A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Laman Utama
  4. /
  5. Rangsangan Pelbagai Deria

Rangsangan Pelbagai Deria

Pengenalan

  • Potensi seseorang kanak-kanak amat berkait dengan faktor baka tetapi pengalaman yang diperolehinya dari persekitarannya menentukan sama ada ia akan dapat mencapai potensinya itu.
  • Ia mempelajari tentang dunia melalui sistem sarafnya dari suasana yang disediakan oleh penjaganya.
  • Sistem sarafnya dipenuhi dengan pelbagai deria
    • Penglihatan
    • Pendengaran
    • Sentuhan
    • Bau
    • Rasa
    • Propriosepsi (Deria rasa kedudukan otot dan sendi)
    • Vestibular (keseimbangan)
  • Rangsangan pelbagai deria yang bersesuaian yang di beri dalam suasana kasih sayang dan penjagaan yang rapi terhadap keperluan kanak-kanak akan membantu perkembangan otaknya dari segi.
    • menggalakkan perkembangan kanak-kanak yang gembira, merasa selamat dan beremosi kukuh
    • menyediakan kanak-kanak untuk menghadapi cabaran dalam hidup sama ada di rumah, sekolah atau masa depan.
  • Aktiviti rangsangan yang bersesuaian perlu dimulakan secepat mungkin

Adakah semua kanak-kanak perlukan rangsangan pelbagai deria?

  • Setiap seorang kanak-kanak akan mendapat faedah dari rangsangan pelbagai deria.
  • Rangsangan pelbagai deria bagi mereka yang berkeperluan khas akan :
    • Mengurangkan ketidakupayaannya
    • Menggalakkan pencapaian potensi
  • Aktiviti rangsangan perlu berlaku setiap hari antara kanak-kanak dan penjaganya.
  • Asuhan dan interaksi penjaga dengan kanak-kanak dan penjaga perlu penuh kemesraan, positif, menggembirakan dan menyeronokkan.

Apakah faedah rangsangan pelbagai deria untuk perkembangan kanak-kanak?

  • Membantu anak mencapai pelbagai jenis kemahiran yang penting untuk menjadi individu yang cekap
  • Ia meningkatkan penguasaan pelbagai kemahiran termasuklah :
    • Kawalan pergerakan motor kasar (seperti berlari, berjalan, melompat)
    • Kawalan pergerakan motor halus (seperti menulis, menggenggam, menggunting)
    • Memulakan dan merancang pergerakan (contoh bermain badminton)
    • Kestabilan dan keselamatan emosi (contoh : tenang, gembira)
    • Kemahiran psikososial (seperti dapat berkawan)
    • Kemahiran bahasa (antaranya meningkatkan perbendaharaan kata)
    • Komunikasi (contohnya dapat menjalin hubungan yang baik)
    • Prestasi akademik (seperti kebolehan menulis)
    • Kesedaran kedudukan tubuh (contohnya kebolehan berenang).
    • Kewaspadaan pergerakan otot (contohnya kemahiran gimnastik)
    • Ketepatan persepsi visual (contohnya kepandaian memanah)
    • Koordinasi dan kestabilan gaya tubuh (contohnya kemahiran berbasikal)

Pelbagai aktiviti yang memberi rangsangan.

  • Asuhan yang boleh dipercayai, diharapkan dan ada tindak balas positif yang diperolehi kanak-kanak akan membantunya merasa disayangi, dapat mempercayai orang lain dan merasa selesa. Ini akan berlaku melalui :
    • Kekerapan kontak pandangan mata
    • Kekerapan kontak fizikal atau sentuhan
    • Sentuhan dan urutan yang lembut
    • Belaian kasih sayang
    • Tindak balas suara kasih sayang
    • Perbualan yang lemah lembut, mudah dan menghurai
  • Aktiviti harian semasa memberi makan, mandi, menukar pakaian dan lain-lain aktiviti seisi rumah
  • Hubungan dengan orang dewasa dan kanak-kanak yang lain yang menggalakkan penerimaan dan penghargaan terhadapnya.
  • Persekitaran yang menarik yang mengizinkan penerokaan yang selamat
  • Bermain dengan permainan atau sukan yang sesuai dengan usianya.

Bermain sebagai satu media rangsangan

Dengan penyeliaan dan bimbingan orang dewasa yang bersesuaian, bermain merupakan satu media yang penting untuk menggalakkan pelbagai aspek perkembangan kanak-kanak :

  • Deria (mengenali tekstur, bentuk, warna)
  • Sosial dan nilai-nilai murni (belajar bekerjasama, mengambil giliran, menunggu, menang dan kalah)
  • Kognitif (kreativiti, imaginasi, berdikari)
  • Emosi (luahan perasaan, kawalan perasaan terutama marah dan kecewa)
  • Nilai dan moral (memahami yang baik dan yang buruk, memahami orang lain, penerimaan, memaafkan, berlaku adil)
Semakan Akhir : 20 April 2012
Penulis : Dr. Aminah binti Kassim
Penyemak : Dr. Nor’Izam binti Md Alias

 

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,822

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia