A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Remaja
  4. /
  5. Tumbesaran
  6. /
  7. Minda Anda
  8. /
  9. Perkembangan Kognitif dalam Remaja

Perkembangan Kognitif dalam Remaja

Kemahiran kognitif akan bertambah dengan kematangan dan pengalaman. Perkembangan kognitif terjadi pada kadar berbeza (ada yang lambat berbanding dengan yang lain) dalam semua orang.

Apakah perkembangan kognitif?

  • Kemahiran kognitif akan bertambah dengan kematangan dan pengalaman
  • Pertumbuhan kemahiran fungsi otak.
  • Persepsi (memberi makna pada sesuatu)
  • Memori (mengingati sesuatu)
  • Proses berfikir (konkrit dan abstrak)
  • Pemikiran anda akan berubah daripada pemikiran konkrit kepada abstrak.
  • Perkembangan kognitif terjadi pada kadar berbeza (ada yang lambat berbanding dengan yang lain) dalam semua orang.

Bagaimana untuk meningkatkan kemahiran kognitif anda?

  • Aktif dan cergas secara fizikal.
  • Amalkan pemakanan sihat
  • Pelajari kemahiran baru bila berkesempatan:
    • Kemahiran akademik (contoh: belajar, mengingat, menganalisis, mengimbas dan lain-lain)
    • Kemahiran sosial (contoh: mewujudkan dan mengekalkan persahabatan, perbualan)
    • Kemahiran hidup seharian (contoh: penjagaan kendiri, mengemas rumah dan pengurusan masa)
    • Kemahiran pergerakan (contoh: bermain, bersukan,dan lain-lain)
    • Kemahiran menyelesaikan masalah (contoh: cara-cara menghindari kesusahan)
  • Latihan untuk menambah perhatian
  • Kemahiran mendengar
  • Latihan untuk menambah ingatan
  • Latihan untuk menyelesaikan masalah
  • Strategi untuk meningkatkan daya ingatan
  • Latihan berulang dan
  • Maklumat yang teratur(contohnya peta minda, kategori)
  • Gambaran imej
  • Alat bantuan memori
  • Diari
  • Kalendar
  • Penggera
  • Peringatan
  • Kemahiran menyelesaikan masalah

Sila rujuk kepada kaunselor atau pakar psikologi di sekolah untuk maklumat lanjut.

 

Semakan Akhir : 27 April 2012
Penulis : Pn Norlizar Abd. Razak
Akreditor : Dr. Hargeet Kaur a/p Basant Singh
 

Artikel Berkaitan

Bulimia Nervosa

Apakah Bulimia Nervosa? Masalah yang berlaku apabila anda cuba untuk

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,616

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia