A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Bayi & Kanak-Kanak
  4. /
  5. Ginjal
  6. /
  7. Purpura Henoch-Schonlein (HSP)

Purpura Henoch-Schonlein (HSP)

HSP adalah sejenis keradangan salur darah yang halus di dalam tubuh. Bengkak dan gatal-gatal pada salur darah ini disebut sebagai vaskulitis. Kebanyakan HSP menjejaskan saluran darah pada kulit, usus dan buah pinggang. Radang menyebabkan salur darah terluka (berdarah) dan menyebabkan ruam pada kulit.

Apa yang menyebabkan HSP?

HSP berlaku apabila sistem pertahanan badan sendiri yang menyebabkan kerosakan pada saluran darah. Punca sebenar tidak diketahui tetapi banyak kes HSP dikesan selepas jangkitan virus (seperti selsema).

Tanda/gejala HSP

  • Lebam-lebam (purpura – ruam merah yang dapat dirasa dan tidak hilang apabila tekanan dikenakan).
  • Artritis (bengkak, sakit sendi)
  • Sakit perut

Ruam biasanya dilihat di sekitar kaki (tulang kering) dan punggung. Ruam kelihatan seperti titik-titik kecil berwarna merah atau ungu dan tompokan lebam. Ruam juga boleh muncul ditangan, telinga dan muka. Tisu di sekeliling ruam sering bengkak (edema subkutaneus). Bengkak ini menyakitkan dan boleh berlaku di sekitar tangan, kaki, sendi, skrotum atau kulit kepala.

Sesetengah kanak-kanak mengalami sakit dan bengkak di sendi-sendi yang besar. Bengkak dan rasa sakit sering reda dalam masa 24 hingga 48 jam.

Radang di salur darah halus di dalam usus menyebabkan kekejangan, sakit perut dan muntah-muntah serta pergerakan usus tidak normal (teleskop) yang menyebabkan usus tersumbat (intususepsi).

Radang salur darah halus di dalam buah pinggang menyebabkan kencing berdarah (hematuria) yang menyakitkan. Ia hanya boleh dikesan secara mikroskopik. Radang ini sembuh dengan sendirinya. Namun, ada kes terpencil melaporkan radang merosakkan buah pinggang.

Rawatan

Tiada rawatan khusus untuk HSP. Walau bagaimanapun, dalam kes ruam kulit, usus dan buah pinggang yang serius, steroid membantu untuk mengurangkan tanda/gejala HSP. Namun, penggunaan steroid belum terbukti mencegah kerosakan buah pinggang.

Ubat anti-radang boleh membantu untuk mengawal gejala sakit sendi. Ubat ini tidak menyembuhkan HSP memandangkan penyakit ini adalah ‘self-limiting‘ iaitu sistem pertahanan badan sendiri akan mengatasinya sendiri.

Dalam kes usus tersumbat (akibat intususepsi), pembedahan mungkin perlu dilakukan.

Adakah HSP berjangkit?

HSP bukan penyakit berjangkit kerana ia bukan disebabkan oleh mana-mana kuman.

Komplikasi jangka panjang HSP

Kebanyakan kanak-kanak pulih tanpa sebarang kesan sampingan dalam jangka masa panjang. Secara umumnya kebanyakan kanak-kanak akan pulih  selepas 2 hingga 4 minggu. Walau bagaimanapun terdapat kes HSP yang berlarutan dan mendapat episod HSP berulang.

Komplikasi jangka panjang HSP adalah kerosakan buah pinggang. Kanak-kanak dengan HSP perlu menjalani pemeriksaan tekanan darah dengan kerap dan ujian air kencing untuk memantau fungsi buah pinggang. Namun, kerosakan buah pinggang akibat HSP jarang berlaku.

Ruam purpura pada bahagian anggota bawah pesakit HSP

 

 

semakan Akhir : 16 Februari 2015
Penterjemah : Noorhayati bt. Kassim
Akreditor : Dr. Aina Mariana bt. Abdul Manaf

 

Artikel Berkaitan

Dialisis

Apa itu dialisis? Dialisis adalah rawatan yang mengambil alih tugas-tugas

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,820

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia