[flv]https://myhealth23.primuscore.com/media/download/animasi/pergigian/varnis_fluorida/varnis_fluorida.flv[/flv]
Dentur atau gigi palsu adalah sejenis prostesis boleh tanggal yang digunakan bagi menggantikan kehilangan gigi. Tujuan pemakaian dentur adalah bagi mengembalikan fungsi pengunyahan, estetik dan pertuturan. Kos rawatan dentur adalah lebih murah berbanding jambatan pergigian dan implan.
Model yang dihasilkan dipanggil model kajian. Model ini digunakan oleh Juruteknologi Pergigian sebagai panduan untuk membuat tray khas yang padan rapat dengan rahang pesakit.
Sebelum pulang dengan dentur baru, pesakit akan diberitahu tentang cara-cara penyimpanan dan penjagaan harian dentur. |
|
---|