ā€“A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Warga Emas
  4. /
  5. Keadaan Biasa
  6. /
  7. Petua Untuk Warga Emas...
  8. /
  9. Merancang untuk Bermusafir/Melancong? Apa...

Merancang untuk Bermusafir/Melancong? Apa yang perlu dibuat Sebelum Bermusafir

Sebahagian daripada menjadi tua dengan berjaya (penuaan secara sihat) adalah untuk melakukan sesuatu yang anda gemar selagi tahap kesihatan mengizinkan. Melancong mungkin merupakan salah satu daripada kegemaran anda.

Sebahagian daripada menjadi tua dengan berjaya (penuaan secara sihat) adalah untuk melakukan sesuatu yang anda gemar selagi tahap kesihatan mengizinkan. Melancong mungkin merupakan salah satu daripada kegemaran anda.

Perancangan yang teliti adalah penting untuk semua pelancong bagi memastikan kesihatan dan keselamatan terjamin semasa melancong. Berikut adalah petua untuk warga emas yang bercadang untuk melancong:

Petua am:

  • Banyak agensi pelancongan yang menyediakan racangan melancong yang khusus untuk warga emas. Dapatkan maklumat daripada beberapa agensi untuk mencari satu agensi pelancongan yang paling sesuai bagi anda.
  • Buat penyelidikan terhadap fasiliti kesihatan di tempat yang anda cadang untuk melancong.
  • Dapatkan pelan insurans pelancongan yang merangkumi masalah perubatan yang sedia ada- sekiranya perlu
  • Rancangan pelancongan yang disediakan oleh agensi pelancongan adalah lebih sesuai daripada merancang sendiri.
  • Dapatkan maklumat penting mengenai cuaca, cara hidup dan bahasa yang digunakan di tempat yang anda bercadang untuk dikunjungi
  • Sekiranya racangan melancong dibuat awal, buatlah persediaan meningkatkan kecerdasan fizikal anda dengan melakukan senaman.

Pemeriksaan perubatan sebelum melancong

Penyakit kronik yang stabil tidak sepatutnya menghalang anda daripada menikmati aktiviti melancong.

Pastikan:

  • Dapatkan nasihat doktor anda untuk pemeriksaan perubatan. Jenis pemeriksaan yang diperlukan akan bergantung kepada masalah perubatan yang sedia ada. Sebagai contoh, selepas serangan sakit jantung, doktor anda perlu memastikan bahawa tidak ada lagi saluran darah atau otot jantung yang tidak stabil sebelum membenarkan anda melancong dengan selamat.
  • Sesetengah penyakit atau ubat yang diambil, mungkin berinteraksi dengan pemakanan anda. Sebagai contoh, gejala penyakit kegagalan fungsi jantung (heart failure) akan menjadi lebih teruk sekiranya terdapat peningkatkan dari segi pengambilan garam. Seseorang yang mengambil ubat untuk ā€œmencairkanā€ darah (seperti warfarin), perlulah menstabilkan pengambilan diet yang boleh menganggu metabolisma vitamin K.
  • Sekiranya anda menghidap penyakit diabetes dan sedang melancong di tempat yang mempunyai zon masa yang berlainan daripada tempat asal anda, petukaran masa pengambilan ubat diabetes mungkin diperlukan. Alat mengukur paras gula sendiri dapat membantu anda untuk menyelaraskan petukaran masa pengambilan ubat dengan lebih selamat. Pengetahuan mengenai ubat-ubatan anda adalah penting (sesetengah ubat adalah sensitif dengan masa makanan diambil).
  • Pengambilan ubat baru sejurus sebelum melancong adalah tidak disyorkan. Ini adalah kerana kemungkinan ubat baru ini tidak sesuai terhadap sistem badan anda. Sila beritahu doktor sekiranya anda bercadang untuk melancong.
  • Pengambilan vaksin adalah penting sekiranya anda akan melancong ke sesuatu destinasi yang mempunyai risiko tinggi untuk penyakit berjangkit tertentu. Sebagai contoh, vaksin meningococcal adalah disyorkan bagi mereka yang bercadang untuk menunaikan ibadat haji di Makkah (hyperlink to vaccination in elderly).
  • Berjumpa dengan doktor gigi anda untuk pemeriksaan.
  • Anda disyorkan untuk mendapatkan nasihat daripada pengamal-pengamal perubatan lain yang anda biasa berjumpa (contoh: pakar optometri), sebelum anda bercadang untuk melancong.

Ubat-ubatan biasa untuk warga emas

  • Ubat-ubatan yang sah di sisi undang-undang Malaysia tidak semestinya dibenarkan di negara lain. Dapatkan nasihat kedutaan Malaysia di negara yang anda cadang untuk melancong sebelum anda sampai ke negara tersebut.
  • Adalah dinasihatkan anda membawa ubat yang secukupnya untuk sepanjang masa melancong. Ubat- ubatan yang anda sedang ambil tidak semestinya senang dicari di negara lain. Dapatkan nasihat daripada doktor dan pegawai farmasi.
  • Dapatkan surat rasmi daripada doktor anda (bertandatangan dan cop) yang menyatakan ubat-ubatan yang diambil adalah untuk merawat penyakit yang anda alami.
  • Sekiranya perlu, dapatkan bantuan doktor anda untuk menyenaraikan ubat-ubatan tanpa preskripsi yang anda sedang gunakan.
  • Ubat-ubatan yang dibeli di negara lain mungkin berbeza daripada ubat yang anda sedang gunakan (dari segi jenama dan proses penyediaan ubat). Terdapat sesetengah ubat yang bertindak berbeza daripada satu jenama dengan jenama yang lain, walaupun bahan kimia aktif ubat tersebut adalah sama, contohnya, ubat gantian hormon tiroid.
  • Sekiranya anda memerlukan jarum dan picagari untuk rawatan (seperti insulin untuk diabetes), pastikan anda membawa bekalan yang mencukupi untuk sepanjang tempoh melancong.
  • Untuk sesetengah masalah perubatan tertentu, gelang atau rantai yang mengandungi maklumat perubatan yang diperlukan untuk masa kecemasan adalah penting. Dapatkan nasihat doktor sama ada anda memerlukannya. Ianya juga akan bergantung kepada jenis penggunaan bahasa di negara yang anda bercadang untuk melancong.

Bagasi anda

  • Hanya bawa benda yang anda perlu sahaja. Elak daripada membeli terlalu banyak barang yang akan meningkatkan berat bagasi anda.
  • Bawa bersama anda kesemua keperluan penting semasa berada di dalam bas atau kapal terbang. Elakkan daripada mendaftar masuk keperluan penting ke dalam bagasi kapal terbang. Sebagai contoh, ubat-ubatan anda.
  • Adalah penting untuk menyimpan sebahagian ubat-ubatan seperti ubat tahan sakit, gastrik dan pening di dalam beg yang dibawa bersama anda. Elakkan daripada menyimpan kesemua ubat-ubatan itu di dalam tempat menyimpan bas atau kapal terbang.
  • Semasa melancong, anda akan lebih berkemungkinan besar terlupa mengambil ubat-ubatan anda. Ini adalah kerana anda tidak menjalani rutin kehidupan harian. Oleh itu, penggunaan kotak ubat yang diisikan ubat-ubatan yang perlu diambil mengikut masa dan hari akan dapat membantu.
  • Sekiranya anda memerlukan bantuan cermin mata untuk penglihatan, adalah disyorkan anda membawa cermin mata gentian.
  • Bagasi yang mempunyai roda dapat membantu anda bergerak dengan lebih mudah.

Siapakah yang dapat bantu anda merancang perjalanan dengan lebih baik?

  • Doktor anda
  • Agensi pelancongan
  • Agensi kapal terbang
  • Kedutaan Malaysia

Rujukan

Semakan Akhir : 28 Ogos 2020
Penulis : Dr. Cheah Wee Kooi
Penyemak : Dr. Ho Bee Kiau

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :Ā Ā  +603 8000 8000

FAKS :Ā Ā  +603 8888 6200

EMEL : Ā  myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,816

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK Ā  Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara Ā©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia