A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Kesihatan Mental
  4. /
  5. Kesihatan Mental Umum
  6. /
  7. Pondan atau Lelaki Homoseksual

Pondan atau Lelaki Homoseksual

Pengenalan

Dalam acuan bahasa yang mudah, perkataan “gay” bermakna ‘berada di dalam situasi kegembiraan yang amat and menyeronokkan’. Perkataan ‘gay’ merujuk kepada perbuatan atau tingkah-laku yang berkait-rapat dengan budaya sesuatu kaum di mana kaum lelakinya tertarik sesama sendiri. Di dalam bab ini, perkataan “gay” dirujuk sebagai lelaki homoseksual.

Dalam psikiatri, homoseksual adalah sejenis sifat orientasi seksual yang berbeza dengan tiga jenis lainnya Iaitu: heteroseksual (tertarik kepada jantina yang berbeza), biseksual (tertarik kepada kedua-dua jantina) dan aseksual (tidak tertarik kepada kedua-dua jantina).

Memandangkan kaum pondan telah dengan sendirinya menjadi suatu budaya, sesetengah orang yang memilih untuk menjauhi hubungan seks, atau tertarik untuk terlibat hanya dengan sesama jantina sahaja (tanpa hubungan seks) telah disalah anggap sebagai lelaki homoseksual.

Bagaimana seseorang itu menjadi lelaki homoseksual?

Selalunya, pondan dibesarkan dalam masyarakat yang tidak terdidik secara sempurnanya dengan identiti seks diri. Pada masa yang sama beliau gagal menyokong identity, atau jatidiri penduduknya. Dalam ertikata lainnya, masyarakat itu tidak menghiraukan mereka atau bersikap ganas terhadap anggota homoseks.

Teori pembelajaran memberikan sebahagian penjelasan tentang salah satu sebab utama mengapa berlakunya homoseksual lelaki. Tiada satu penjelasan biologikal yang boleh menerangkan mengapa seseorang itu menjadi lelaki homoseksual, walaupun beberapa kajian terpencil tentang ketidakseimbangan hormon dikatakan berlaku. Selain itu, kekurangan hormone androgen sejak lahir (atau ketidaksensitifnya tisu kepada hormon androgen) juga menyebabkan orientasi seks bertumpu kepada lelaki. Kajian terbaru menunjukan bahawa lelaki homoseksual mempunyai paras androgen yang rendah berbanding lelaki heteroseksual.

Adakah Homoseksualiti Lelaki suatu gangguan Kecelaruan Mental?

ICD-10 telah menggariskan bahawa orientasi seksual sahaja tidak boleh dianggap sebagai kecelaruan. Walaupun begitu, sesetengah lelaki yang menghidapi kemurungan teruk mungkin menghidapi rasa bersalah yang membawa kepada kesan kepada kebolehnanya berfungsi dalam perhubungan, rendah harga diri dan membunuh diri.

Pondan: Pandangan Islam

Islam menerusi al-Quran mempunyai pandangan yang sangat jelas tentang pondan.

 

Firman Allah:

“Kami menghantar Lut: Dia berkata kepada kaumnya: Patutkah kamu membantahku mengenai Allah, sesungguhnya ia telah memberi hidayah petunjuk kepadaku? Dan aku pula tidak takut (akan sebarang bahaya dari) apa yang kamu sekutukan dengan Allah, kecuali Tuhanku menkehendaki sesuatu dari bahaya itu (homoseksualliti). Sesungguhnya pengetahuan Tuhanku meliputi tiap-tiap sesuatu, tidakkah kamu mahu (insaf) mengambil pelajaran?” – Al-Quran 7:80-81.

“Patutkah kamu melakukan hubungan jenis dengan lelaki dari kalangan manusia. Dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan oleh Tuhan kamu untuk kamu (melakukan hubungan yang halal) dari badan isteri-isteri kamu? (Kamu orang-orang yang bersalah) bahkan kamu adalah kaum yang melampaui batas (keinginan kebanyakan haiwan).” – Al-Quran 26:165-166

 

Kesudahannya, setelah kaum Nabi Lut enggan meninggalkan homoseksualiti berupa kemusnahan seluruh bandar yang mereka diami.

 

“Maka apabila datang (masa perlaksanaan) perintah Kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu tonggang balik (tertimbus segala yang ada di muka buminya), dan Kami menghujaninya dengan batu-batu dari tanah yang dibakar, menimpanya bertalu-talu. Batu-batu itu ditandakan di sisi Tuhanmu (untuk membinasakan mereka), dan ia pula tidaklah jauh dari orang-orang yang zalim itu.” – Al-Quran 11:82-83

 

Bagaimana Islam mengimbangi hakikat bahawa pondan itu dilahirkan berdasarkan fakta ilmu perubatan dan Al-Quran pula melarang perbuatan yang menjurus kearahnya.

Menurut Islam, hidup ini sentiasa diuji. Setiap insan akan diuji. Setengah orang dilahirkan cacat dan dia harus juga menjalani kehidupan menurut syariat seperti yang ditetapkan Allah SWT. Begitu juga, pondan perlu mengekang perasaan mereka untuk menurut syariat Allah SWT. Ia sukar dan hanya mereka yang beriman sahaja berupaya menurut syariat Allah SWT.

Semakan Akhir : 9 Oktober 2013
Penulis : Prof. Madya Dr. Mohd Jamil Bin Yaacob

 

Artikel Berkaitan

Psikoterapi

  Pengenalan Ada pelbagai teori yang menjelaskan tingkah laku manusia

Ketum

Pengenalan Ketum adalah pokok yang berasal dari kawasan Asia Tenggara.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,827

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia