A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Perkauman

Perkauman adalah kepercayaan bahawa kemampuan dan ciri-ciri yang dikaitkan dengan manusia adalah berdasarkan kaum dan sesetengah kumpulan kaum itu lebih tinggi kedudukannya dari yang lain. Sejak kebelakangan ini terdpat banyak isu terutamanya berkaitan dengan kaum dan etnik di negara kita.

 

PerkaumanImage from www.freemalaysiatoday.com

Terima kasih kepada media sosial kerana dengannya orang mulai bebas bersuara, menghentam, mengkritik dan menuduh mana-mana kaum sesuka hati mereka. Sesetengahnya akan memuatnaik gambar atau video mengenai kejadian pergaduhan kaum yang berbeza, pertengkaran atau percanggahan pendapat untuk hiburan orang ramai dan mereka yang melihatnya akan menafsir dengan mudah. Sesuatu perkara yang baik jika Malaysia berada sama paras dengan negara maju dari segi kemajuan teknologi. Tetapi, apa yang merisaukan adalah perasaan kebencian dan ketegangan yang boleh terkumpul antara kaum yang boleh tersebar melalui cara ini. Apa yang sudah terjadi kepada negara Malaysia kita yang tercinta? Mengapa kita berubah menjadi taksub dan bersifat perkauman sedangkan dalam abad ke 21 ini kita seharusnya menuju ke era penyatuan dan kesamaan seiring dengan Wawasan 2020?

 

Perkauman2Image from www.sara1malaysia.com.my

Ini menyedarkan kita mengapa dan apakah punca yang menyebabkan isu perkahwinan ini terjadi dan tersebar luas. Bagi mengatasi masalah ini hingga ke akar umbi, marilah lihat terlebih dahulu apa makna perkataan ini, bagaimana ia bermula dan kenapa kepercayaan yang terlampau ini boleh menjadi niat jahat dan menyebabkan orang lain menderita. Di dalam Kamus Online Oxford, perkauman bermakna prejudis, diskriminasi atau pertentangan yang ditujukan kepada seseorang atau kaum lain berdasarkan kepercayaan bahawa kaum mereka sendiri lebih tinggi statusnya. Mengikut D.M. Newman dalam jurnalnya yang bertajuk Sosiologi: menerokai arkitektur kehidupan seharian, “perkauman: kepercayaan bahawa manusia terbahagi kepada kumpulan yang berbeza dari segi tingkah laku sosial dan kemampuan semula jadi dan boleh dikelaskan kepada tinggi atau rendah”. Salah satu perkauman terang-terangan ialah di Amerika yang bermula dari tahun 1800 sehingga 1965 iaitu undang-undang Jim Crow. Negeri-negeri selatan mengamalkan undang-undang negeri dan setempat yang mengasingkan kaum. Undang-undang Jim Crow ini memandatkan pengasingan sekolah awam, tempat awam, pengangkutan awam sehinggalah pengasingan bilik rehat, restoran dan tempat meminum air bagi orang putih dan orang kulit gelap. Di negara kita, rusuhan kaum pernah terjadi enam tahun selepas pembentukan Malaysia. Ia dikenali dengan nama Tragedi 13 Mei. Sehingga sekarang, ia dianggap pantang larang untuk berbincang mengenainya di khalayak ramai. Sumber Diplomatik Barat Menganggarkan seramai 600 kematian berlaku dan kebanyakan mangsa adalah orang Cina. Tiada terdapat bukti sahih mengenai siapa yang memulakan rusuhan tersebut tetapi insiden 13 Mei berkemungkinan akan berlaku lagi jika semua orang tidak bijak dan belajar sikap toleransi.

 

Perkauman3Image from mya-coretanharian.blogspot.com

Di sebalik apapun imej yang ditunjukkan oleh sesetengah golongan yang mengatakan kaum Melayu adalah pekerja yang malas, kaum Cina yang mengejar kekayaan dan kaum India licik, namun tidak semuanya adalah tuduhan yang tepat. Dalam kehidupan sebenar, terdapat sebilangan kecil sahaja yang bersifat demikian dan ianya tidak melambangkan keseluruhan sesuatu kaum.

Perkauman4Image from english.astroawani.com

Ramai tidak akan bersetuju bahawa sebuah negara hanya akan lebih baik jika diduduki oleh satu kaum sahaja. Walaupun terdapat perselisihan kaum yang berlaku selama lebih 40 tahun, masih terdapat banyak kelebihan yang tidak kita sedari. Yang paling menyeronokkan di Malaysia adalah kita dapat berkongsi makanan. Rakyat Malaysia bertuah kerana mempunyai pelbagai jenis juadah.

 

Perkauman5Image from www.mysumber.com

Adalah menjadi satu kebiasaan untuk melepak di gerai lewat malam untuk menyaksikan pertandingan bola sepak sambil menikmati roti canai dan teh tarik. Pada sebelah paginya pula sebelum berkejar ke pejabat, adalah mudah untuk singgah di gerai berhampiran untuk membeli sebungkus dua nasi lemak.

Perkauman6Image from www.carigold.com

Satu lagi ciri unik negara berbilang kaum adalah perkataan yang dipinjamkan yang selalu digunakan. Perkataan ‘tapau’ merupakan perkataan Cina yang bermaksud untuk membungkus makanan dan di Malaysia jika kita menyebut perkataan “Tolong tapau 2 nasi ayam”, pengendali restoran akan segera tahu maksudnya. Ketika meraikan perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas dan Pesta Menuai (di Sabah dan Sarawak), adalah menjadi satu amalan untuk mengadakan ‘rumah terbuka’ untuk keluarga, sanak-saudara dan sahabat handai. Di sini, semua orang dijemput untuk melawat rumah dan pada ketika inilah masa terbaik untuk menikmati pelbagai juadah dari setiap kaum dan etnik. Rumah terbuka bukan sahaja diamalkan oleh orang kebiasaan, malah kaum kerabat serta menteri-menteri juga mengadakannya. Hanya di Malaysia yang mengamalkannya.

 

Perkauman7Image from chaserz.org

Tetamu terutamanya kanak-kanak yang pergi ke rumah terbuka selalunya diberikan ‘ang pau’ ketika Tahun Baru Cina dan ‘duit raya’ ketika Hari Raya Aidilfitri. Dengan adanya amalan kaum Cina ini, orang Melayu juga mengamalkannya. Dato’ Lee Chong Wei yang menentang Lin Dan ketika Sukan Olimpik tahun 2012 juga merupakan satu contoh. Walaupun beliau hanya menduduki tempat kedua, namun beliau menerima sokongan dan dipuja oleh seluruh negara. Ini adalah acara yang menyaksikan walaupun pasukan Malaysia tidak menjadi johan, namun seluruh lapisan masyarakat tidak mengenal tua atau muda, miskin atau kaya, semua bangsa bersatu hati menyokong pemain kita kerana mereka merupakan juara di hati kita.

 

Perkauman8Image from www.badmintonfreak.com

Hidup di dalam negara pelbagai kaum dan etnik memberi peluang kepada generasi muda kita untuk belajar pelbagai bahasa dan dialek. Perkahwinan antara kaum tidak dapat dielakkan. Perkahwinan campur pernah menjadi subjek yang dilarang namun ianya telah diterima sekarang.

 

Perkauman10Image from www.themalaysiantimes.com.my

Hidup di dalam negara pelbagai adat, kepercayaan dan agama mengajar kita untuk saling menghormati. Tidak dapat dinafikan, media sosial telah memainkan peranan penting dalam menyebarkan berita menarik mengenai toleransi dan penerimaan. Seluruh negara bersedih ketika rumah mangsa-mangsa banjir musnah dan ramai yang tinggal sehelai sepinggang dalam sekelip mata pada penghujung tahun 2014. Tragedi menimpa sekali lagi apabila gempa bumi berlaku di Sabah dengan mengorbankan 18 mangsa. Nasib malang dan bencana alam sering berlaku. Namun apa yang mengagumkan kita adalah penyatuan pelbagai kaum dalam menghulurkan bantuan dari segi derma, perkhidmatan dan doa kepada mangsa-mansa yang terlibat. Setelah memetik contoh-contoh ini, sudah tiba masanya untuk kita membuang sikap mementingkan diri, pergaduhan dan ketakseimbangan antara kaum untuk bersatu semula dan bergerak ke arah negara yang aman dan harmoni.

 

Perkauman9Image from www.mysumber.com

Rujukan:

1.     http://en.wikipedia.org/wiki/Racism

2.     www.globalissues.org

3.     www.racismnoway.com.au

4.     www.establishmentpost.com

 

Tarikh Semakan : 15 December 2015
Penulis / Penterjemah : Lt. Kol. Dr. Ridzuan bin Azmi
Akreditor : Dr. Nik Rubiah binti Nik Abdul Rashid

Artikel Berkaitan

Sekolah Menjengkelkan!

Kita semua pernah pergi ke sekolah, samada sekolah kerajaan atau sekolah swasta. Mengikut sistem pendidikan Malaysia, 11 tahun dari kehidupan kita dihabiskan di sekolah.

Idola

Definisi Sumber: http://4.bp.blogspot.com/efad38ccb4daf11b94df23bfd80fff0e.jpg Idola adalah sumber inspirasi atau tokoh yang

Swafoto

Selfie adalah gambar potret diri. Ia sering dikongsi di perkhidmatan rangkaian sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,816

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia