A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Pneumothorax

Apa itu pneumothorax?

Pneumothorax adalah pengumpulan udara atau gas di bahagian rongga di antara paru-paru dan dinding dada disebabkan terdapatnya kebocoran di antara rangka dada dan paru-paru (ruang pleura) atau paru-paru itu sendiri. Ini akan menyebabkan paru-paru menjadi kecut.

 

Apakah penyebab dan jenis-jenis pneumothorax?

  • Pneumothorax primer atau spontaneous pneumothorax berlaku secara spontan/tiba-tiba. Ia berlaku kepada mereka yang mempunyai gelembung udara nipis (dipanggil subpleura blebs/bullae) pada paru-paru sejak lahir. Ia pecah secara tiba-tiba mungkin kerana terdapat perubahan tekanan yang berlebihan di antara atmosfera dan rongga dada.
  • Pneumothorax sekunder atau complicated pneumothorax berlaku disebabkan oleh penyakit paru-paru seperti jangkitan paru-paru, kanser paru-paru, penyakit asma/chronic obstructive pulmonary disease (COPD) atau disebabkan oleh kecederaan/trauma fizikal pada dinding dada seperti keretakan/patah pada tulang rusuk atau kecederaan pada dinding dada akibat tikaman dan tembakan dan komplikasi dari bantuan pernafasan (ventilasi).

 

Apakah komplikasi pneumothorax?

Tension pneumothorax adalah komplikasi yang boleh membawa kematian dan memerlukan penjagaan serta-merta. Mekanisme injap satu arah berlaku di mana udara boleh memasuki rongga dada dan paru-paru semasa menyedut nafas (inspirasi) tetapi udara tidak dapat keluar semasa menghembus nafas (ekspresi). Akibatnya tekanan pada rongga dada meningkat, paru-paru mengecut dan pengaliran darah tersekat.

 

Apakah faktor risiko pneumothorax?

  • Kebanyakan pneumothorax disebabkan oleh subpleura blebs/bullae yang terbentuk di paru-paru.
  • Lelaki muda yang tinggi atau Sindrom Marfan’s.
  • Merokok. Perokok lelaki- risiko meningkat 22 kali ganda. Perokok wanita- risiko meningkat 8 kali ganda. Risiko juga bertambah mengikut banyaknya bilangan rokok- perokok tegar berisiko tinggi.
  • Jangkitan atau penyakit paru-paru seperti penyakit tuberculosis(tibi) paru-paru, sarkoidosis, cyctic fibrosis, kanser paru-paru dan pneumocystic carinii dalam pesakit AIDS.

 

Apakah tanda-tanda/gejala pneumothorax?

  • Pneumothorax spontan selalunya berlaku semasa rehat.
  • Sakit dada secara tiba-tiba.
  • Sesak nafas.
  • Sepertiga pesakit mengalami sakit dada dan sesak nafas.
  • Batuk
  • Jantung berdebar/ degupan laju
  • Kulit menjadi biru disebabkan kurang oksigen

 

Bagaimana pneumothorax dikesan/diagnos?

  • Pemeriksaan dada dengan stetoskop menunjukkan kurang kemasukan udara ke dalam paru-paru yang terlibat.
  • Pemeriksaan x-ray dada.

 

Bagaimana pneumothorax dirawat?

  • Pneumothorax yang kecil boleh baik dengan sendirinya dalam masa dua minggu.
  • Pneumothorax yang besar memerlukan tiub dada (chest tube) di masukkan di antara paru-paru dan dinding dada (ruang pleura) untuk mengeluarkan udara yang terperangkap serta memastikan paru-paru tidak terus mengecut.

 

Apakah kesan/prognosis pneumothorax?

Kesan pneumothorax bergantung kepada jenis dan keterukan pneumothorax.

Pneumothorax yang kecil akan baik dengan sendirinya tanpa rawatan.

Pneumothorax sekunder berkaitan dengan penyakit paru-paru walaupun kecil, adalah serius dan boleh membawa kematian dan perlu rawatan segera.

Pesakit yang pernah mengalami pneumothorax mempunyai risiko tinggi berulangnya pneumothorax. Kadar berulangnya pneumothorax adalah lebih kurang 40% dan mungkin berlaku dalam masa 1.5 hingga 2 tahun.

Last Reviewed : 14 Disember 2010
Writer : Dr. Wan Fadhilah bt. Wan Ismail
Accreditor : Dr. Norzila bte. Zainudin

 

Artikel Berkaitan

Bee Stings

Strictly means a sting from a bee (honey bee, bumblebee, sweat bee, etc). The stings of most of these species can be quite painful. In people who are allergic to bee stings, a sting may trigger a dangerous anaphylactic reaction that is potentially deadly

Your Ear

You might wonder whether the earwax needs to be cleaned out. The ear wax naturally flows out of the ear. All you have to do is clean the wax that flows out using a clean cloth. Keep your finger nails short to avoid from accidentally causing injury to the skin DO NOT dig your ears with match sticks, needle, or anything sharp. You can hurt your ear by poking around in there.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,767,430

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia