A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Fisioterapi
  6. /
  7. Bayi dan Kanak-kanak
  8. /
  9. Program Intervensi Awal untuk...

Program Intervensi Awal untuk Kanak-kanak Istimewa

Program intervensi awal perlu dilakukan dengan seawal yang boleh supaya dapat meningkatkan kualiti hidup bayi / kanak-kanak

Pengenalan

Program Intervensi awal sangat diperlukan dalam perkembangan bayi / kanak-kanak. Ahli Fisioterapi dapat membantu ahli keluarga dalam perkembangan bayi / kanak-kanak dari segi perkembangan diri dan aktiviti harian.

Program intervensi awal perlu dilakukan dengan seawal yang boleh supaya dapat meningkatkan kualiti hidup bayi / kanak-kanak dan mengurangkan beban ahli keluarga.

Kelewatan perkembangan bermaksud kelewatan dalam pergerakkan, percakapan dan kurang bermain berbanding dengan kanak-kanak yang lain. Secara kebiasaanya, kanak-kanak yang mengalami kelewatan perkembangan akan mempunyai pergerakkan yang perlahan atau bergerak secara berbeza dengan kanak-kanak yang lain. Kelewatan perkembangan ini melibatkan otot badan yang besar yang mengawal pergerakkan tangan dan kaki.

Kelewatan Perkembangan/ Pergerakkan Bayi pada Pelbagai Kategori Umur

Kategori umur  Teknik Penilaian  Amaran/Keperluan merujuk kepada Doktor 
Keupayaan pergerakkan kepala pada umur 4-6 minggu
  1. Posisikan bayi dalam keadaan terlentang
  2. Kemudian, letakkan kepada posisi duduk.
  3. Perhatikan  : Pergerakkan kepala
  4.                       : Pergerakkan siku

 

sumber : www.beyondbasicplay.wordpress.com

Kelewatan perkembangan /pergerakkan kepala bayi dalam minggu ke 6

Perhatikan

  1. Tidak mampu menggerakkan kepala
  2. Kedua-dua siku lurus

sumber :www.naturaltothecore.wordpress.com

Keupayaan pergerakkan kepala dari 6 minggu hingga kurang daripada 3 bulan
  1. Posisikan bayi dalam keadaan meniarap
  2. Perhatikan   : keupayaan mengangkat dagu perlahan-lahan            
  3.                        : badan atas tilam                                                         : Diampu oleh tangan

sumber : www.photo.elsoar.com

  1. Tidak mampu menoleh dan mengangkat kepala
  2. Tidak mampu mengangkat kepala dan bahu walaupun baring meniarap.

                  sumber : www. philnews.ph

Mengiring / pusing pada 3 bulan hingga 6 bulan
  1. Posisikan bayi dalam keadaan terlentang.
  2. Perhatikan : keupayaan untuk mengiring

sumber : www.secretsofbabybehaviour.com

Mampu pusing / mengiring

sumber : www. pregnancyand baby.com

  1. Tidak mampu mengiring pada  bulan ke 6
  2. Tidak mampu mengangkat kepala dan bahu walaupun berada dalam posisi meniarap
Duduk pada 6-9 bulan
    1. Posisikan bayi dalam keadaan duduk.
    2. Perhatikan kemampuan untuk duduk dengan sokongan dan tanpa sokongan.

sumber : www.zenbabyyoga.wordpress.com

  1. Tidak mampu duduk dengan sokongan pada bulan ke 9.
Merangkak pada 8 hingga 10 bulan
  1. Posisikan bayi dalam keadaan meniarap dan perhatikan samada bayi tersebut mampu merangkak.

    sumber : www. photo.elsoar.com

  1. Tidak mampu merangkak pada bulan ke 10
Berdiri dengan bantuan pada 9-12 bulan
  1. Posisikan bayi dalam keadaan berdiri.
  2. Perhatikan kemampuan bayi tersebut samada mampu berdiri dengan sokongan atau tanpa sokongan.

DENGAN SOKONGAN     

sumber :   www.modernmom.com

TANPA SOKONGAN

sumber :   www.getty.images.com

  1. Tidak mampu berdiri dengan sokongan dalam bulan ke 12.
  2. Tidak mampu meletakkan berat pada kedua-dua belah kaki semasa berdiri.
  3. Tidak mampu berdiri dengan sokongan.
Berjalan pada 12-15 bulan
  1. Perhatikan kemampuan kanak-kanak untuk berjalan.
  1. Tidak mampu berjalan beberapa langkah dalam bulan ke 15
Berlari pada 18 hingga 24 bulan
  1.  Perhatikan kemampuan kanak-kanak untuk berlari.
  1. Tidak mampu untuk berlari pada bulan ke 24

Teknik Mengendalikan dan Posisi Kanak-kanak Kurang Upaya

Teknik mengangkat, mengalih dan memposisi adalah sangat penting dalam pengendalian kanak-kanak istimewa. Ini akan membantu kanak-kanak bergerak secara betul dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Teknik ini juga memberikan satu sokongan badan dan imbangan badan yang betul serta menjamin keselamatan bayi / kanak-kanak.

Selain daripada itu, ia juga dapat mengelakkan pengerakan otot yang tidak normal dan juga mengelakkan kecacatan dan kecederaan tulang. Teknik mengangkat, mengalih dan memposisi ini perlu dilakukan setiap hari pada setiap masa khususnya apabila didapati kondisi kanak-kanak adalah tidak normal. Teknik-teknik ini dilakukan sewaktu kanak-kanak berada dalam keadaan selesa.

Penglibatan ahli keluarga amatlah diperlukan. Melalui latihan kepada ahli keluarga, masalah-masalah kontraksi dapat dielakkan.

Pengendalian  Teknik   Penjelasan
Mengangkat kanak-kanak

sumber : wikieducator.org/Lession _20_disability _and _rehabilitation_part_2.

Mengangkat dengan membawa kedua-dua tangan ke hadapan. Posisi ini adalah posisi yang bagus dimana ia menyokong kepala dengn menegak dan membolehkan kanak-kanak tersebut melihat sekitarnya.

Mengangkat kanak-kanak spastik yang mempunyai kaki bersilang atau kanak-kanak floppy.

sumber : wikieducator.org/Lession _20_disability _and _rehabilitation_part_2.

 Bersemuka dengan kanak-kanak sewaktu bermain. 
 

Mengangkat kanak-kanak spastik

sumber : wikieducator.org/Lession _20_disability _and _rehabilitation_part_2

Mengangkat kanak kanak spastik yang mempunyai kaki silang. Anda boleh juga menghayun kaki dari sisi ke sisi dalam kedudukan ini.

 

Posisi kanak kanak dalam keadaan duduk untuk mengalakkan kepala

sumber : wikieducator.org/Lession _20_disability _and _rehabilitation_part_2

Bermain dengan kanak-kanak dengan memberi sokongan pada badan. Berikan tarikan dengan bunyi mainan supaya kanak-kanak tersebut dapat menoleh kepala dan bermain dengan tangan.

 

Memposisikan leher, bahu dan tangan

sumber : wikieducator.org/Lession _20_disability _and _rehabilitation_part_2.

 

Posisi kepala dengan muka ke bawah adalah baik untuk meningkatkan kawalan kepala, bahu, lengan dan tangan, dan juga untuk meregangkan otot di pinggang, lutut dan bahu.  

Senaman Pergerakkan Sendi


 

Mengangkat bahu keatas

Gerakkan bahu bayi keatas melebihi paras bahu. Siku perlu dalam keadaan lurus.

 

Membuka bahu ke sisi

Gerakkan bahu bayi tersebut kearah berjauhan dengan badan.

 

Rotasi bahu: 

Bengkokkan siku dalam sudut 90 darjah, 

pusingkan bahu bayi dalam bulatan.

 

Siku bengkok dan lurus:

Bengkokkan dan luruskan siku bayi.

 

Bengkok dan luruskan pergelangan tangan. 

Gerakkan pergelangan tangan keatas dan ke bawah.

 

Jari bengkok dan lurus:

Bengkok dan luruskan semua jari jari.

 

Angkat sendi pinggul keatas

Angkat sendi pinggul ke atas dan tahan

pergerakkan tersebut selama 3 saat .

 

Bengkok dan luruskan sendi pinggul dan lutut

Bengkokkan sendi peha dan lutut  kearah perut (B) dan luruskan kaki (A).

 

Bengkok dan luruskan pergelangan kaki.

Gerakkan pergelangan kaki kearah atas dan bawah.

Source : Leg Range of Motion – baby (Wexner Medical Center)  : Exercises Upper Extremities infant (Nationwide Children’s Hospital)

Perkara-perkara penting yang perlu di ingat sewaktu menjalankan senaman pergerakkan sendi

  1. Lakukan senaman dengan perlahan lahan. Perhatikan wajah bayi ketika melakukan senaman untuk melihat tanda tanda seperti sakit ataupun tidak selesa.
  2. Lakukan setiap pergerakkan 10 hingga 15 kali. Jangan lakukan sehingga hujung pergerakkan. Lakukan senaman ini sehingga bilangan 30 saat. Elakkan pergerakkan mengejut.
  3. Lakukan pada satu sendi pada satu masa.
  4. Tidak memaksa sebarang pergerakkan kerana ini akan memudaratkan sendi dan memberikan ketidakselesaan pada bayi tersebut.

Kesimpulan

Kelewatan pergerakkan bagi kanak kanak istimewa perlu dikenalpasti dengan awal dan intervensi awal perlu dilakukan secepat mungkin. Ini adalah kerana otak kanak kanak dapat dilatih dan mempelajari pergerakkan yang betul. Kerjasam dari ahli keluarga sangat diperlukan untuk menjamin kejayaan dalam intervensi awal.

Rujukan

  1. Family health Development Division Ministry Of Health Malaysia, 2001, Manual on the management of children with gross motor delay.
  2. www.drnathbrachialplexes.com
  3. www.specialeducationalneeds.co.uk/global-developmental-delay.
Semakan Akhir : 23 Ogos 2019
Penulis : Kogilavani a/p S.Krishnan
Akreditor : Se To Phui Lin
Penyemak : Halimah bt. Hashim

 

Artikel Berkaitan

Interaksi Dengan Anak Autisme

Kanak-kanak autisme kebiasaannya lambat bertutur jika dibandingkan dengan rakan sebaya mereka. Perkembangan bahasa kanak-kanak autisme adalah berbeza bagi setiap individu.

Dipatuk Ular : Rawatan Awal

Secara umumnya, serangan ular terbahagi kepada 2 iaitu mematuk atau menggigit dan membelit. Terdapat ular yang tidak mempunyai bisa (venom) tetapi mampu menggigit dan membelit. Lokasi tubuh badan yang sering terdedah kepada ancaman dipatuk ular adalah pada bahagian kaki dan tangan. Insiden dipatuk ular merupakan kes kecemasan yang memerlukan tindakan dan rawatan dengan segera.

KENALI KAMI JTMP

JTMP adalah tunjang kepada perkhidmatan makmal perubatan yang terlibat dalam semua peringkat perkhidmatan makmal iaitu pra-klinikal, klinikal dan pasca-klinikal. JTMP ialah profesional SKB yang terlibat dalam proses pengdiagnosan untuk rawatan, rehabilitasi dan pencegahan melalui ujian-ujian makmal klinikal.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,822

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia