Pengenalan
Ponteng sekolah merupakan satu perbuatan yang menyalahi peraturan sekolah. Statistik menunjukkan lebih ramai pelajar sekolah menengah yang ponteng sekolah berbanding dengan pelajar sekolah rendah. Ini bermakna, lebih ramai remaja yang melakukan aktiviti berisiko tersebut.
Kajian menunjukkan bahawa ponteng sekolah adalah tanda-tanda awal yang seseorang remaja tersebut sedang menghadapi masalah. Sepatutnya pergi ke sekolah setiap hari merupakan satu rutin bagi seorang pelajar, tetapi apabila mereka ponteng, ianya seperti memberi signal bahawa mereka telah hilang arah tuju dalam hidup. Secara tidak langsung, dengan ponteng sekolah, mereka cuba memberitahu ibubapa, pihak sekolah dan masyarakat bahawa mereka memerlukan pertolongan untuk meneruskan hidup ke arah yang lebih positif.
Mengapa remaja ponteng sekolah?
Belajar! Belajar! Belajar! Bagi remaja yang tidak berminat menggunakan fikiran mereka untuk menimba ilmu, mereka akan cepat merasa bosan atau letih untuk belajar.
Di antara sebab-sebab mengapa remaja mengambil risiko untuk ponteng sekolah:
-
Pengaruh rakan sebaya
-
Memilih rakan-rakan yang salah mendedahkan remaja dengan gejala ponteng sekolah
-
-
Mengalami masalah emosi
-
Kemurungan boleh menyebabkan mereka bertindak tanpa memikirkan risiko
-
Kebanyakan remaja yang murung ingin mendapatkan perhatian daripada ibubapa dengan cara yang negatif seperti ponteng sekolah
-
-
Masaalah sosial
-
Tiada pengawasan ibubapa
-
Terbiar
-
Memberontak
-
Tidak minat belajar
-
Tiada pedoman hidup
-
-
Masalah pembelajaran dan kurang tumpuan
-
Pelajar lembam (slow-learner) tidak dapat mengikuti pembelajaran dengan berkesan kerana mereka tidak memahami apa yang diajar disebabkan keupayaan intelektual yang rendah.
-
Mereka yang mengalami masaalah Gangguan Hiperaktif dan Kurang Tumpuan (Attention Deficit Hyperactive Disorder ataupun ADHD) pula mudah hilang tumpuan dan cepat berasa bosan.
-
Apa yang akan berlaku kepada remaja yang kerap ponteng sekolah?
-
Terlepas peluang belajar
-
Sekiranya remaja ini dibiarkan ponteng sekolah, mereka akan menjadi lebih leka, dan tidak mempunyai keinginan untuk menyambung pelajaran. Setelah mereka dewasa, mereka akan menyesal kerana terlepas peluang untuk belajar.
-
-
Terdedah risiko gejala sosial
-
Apabila remaja mudah terpengaruh dengan budaya orang yang suka melepak, mereka akan terdedah dengan risiko yang lebih tinggi seperti merokok, menghisap dadah, gangsterisme dan perkara-perkara negatif lain.
-
Bagaimana mencegah remaja daripada ponteng sekolah?
-
Peranan ibubapa
-
Remaja amat memerlukan perhatian daripada ibubapa. Meluangkan masa bersama mereka amat penting kerana mereka akan rasa dihargai dan ini akan memupukkan rasa tanggungjawab untuk masa hadapan mereka.
-
Sesetengah ibubapa yang mempunyai anak-anak yang kecil kurang memberi perhatian kepada remaja kerana bagi mereka, anak-anak yang besar sudah boleh berdikari, sedangkan semua anak termasuk remaja perlu dilayan dan diraikan.
-
Terdapat ibubapa yang terasa kekok untuk memulakan bicara atau perbualan. Adalah amat penting untuk memahami minat anak-anak, berbual-bual berkenaan perkara-perkara yang santai sebelum berbincang berkenaan perkara yang serius seperti kepentingan belajar.
-
Ibubapa juga harus melibatkan diri di dalam aktiviti sekolah dan menjalinkan hubungan yang baik dengan guru dan pentadbir sekolah. Ini akan membuatkan remaja berasa segan untuk membuat perkara yang negatif.
-
-
Peranan pihak sekolah.
-
Guru harus mengenalpasti mereka yang tidak mempunyai kecenderungan/minat untuk belajar, dan seterusnya berbincang dengan ibubapa pilihan-pilihan yang ada seperti pendidikan khas, pendidikan vokasional dan penilaian daripada pakar jika mereka disyaki mempunyai masaalah pembelajaran seperti Ketidakupayaan intelektual atau Gangguan Hiperaktif dan Kurang Tumpuan
-
Pihak sekolah harus memberi insentif terutamanya untuk remaja yang dikenalpasti tidak minat belajar seperti menggunakan sistem merit dan memberikan ganjaran apabila remaja tersebut datang ke sekolah
-
-
Peranan masyarakat
-
Jiran tetangga, pemilik cyber café, dan polis perlu mengambil inisiatif untuk membenteras gejala ponteng sekolah terutamanya jika anak-anak remaja berpakaian sekolah melepak di tempat awam pada waktu yang sepatutnya mereka berada di sekolah.
-
Apa yang harus anda lakukan jika anak anda ditangkap ponteng sekolah?
-
Tenangkan diri.
-
Apabila anda mendapat panggilan telefon ataupun surat amaran daripada pihak sekolah mengatakan anak anda tidak hadir ke sekolah, terutama sekali jika anda sendiri yang menghantar mereka atau anda pasti mereka berpakaian unifom sekolah ketika meninggalkan rumah, anda tentu terkejut dan marah.
-
Tenangkan diri anda sebelum meluru dan menuding jari kepada pihak sekolah ataupun menghukum anak anda. Anda perlu berlapang dada untuk bercakap dengan anak anda agar anda memahami apakah punca sebenar mereka ponteng sekolah.
-
-
Dapatkan penjelasan daripada pihak sekolah dan tindakan yang akan diambil
-
Berjumpa dengan pihak pentadbr sekolah untuk mengetahui tarikh-tarikh ketidakhadiran anak anda dan apakah tindakan pihak sekolah seterusnya.
-
Guru kelas dan guru kaunseling mungkin dapat memberi maklumat tambahan berkenaan tingkahlaku anak anda di sekolah.
-
-
Bercakap dengan anak anda
-
Galakkan anak anda untuk bercakap secara jujur dan berterus terang. Sebagai ibubapa anda perlu nyatakan bahawa anda akan bantu mereka. Tanyakan mengapa mereka ponteng sekolah, apakah perasaan mereka dan apakah masaalah yang mereka hadapi.
-
-
Berbincang tentang masalah di sekolah dan cadangan penyelesaian
-
Ini amat penting terutamanya jika melibatkan masaalah dengan pihak guru atau rakan sekolah.
-
-
Membuat pemantauan
-
Ibu bapa harus bekerjasama dengan guru kaunseling dan guru disiplin untuk memastikan anak pergi ke sekolah dan berada di dalam kelas setiap hari. Maklumbalas daripada mereka adalah penting sebagai salah satu daripada langkah pemantauan.
-
Last Reviewed | : | 29 Mei 2014 |
Writer | : | Dr. Nurul Wafa bte. Husin |
Accreditor | : | Dr. Nik Rubiah bte. Nik Abdul Rashid |