A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Perceraian dan Perpisahan

Pengenalan

Perceraian adalah jalan atau langkah terakhir yang diambil oleh sebuah pasangan dalam menamatkan ikatan yang terjalin iaitu ikatan perkahwinan. Perceraian atau perpisahan adalah fenomena yang boleh berlaku tanpa diduga. Ia boleh terjadi tanpa mengira berapa lama tempoh sesebuah perkahwinan itu terjalin. Tempoh 3 tahun di awal perkahwinan adalah satu tempoh yang kritikal di mana pasangan belajar memahami dan menerima kelemahan dan kekurangan pasangan mereka. Statistik yang dikeluarkan oleh JAKIM pada tahun 2010 menunjukkan setiap tahun perceraian berlaku di antara 2,700 hingga 3,700 kes.

Definisi

Perceraian bermakna memutuskan pertalian di dalam perkahwinan. Ia juga bermaksud membuka atau melepaskan ikatan perkahwinan. Dalam istilah agama, ia bermaksud talak atau cerai. Kehidupan moden hari ini banyak menjuruskan pasangan ke lembah perceraian. Dalam konteks Agama Islam perceraian amat dibenci oleh ALLAH SWT. Walau bagaimanapun seandainya perkahwinan itu tidak dapat diselamatkan lagi maka menamatkan perkahwinan tersebut adalah jalan yang terbaik bagi pasangan tersebut. Haruslah diingat, bahawa perceraian yang terjadi haruslah dilakukan dengan suasana paling aman dan terkawal.

Kehidupan manusia zaman serba marcapada ini telah menghapuskan keharmonian alam rumahtangga dan menyebabkan pisah ranjang ini mudah berlaku. Sikap egosentris menyebabkan individu-individu moden ini melupakan nilai-nilai agama dalam perkahwinan mereka.

Punca – punca Perceraian

Terdapat banyak faktor dan punca yang boleh menyebabkan satu –satu perkahwinan terbubar atau terlerai. Antara punca-punca tersebut adalah :-

    1. Kelemahan dalam komunikasi

 

    1. Komunikasi adalah satu kemestian dalam perkahwinan. Komunikasi yang harmoni menjadikan perkahwinan tersebut lebih bahagia dan saling memahami. Namun begitu, kealpaan dalam komunikasi menjadikan perkahwinan tersebut hambar dan tiada roh. Komunikasi yang lemah boleh membuatkan pasangan salah sangka terhadap sesuatu isu yang menyebabkan perbalahan. Perbalahan yang berpanjangan dan tidak terkawal akan mencetuskan perceraian.

 

    1. Pengurusan dan masalah kewangan

 

    1. Masalah kewangan selalunya menjadi isu terbesar di dalam perkahwinan. Ia menjadi lebih rumit bila pasangan berbelanja melebihi dari pendapatan yang diperoleh. Situasi ini akan menjadi lebih tidak terkawal apabila pasangan tersebut mempunyai hutang yang banyak dan tidak dapat menampung hutang tersebut dengan berhemah. Masalah kewangan yang runcing ini boleh mencetuskan konflik sehingga mencetuskan perpisahan.

 

    1. Kurang pendedahan dan pengetahuan mengenai ilmu perkahwinan

 

    1. Ramai pasangan yang berkahwin hanya kerana mereka ingin berkahwin. Mereka tidak pernah mempelajari ilmu perkahwinan bagi melahirkan perkahwinan yang bahagia. Ini menyebabkan pasangan tersebut tidak mengetahui bagaimana untuk mengendalikan konflik yang berlaku dalam rumahtangga mereka.

 

    1. Tiada sefahaman

 

    1. Kebanyakan pasangan tidak mengira budaya dan stail kehidupan mereka sebelum berkahwin. Tetapi, selepas berkahwin mereka mula menyalahkan satu sama lain dan sering menuding jari antara mereka. Perbalahan ini akhirnya membawa kepada perceraian.

 

    1. Masalah seksual

 

    1. Mengikut Jabatan Agama Islam Selangor pada tahun 2011, masalah seksual adalah antara punca perceraian tertinggi di Selangor. Ini diakui oleh Lembaga Pembangunan, Penduduk, Perancangan dan Keluarga Negara yang mengatakan bahawa masalah seksualiti dalam kalangan pasangan di Malaysia merupakan punca perceraian. Masalah seksual tersebut adalah seperti pra ejukulasi dan mati pujuk. Masalah seksual yang serius dan tidak dirawat boleh menyebabkan perceraian berlaku dalam rumahtangga.

 

    1. Tidak mengerti tanggungjawab

 

    Ada pasangan yang berkahwin tetapi tidak mengetahui apakah tanggungjawab mereka sebagai suami dan isteri. Mereka masih lagi mengamalkan cara hidup seperti mereka masih lagi bujang dan masih berpoya-poya dengan rakan-rakan tanpa memikirkan kehendak pasangan masing-masing.

Kesan Psikologikal

Perceraian boleh mengakibatkan implikasi yang besar terhadap pasangan dan anak-anak dalam keluarga tersebut. Berbagai permasalahan akan timbul apabila berlaku perceraian diantara suami dan isteri. Perceraian juga cenderung membawa kesan negatif kepada corak atau gaya keibubapaan keluarga. Sebahagian dari kesan-kesan perceraian adalah:

 
Rajah 1 : Kesan Psikologikal Terhadap Pasangan
 
 
 

 

 
Rajah 2: Kesan Psikologikal Terhadap Anak
 
 
 

Rumusan

Perceraian mahu pun perpisahan adalah satu tragedi yang boleh berlaku di alam perkahwinan. Rentetan dari kejadian ini boleh menjadi satu trauma emosi seandainya individu tersebut tidak dapat mengawal dan tidak tahu cara untuk mengatasinya. Perceraian dan perpisahan yang berlaku antara ibu dan bapa boleh meninggalkan kesan yang mendalam terhadap kanak-kanak sehingga membantutkan proses pendewasaan kanak-kanak itu sendiri.

Semakan Akhir : 11 November 2013
Penulis : Pn. Fariz Sakina Bt. Abdullah

 

Artikel Berkaitan

Sindrom Empty Nest Dikalangan Warga Emas

Sindrom Empty Nest ini merujuk kepada perasaan kemurungan, sedih atau kesedihan yang dialami oleh warga emas semasa anak-anak mulai meninggalkan rumah. Sindrom ini kebiasaannya berlaku dikalangan kaum wanita berbanding kaum lelaki.

Kepentingan Hobi

bi membantu kita untuk menikmati masa dan suasana ketika melakukan aktiviti kegemaran. Hobi membantu kita untuk optimakan penggunaan masa.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,822

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia