di bawah lutut. |
Pergelangan kaki
|
Plantar Flexion | 90 degree dorsi flexion. |
Bantal atau splint untuk menyokong pergelangan kaki.
|
Catatan :
- Posisi yang betul hendaklah sentiasa diteruskan sehingga parut matang bagi mengelakkan berlakunya kontraktur.
3. Senaman Terapeutik
Senaman perlu dilakukan pada hari pertama kemasukan wad hingga parut matang. Tujuan dilakukan adalah:
- Mengekalkan Joint intergrity
- Mengekalkan fleksibiliti otot dan keanjalan kulit
- Mengekalkan julat pergerakan sendi supaya tidak berlaku kontraktur
- Meningkatkan kekuatan dan ketahanan otot.
- Mengembalikan fungsi muskuloskeletal ke tahap optima.
Perhatian yang perlu diambil semasa melakukan senaman :
- Tidak dibenarkan melakukan pergerakan pasif yang agresif bagi mengelakkan terbentuknya Heterotropic ossification pada sendi.
- Lakukan active stretch ( kekal selama 7 saat ) pada penghujung julat pergerakan. Ini membolehkan otot fibre dipanjangkan dan parut tisu akan membentuk mengikut kepanjangan otot.
- Tidak dibenarkan melakukan passive stretching bagi mengelakkan kerosakan tisu, graft loss dan pendarahan kulit superficial
- Lakukan senaman regangan dan kekalkan selama 7 saat.
- Galakkan pesakit melakukan senaman aktif bagi anggota terlibat serta yang tidak terlibat. Pastikan semua pergerakan mencapai Full Range of Motion (ROM).
- Bagi pesakit yang telah menjalani skin graft, senaman hanya boleh dilakukan selepas mendapat kebenaran daripada Pakar Perubatan yang merawat. Pada kebiasaanya senaman boleh dimulakan pada hari ke-5 atau ke-7 selepas skin grafting.
- Ahli Fisioterapi hendaklah menyediakan preskrepsi senaman secara individu berdasarkan kondisi semasa seseorang pesakit tersebut.
- Lakukan senaman untuk mengekalkan julat pergerakkan (ROM) untuk sendi terlibat dan sendi yang berdekatan ( contoh: sendi terlibat adalah sendi siku maka sendi bahu dan pergelangan tangan perlu juga dilakukan senaman). Ia perlu dilakukan sekurang-kurangnya sekali sehari dengan 5 – 10 ulangan gerakan ROM bagi bahagian tertentu untuk mencapai julat pergerakkan yang maksimum.
- Lakukan senaman selepas wound care iaitu sebelum balutan dressing atau semasa soaking bagi mencapai julat pergerakan yang penuh .
- Kelecuran di bahagian belakang jari /tangan yang melibatkan tendon maka pergerakan composite finger flexion tidak dibenarkan kerana akan menyebabkan stres kepada extensor tendons. Gunakan teknik joint blocking.
- Memulakan senaman rintangan untuk semua anggota yang tidak terlibat untuk mengelakkan otot-otot berkenaan mengecil/mengecut.
- Senaman rintangan untuk anggota terlibat akan dimulakan apabila;
- Kesakitan berkurangan
- Tiada tanda-tanda pendarahan pada tisu yang terlibat
- Edema telah susut.
- Jika ada Skin graft (SSG) tunggu sehingga graft melekat.
- Tingkatkan ulangan secara berperingkat-peringkat. Mulakan dengan senaman melawan arah graviti, kemudian pertingkatkan menggunakan bantuan mekanikal. Gunakan rintangan secara manual sehingga luka sembuh sepenuhnya untuk mengelakkan geseran pada kulit.
Senaman Semasa Direndam
- Masa yang sesuai untuk melakukan senaman adalah semasa direndam dalam air suam bagi melembutkan tisu dan memberi pesakit keselesaan.
Fasa Sub-akut
1.Teruskan dengan penjagaan respiratori
2.Teruskan dengan senaman terapeutik
3.Teruskan dengan posisi anggota terlibat pada kedudukan yang betul
4.Lakukan pergerakan mobiliti / ambulasi
Ambulasi
Bagi pesakit yang mengalami kelecuran dibahagian:-
- Anggota atas – ambulasi dilakukan sebaik sahaja status haemodynamic stabil.
- Anggota bawah – ambulasi dilakukan apabila:-
- Status haemodynamic stabil
- Tiada tanda-tanda pendarahan pada anggota terlibat (No active bleeding)
- Selepas Bandaging dilakukan
Sekiranya ada tanda-tanda seperti dibawah, tindakan perlu diambil.
Tanda-tanda |
Tindakan |
Oedema bertambah | Elevasi anggota yang terlibat |
Kerosakan pada kulit yang telah sembuh | Rujuk kepada doktor berkenaan |
Kesakitan bertambah | Pain management / Rujuk kepada doktor berkenaan |
Langkah berjaga-jaga;
- Pergerakan sendi pinggul tidak boleh digerakan sekiranya ada Femoral Intra Venous
- Terdapat tanda-tanda vita yang tidak stabil
Fasa Penyembuhan dan kematangan parut Post Epithelial Healing
1.Senaman terapeutik secara circuit training supaya pesakit lebih berdikari.
2. Senaman regangan
3. Senaman menguatkan otot contoh seperti mengguna theraband, pemberat (dumbbell).
4.Senaman untuk meningkatkan endurance. Contohnya menaiki tangga senaman aerobik.
5.Senaman untuk meningkatkan koordinasi. contohnya Teknik Proprioceptive Neuromuscular Fasilitation (PNF)
6.Senaman di rumah
- Lakukan kesinambungan senaman secara berterusan sehingga parut matang mengikut preskripsi senaman
- Elevasikan anggota yang terlibat jika terdapat kebengkakan,
- Lakukan aktiviti kehidupan harian dengan kendiri.
Penjagaan Parut
Pembentukan parut bagi luka kelecuran adalah satu proses yang berterusan. Parut akan berhenti apabila kulit sudah matang. Kefahaman serta kesedaran pesakit berkaitan penjagaan parut perlu dipertingkatkan bagi mengelakkan pertumbuhan parut hypertropic. Perlu diketahui bawa parut yang telah matang mempunyai presentasi klinikal seperti berikut. Parut harus kelihatan :
- Lembut
- Rata
- Tiada tegangan pada parut
- Warna parut kembali ke warna kulit asal
Parut Hypertropic mempunyai ciri-ciri klinikal seperti dibawah:-
- Kemerahan pada permukaan
- Permukaan parut yang timbul
- Kurang keanjalan
- Sakit dan gatal
Penjagaan Parut:-
a. Urutan Parut
Manipulasi tisu lembut digabungkan dengan regangan boleh mengurangkan pembentukan parut .
Urutan Parut:-
– Menggalakan pemulihan kolagen
– Membantu mengurangkan kegatalan
– Mengekalkan kelembapan dan kelenturan
Teknik Urutan Parut:-
- Sapu losyen di bahagian terlibat. Gunakan losyen tanpa pewangi.
- Beri tekanan kepada kulit secukupnya sehingga keputihan ( blanch )
- Urut dalam 3 arah iaitu membulat ke atas dan ke bawah, dan sisi ke sisi
- Urut melalui teknik friction lebih berkesan jika digabungkan dengan regangan dan senaman .
-
-
-
- Lakukan 3 – 4 kali setiap hari.
- Urut melalui teknik friction tidak boleh di aplikasikan ke atas parut yang fragile kerana ia akan mengakibatkan lecur/lepuh atau kekoyakkan kulit.
-
-
-
Penjagaan Kulit
i. Kebersihan diri
- Uji suhu air sebelum masuk ke dalam tub atau shower kerana kulit baru lebih sensitif kepada suhu air yang terlalu panas dan terlalu sejuk
- Bersihkan diri seperti mandi dengan menggunakan air biasa.
- Gunakan tuala yang lembut dan bersih untuk mengelap.
ii. Kulit kering
Kulit kelihatan kering dan bersisik akibat daripada kemusnahan kilang minyak.
- Guna losyen atau pelembab untuk kekalkan kelembapan kulit.
- Jauhi dari minyak yang mengandungi lanolin dan alkohol yang mengakibatkan blister lecur/lepuh pada kulit yang baru.
iii. Cahaya Matahari
Kulit yang baru sembuh lebih mudah cedera apabila terdedah kepada cahaya matahari – sinarultra ungu. Kulit yang baru lebih sensitif kepada cahaya dalam tempoh 1 tahun.
- Pakai pakaian berlengan panjang seluar panjang, topi besar untuk melindungi luka.Lakukan aktiviti pada awal pagi atau lewat petang.
- Elakkan terdedah kepada cahaya matahari secara langsung, Contoh: berada di tepi pantai.sapukan krim/ losyen pencegahsinarultra ungu
iv. Cuaca Sejuk
Pesakit akan mangalami deria rasa kebas pada hujung jari kaki dan tangan.
- Pakai pakaian tebal dan jauhi dari terdedah kepada cuaca sejuk terlalu lama.
v. Kulit Gatal
Kulit yang kering akan menyebabkan pesakit mengalami kegatalan.
- Pakai pakaian longgar untuk mengelak perpeluhan
- Elakkan menggaru kulit yang baru sembuh kerana ia sangat nipis , sensitif dan mudah luka
- Gunakan losyen secukupnya.
vi. Lecur/lepuh
Kulit yang baru mudah menjadi lecur/lepuh disebabkan tekanan dan geseran .
- Elakkan memakai pakaian atau kasut yang terlalu ketat.
Langkah –langkah pencegahan umum
Pencucian Tangan
- Cucian tangan mengikut tatacara yang betul
- Tangan perlu di cuci :-
- Sebelum dan selepas merawat/ memegang pesakit
- Selepas mengendalikan objek yang terkena cecair dan pesakit
- Selepas tersentuh cecair atau luka pesakit.
Rujukan
- Garis Panduan Perawatan Kes Kelecuran, Jawatankuasa Teknikal Profesion Fisioterapi, Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu, Kementerian Kesihatan Malaysia.
- Mani.M.M, Cox.K Crawford .C. Werth.D ( 1987) .Burn Care and Rehabilitation Gene and Barbara Burnett Burn Centre kansas University Medical Centre Kansan City, kansas U.S.A
- Ronald P. Mlcak a, Oscar E. Suman, David N. Herndon (2007), Respiratory management of inhalation injury.
- Standard of care: Inpatient Physical management of patients with Burns. Brigham and Women’s Hospital (2008)
- Edger .D ( 2004 ) Rehabilitation after Burn Injury, BMJ 2004, 343-345
- Patient. Co.Uk- trusted medical information and support. http://www.Patient.co .uk/doctor/burns -Assessment-and-management.htm (accesed) 17 /5/2012.
- Physical Therapy Journal of the American Physical Therapy Association
- Burns and scalds , Clinical Knowledge summaries ( 2007 )
- Enoch S, Roshan A, ShahM: Emegency and early management of burns and scalds.
Semakan Akhir | : | 23 Ogos 2019 |
Penulis | : | Pauzilah binti Hj Dollah |
Akreditor / Penyemak | : | Halimah binti Hashim |