Pengalaman kerja : Tujuh tahun
Jawatan : Pegawai Psikologi
Tempat bertugas : Unit Psikologi Kaunseling, Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Johor Bahru, Johor
Kelayakan & Institusi :
- Ijazah Sarjana Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling), UTM Skudai, Johor
- Ijazah Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah, UTM Skudai, Johor
- Mempunyai lesen kaunselor berdaftar dan pengamal kaunseling daripada Lembaga Kaunselor Malaysia.
- Mempunyai sijil kelayakan dalam mengendalikan ujian personaliti iaitu Ujian Personaliti TAJMA, Ujian Personaliti Credo dan Ujian Personaliti Stifin.
Pengalaman:
- Kecenderungan minat dalam kecelaruan emosi. Telah menghasilkan penulisan thesis sarjana dalam Kajian Kemurungan Selepas Bersalin Di Kalangan Wanita: Satu Kajian Kes di Sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam Selatan Semenanjung Malaysia.
- Pernah mengendalikan kursus dan bengkel serta menyampaikan ceramah dalam bidang pengurusan stres, burnout, komunikasi, motivasi, kemahiran belajar, kemahiran keibubapaan, pembangunan kendiri dan terapi modifikasi tingkah laku (kanak-kanak ADHD dan perokok).
- Terlibat dalam penyediaan Modul Berhenti Merokok dan pelaksanaannya kepada pelatih untuk Klinik Nafas Segar untuk Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Johor Bahru, Johor.