Pertusis/Batuk kokol – vaksin jenis tanpa sel aP dan vaksin jenis seluruh sel wP
Apa itu Pertusis?
Ini adalah sejenis jangkitan bakteria yang serius yang boleh menyebabkan batuk yang teruk (whooping cough) dan jangkitan paru-paru.
Apakah kebaikan vaksin batuk kokol jenis tanpa sel?
Penggunaan vaksin jenis seluruh sel wP dikaitkan dengan kes penyakit otak akut di mana pesakit mempunyai tahap kesedaran yang menurun disamping mendapat serangan sawan (brain encephalopathy).
Komplikasi ini amat jarang berlaku iaitu dalam jangkaan 1 insiden bagi setiap 330,000 dos vaksin.
Walau bagaimanapun, kaitan antara penyakit otak akut dan vaksin jenis wP ini sebagai penyebab masih tidak dapat dinyatakan dengan jelas.
Vaksin jenis tanpa sel aP dikatakan tidak menyebabkan komplikasi penyakit otak akut seperti mana vaksin jenis wP.
Semakan akhir | : | 25 April 2012 |
Penulis | : | Dato’ Dr. Jimmy Lee Kok Foo |
Penyemak | : | Dr. Ranjini S. Sivanesom |