A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Pengenalan

Bumi sentiasa berputar mengikut paksinya. Melihat kejadian alam, banyak kita boleh perolehi manfaatnya. Kejadian pertukaran siang dan malam bagi bumi ini, pertukaran empat musim di negara tertentu dan lain-lain, membuktikan tentang kebesaran Allah dan tentunya ia mempunyai hikmah (kebijaksanaan) tersendiri. Dalam alam, berlaku pusingan masa tertentu seolah-olah ingin menyatakan sesuatu. Peralihan ini menunjukkan perubahan yang boleh jadi ianya baik atau sebaliknya mengikut sunnah Allah yakni mengikut hukum alam dan sains yang telah ditetapkan Allah.

Fenomena perkembangan bidang kerjaya di negara ini adalah sangat dinamik. Suatu ketika dahulu, masyarakat bertumpu kepada kerjaya tradisional seperti pertanian, perhutanan, pemburuan dan perlombongan. Namun kini perkembangan kerjaya adalah selari dengan perkembangan sains dan teknologi. Kewujudan pekerjaan baharu pula menyebabkan berlakunya persaingan dalam mendapatkan pekerjaan seterusnya menyebabkan organisasi turut bersaing dalam meningkatkan hasil produktiviti masing-masing.


Sumber: http://penapadi.blogspot.com/2013/06/kepelbagaian-kepimpinan-cari-titik.html

Definisi

Pusingan Kerja (Job Rotation) adalah merupakan kaedah di mana sesebuah organisasi melaksanakan dasar memberi peluang melaksanakan kerja lain bagi memastikan setiap pekerja mempunyai kemahiran yang luas dan pengalaman kerja yang berbeza. Matlamat Job Rotation adalah untuk pekerja mendapat kepuasan berkerja secara maksima dan mengelakkan burn-out.

Pusingan Kerja  boleh menyebabkan sesebuah organisasi memberikan impak yang positif atau sebaliknya kepada sesebuah organisasi. Ahli akademik dari Vietnam, Do Ngoc Huynh yang melakukan kajian di Jepun mendedahkan bahawa sistem pusingan kerja di agensi pentadbiran cukai Negara Matahari Terbit itu dilakukan dua kali setahun berjaya mengurangkan rasuah serta meningkatkan jumlah pendapatan cukai.

Budaya Cara Bekerja

Dewasa ini, kita sudah tentu melihat generasi dewasa gemar bertukar-tukar kerja antara satu sama lain. Perkara ini berlaku disebabkan seseorang itu tidak mendapat kepuasan dalam pekerjaaannya. Kebosanan melakukan kerja rutin menjadi punca kepada seseorang itu mencari pekerjaan lain bagi mendapat sesuatu impian yang dihajati. Individu mengikut perkembangan umur 21-30 tahun menjadi kebiasaan golongan ini bertukar-tukar pekerjaan.

Bagi mereka yang peringkat umur adalah sekitar 31-50 tahun pula, individu berkenaan akan menjaga kestabilan dalam pekerjaannya. Ketika umur ini, pelbagai peluang digunakan oleh para pekerja untuk mendapat keistimewaan seperti peluang kenaikan gaji, kenaikan pangkat dan sebagainya supaya dapat mengukuhkan kedudukan ekonomi keluarga.


Sumber: http://peace-love-hope-trustbelieve.blogspot.com/2011/12/pengorganisasian.html

Kebaikan

Pendekatan ini digunakan adalah kerana beberapa faktor tertentu. Dalam sesebuah organisasi, sudah pasti berasa tidak selesa dengan sebahagian pegawai yang sudah terlalu lama dalam sesuatu unit atau jabatan. Ia adalah untuk mengelakkan penyelewengan dan ketirisan dalam melaksanakan tugas. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pegawai yang terlalu lama dalam sesebuah organisasi berpotensi besar untuk menyalahgunakan kuasanya. Selain itu juga ia adalah untuk mengelakkan daripada sebahagian pegawai yang mendakwa bahawa setiap idea yang dijalankan atau dilaksanakan bersifat kepunyaan sendiri atau “ownership

Teknik Job Rotation digunakan oleh syarikat-syarikat perniagaan untuk meningkatkan kebolehpasaran dalam dunia perniagaan. Seseorang manusia atau pekerja suka kepada pekerjaan tertentu bagi jangka masa tertentu. Namun, jika ia dibiarkan untuk sesuatu pekerjaan ia boleh menjadikan seseorang itu “burn out”. Pekerjaan yang rutin akan menyebabkan kebosanan dan kemalasan. Impaknya menjadikan orgnanisasi tidak dapat meningkatkan nilai dan hasil produktiviti disebabkan sikap bagi sesetengah pekerja yang sangat selesa dengan unit-unit tertentu.

Kaedah Job Rotation ini juga membolehkan seseorang pekerja itu mempunyai peluang untuk bekerja dalam pelbagai suasana persekitaran pekerjaan. Apabila seseorang itu mempunyai peluang berkenaan, pencapaian dalam pekerjaan dapat dilaksanakan secara maksimum mengikut kehendak organisasi masing-masing.

Antara Kebaikan Untuk Kepentingan Diri

  1. Meningkatkan produktiviti dan kesungguhan dalam bekerja

  2. Pengalaman pekerjaan yang luas

  3. Mengelakkan diri daripada penyelewengan kuasa dan rasuah

  4. Mengelakkan kebosanan “burn out” dalam pekerjaan

Kepentingan Organisasi

  1. “Output” dan “outcome” daripada pekerja dapat dipertingkatkan secara maksimum

  2. Mengelakkan diri daripada berlakunya ketirisan, rasuah dan penyelwengan kuasa dalam kalangan pekerja

Perspektif Masalah

Namun, kaedah Job Rotation juga boleh menimbulkan kegelisahan dan ketidakselesaan oleh sesetengah individu yang telah ‘cope’ dengan fungsi tugas yang telah dilaksanakan sebelum ini. Individu yang mendapat arahan untuk membuat tugasan lain akan menyebabkan:

  1. Pemikiran Tidak Rasional

    • Individu berkenaan akan berfikir bahawa majikan tidak suka dengan dirinya

    • Individu akan merasakan dirinya tidak sesuai dengan setting baru

    • Individu tidak dapat berkomunikasi dengan rakan sekerja

  2. Tanda-tanda Emosi

    • Rasa sedih

    • Selalu menangis

    • Cepat rasa marah

  3. Perubahan Tingkahlaku

    • Berlaku hasut-menghasut dalam pejabat

    • Individu membuat penolakan terhadap organisasi

Implikasi

            Job Rotation juga memberikan cabaran kepada seseorang individu untuk melakukan perubahan. Ini adalah kerana bagi sesetengah individu, perubahan yang ingin dilakukan mengambil masa tertentu untuk memahami skop, fungsi tugas masing-masing dalam pekerjaan.

Rujukan:

  1. Sakhilah Shahkat Ali,Nurhema Che Mat (2012) The Relationship Between Holand’s Personality Type and Job Preference and Job Satisfaction.

  2. Mahadir Ahmad (2012)The Influence of Stress On Psychological Distress And Mental Health of Allied Health Science Students.

  3. http://en.wikipedia.org/wiki/Job_rotation

  4. Hsieh, A., & Chao, H. (2004). A reassessment of the relationship between job specialization, job rotation and job burnout: Example of Taiwan’s high-technology industry. The International Journal of Human Resource Management, 15(6), 1108-1123.

  5. Schultz, Duane P. Schultz, Sydney Ellen (2010). Psychology and work today: An introduction to industrial and organizational psychology (10th ed. ed.). Upper Saddle River, N.J.: Prentice Hall. p. 176. ISBN 978-0205683581.

Last Reviewed : 18 December 2014
Writer : Mohd Taufiq bin Mahmud
Accreditor : Musa bin Lani

 

Artikel Berkaitan

Keselamatan Dan Persekitaran Pekerja

Keadaan seperti faktor pencahayaan, kebisingan, getaran, bahan kimia dan keadaan cuaca yang buruk boleh mempengaruhi kualiti kerja termasuk meningkatkan frekuensi kesilapan manusia.

Kemorosotan Kognitif Ringan

Kemerosotan kognitif ringan adalah kemerosotan sama ada dari segi ingatan, bahasa, pemikiran atau pertimbangan yang lebih serius daripada masalah sukar mengingat atau lupa yang biasa berlaku dalam proses penuaan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,822

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia