ā€“A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Pengenalan

Politik Pejabat yang juga dikenali sebagai Politik Organisasi banyak berkaitan konsep kuasa, autoriti dan pengaruh. Perkara ini timbul disebabkan perubahan aspek tingkahlaku dalam kalangan ahli organisasi. Perkara ini juga merujuk kepada pengaruh aktiviti-aktiviti dan taktik-taktik yang dilakukan oleh ahli-ahli organisasi dalam usaha untuk memenuhi dan mencapai kepentingan serta matlamat mereka di tempat kerja.

Definisi

Politik pejabat bermaksud sebagai proses hubungan antara kuasa dan pengaruh membabitkan individu-individu dan kelompok-kelompok tertentu sama ada di peringkat dalaman atau luaran persekitaran organisasi (Eran Vigoda, 1998, dalam Ahmad Sazmy Abdul Aziz, 2009)). Menurut definisi Wikipedia politik pejabat atau politik tempat kerja ialah penggunaan kuasa di dalam organisasi untuk mencapai agenda tertentu atau kepentingan diri tanpa memikirkan kesan atau impak ke atas usaha organisasi.

Memahami Politik Organisasi

Memahami politik organisasi, perkara utama yang perlu dilakukan adalah menerima hakikat bahawa politik adalah sebahagian daripada kehidupan dalam organisasi. Perkara yang kedua adalah menilai tahap politik di tempat kerja anda. Politik menerangkan apa yang manusia lakukan untuk mempengaruhi pihak yang membuat keputusan, mencapai agenda tersembunyi dan memajukan kerjaya mereka secara diam-diam.Politik tempat kerja atau mudah di sebut politik pejabat berbeza dengan gossip di tempat kerja namun kedua-duanya adalah saling berkaitan. Gosip selalunya bersifat rahsia terbuka. manakala politik pejabat bersifat manipulatif bagi mencapai satu-satu matlamatĀ  oleh individu atau kumpulan yang berkuasa dan kedua-duanya boleh menjejaskan hubungan kerjasama antara pekerja dan menerbitkan suasana kerja yang tidak tenteram.

Politik yang minima menjadikan organisasi bersifat mesra, konflik jarang tercetus sementara. Politik sederhana biasanya dicirikan dengan organisasi beroperasi menurut peraturan yang difahami dan diluluskan secara rasmi. Jika organisasi berorientasikan pelanggan dan pencapaian, semangat berpasukan dan kepercayaan sesama sendiri menjadi keutamaan. Apabila wujud konflik yang tidak terkawal ketua atau penyelia akan melaksanakan peraturan tertentu yang sebagai penyelesaian.Ā 

Mengapa Berlaku

Politik pejabat seringkali dikaitkan dengan konotasi yang sangat negatif seperti tingkahlaku bodek, mengampu, tikam belakang, mengadu domba, konflik, pergaduhan dan sebagainya. Perlakuan sedemikian biasanya berlaku apabila wujudnya perasaan ingin bersaing dan muncul menjadi pekerja yang terbaik dalam organisasi, diantaranya adalah adalah:

  • Persaingan dalam kenaikan pangkat
  • Ingin mencari peluang membina pengaruh dan populariti di pejabat
  • Berlaku percanggahan norma diantara perkara yang betul dan tidak
  • Persaingan untuk mencapai sesuatu matlamat yang sama dalam organisasi
  • Kegagalan menilai sesuatu situasi dengan bijaksana

Kesan Psikologi Kepada Pekerja

Politik Pejabat mempunyai keburukan dan kebaikan tertentu yang merupakan elemen penting dalam membina iklim organisasi yang dinamik.

Keburukan politik pejabat yang ketara boleh menyebabkan pekerja yang mempunyai daya tahan yang lemah akan mudah mengalami tekanan. Keadaan ini akan menjejaskan keyakinan diri dalam menghadapi alam pekerjaan dan kehidupan seharian. Selain itu individu berkenaan akan mudah menjadi sensitive serta tidak dalam menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap tugasan.

Politik Pejabat mempunyai kebaikan tersendiri dalam merangsang perkembangan motivasi pekerja. Ini akan mewujudkan persaingan yang sihat dan meningkatkan sikap profesional dalam mencapai sesuatu matlamat. Persaingan akan menyuntik motivasi yang tinggi untuk bekerja dengan lebih efisien dan sentiasa meningkatkan diri supaya lebih baik daripada orang lain. Situasi begini akan mewujudkan rasa menghargai dan menyanjungi kejayaan rakan-rakan yang lain. Secara tidak langsung ini akan membina daya ketahanan (resiliensi) dalam melalui alam pekerjaan yang mencabar.Ā 

Faktor Untuk Membina Daya Tahan Dalam Menghadapi Politik Pejabat

  • Berakhlak mulia (moral), bertingkahlaku sejajar dengan nilai dan norma agama serta budaya setempat
  • Matang dalam tindakan dan perlakuan, berfikir dengan rasional sebelum melakukan sesuatu
  • Berhati-hati dalam perancangan, mempertimbangkan kebaikan dan keburukan sesuatu perkara daripada pelbagai sudut
  • Melengkapkan diri dengan maklumat yang diperlukan
  • Sentiasa mengambil keputusan yang tegas, tepat dan cepat dalam semua situasi

Bagaimana Menghadapi Politik Pejabat

  1. Mencipta suasana kerja yang selesa

    Suasana kerja yang selesa akan memberikan keseronokan dan kepuasan bekerja. Ini dapat dizahirkan apabila kita berbaik-baik dengan semua orang tanpa mengira latar belakang, tiada buruk sangka serta saling bantu membantu.

  2. Kenal pasti perkara-perkara yang tersirat

    Kebolehan mengenalpasti perkara-perkara tersirat serta peka kepada perkara-perkara penting yang tersembunyi merupakan satu kelebihan yang berguna untuk membina kekebalan diri menangani situasi rumit di pejabat. Seorang pekerja perlu mengetahui hiraki yang tersembunyi serta sistem pengaruh dan kuasa yang sebenar. Contohnya siapa yang dihormati, siapa mempunyai kuasa mutlak dalam membuat keputusan, siapa yang rapat dengan siapa serta siapa yang cekap bekerja.

  3. Pandai menyesuaikan diri

    Kepelbagaian ā€œsettingā€ pekerjaan memberikan persekitaran dan iklim politik organisasi yang berbeza. Seorang pekerja yang baru perlu pandai dan cekap menyesuaikan diri serta mudah mengadaptasi dengan rakan sekerja serta suasana yang baru.

  4. Toleransi

    Sikap bertolak ansur atau toleransi dalam melakukan sesuatu pekerjaan akan memudahkan tugasan diselesaikan dengan efisien dan dalam suasana yang muhibah. Perkara ini akan mewujudkan perhubungan yang baik dalam organisasi.

  5. ā€œBlending Inā€

    Kebolehan seseorang pekerja menghayati tugasan dan menggunakan semua sumber yang ada untuk menghasilkan produk yang terbaik dengan menggunakan kreativiti tersendiri, serta menjadi sebati dengan organisasi yang baru adalah satu ciri ā€œ blending inā€ yang sangat penting. Ini akan menghasilkan kualiti kerja yang bercirikan inovasi yang terkini.

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, politik pejabat memberikan kesan atau impak yang sangat subjektif terhadap organisasi. Penyelia sebagai pemimpin perlumemainkan peranan untuk mempastikan politik pejabat membina suasana kerja yang sihat dan memberangsangkan. Apabila politik pejabat dalam keadaan terkawal dan terarah ke sudut positif, ia boleh meningkatkan produktiviti, menaikkan motivasi bekerj dan menaikkan semangat kesetiakawanan. Semangat kekitaan akan timbul dan semangat keakuan akan tenggelam.

Rujukan

  1. Ahmad Sazmy Abdul Aziz (2009). Hebat Di Pejabat. PTS Media Media Group Sdn. Bhd. http://www.books.google.com.my/books?id.
  2. Erin Burt (2014). Seven Career Killers. http://www.kiplinger.com/article/saving/T012-C006-S001-Seven-Career-Killers.html
  3. Zig Ziglar (2001). Steps To The Top.Petaling Jaya: Advantage Quest Publications.
  4. Uriel Solomon (2002). Working With Difficult People. Paramus, New Jersey: Prentice Hall Press.
  5. Patrick Forsyth (1996). 101 Ways To Develop Your Career. Singapore: Heinemann Asia.
Semakan Akhir : 6 FebruariĀ 2017
Penulis : Ruhana binti Mahmud
Akreditor : Tn. Hj. Hairol Kamal bin Abdul Rahman

Artikel Berkaitan

Latah

Melatah merujuk kepada mengeluarkan perkataan atau membuat sesuatu dengan tidak sengaja kerana terperanjat dan sebagainya.

Krisis Perkahwinan

Perkahwinan merupakan satu ikatan suci yang menghalalkan pergaulan di antara seorang lelaki dan wanita, melahirkan zuriat yang sah sebagai penyambung keturunan serta menumbuhkan kebahagiaan kehidupan berkeluarga.

Janda Dan Duda (Gelaran Yang Memberi Kesan)

Janda adalah merujuk kepada wanita berkahwin yang kehilangan suami sama ada disebabkan penceraian mahupun kematian manakala duda pula merujuk kepada lelaki berkahwin yang kehilangan isteri samaada disebabkan penceraian atau kematian.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :Ā Ā  +603 8000 8000

FAKS :Ā Ā  +603 8888 6200

EMEL : Ā  myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,822

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK Ā  Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara Ā©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia