A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Fisioterapi
  6. /
  7. Dewasa
  8. /
  9. Rawatan Fisioterapi di dalam...

Rawatan Fisioterapi di dalam Carpal Tunnel Syndrome (CTS)

Apa itu Carpal Tunnel Syndrome

Carpal Tunnel Syndrome (CTS) merupakan kesakitan Saraf Median akibat tekanan yang berpanjangan. Himpitan saraf Median pada pergelangan tangan berlaku dalam tempoh yang berbeza-beza (minggu, bulan dan tahun) turut diistilah sebagai Cumulative Trauma Disorders.

 
Gambar 1: Himpitan saraf Median di pergelangan tangan yang menyebabkan sakit dan kebas

Rujukan: www.adamimages.com/

Bagaimana Carpal Tunnel Syndrome berlaku?

  • Majoritinya disebabkan oleh pergerakan sama yang berpanjangan dan berterusan, postur tidak sihat, tekanan berlebihan (menekan pada permukaan keras) dan gegaran
  • Tendon pada kawasan terlibat akan menjadi bengkak dan menekan pada saraf Median
  • Akibatnya, kesakitan dan kekebasan akan berlaku pada pergelangan yang terlibat

Apakah gejala Carpal Tunnel Syndrome?

  • Sakit di pergelangan tangan, meningkat pada waktu malam dan mengganggu tidur. Kadang kala sakit dirasai pada waktu pagi.
  • Sakit semasa melakukan aktiviti seperti menulis, menaip dan mengemas rumah
  • Kebas di kawasan yang dihitamkan seperti di Gambar 1
  • Implikasi pergerakan tangan

Faktor risiko

 Faktor terbahagi kepada:

  • Faktor individu
  •  Senaman yang dilakukan berterusan (Carter J, Banister E., 1994) dan regangan yang berkala dapat mengelak Carpal Tunnel Syndrome (The Official Guidelines, 2005).
  • Merokok. Tidak merokok dapat mengurangkan risiko penyakit Muskuloskeletal (Korhonen T.,et. al.,2003)
  • Faktor organisasi
  • Tugasan harian. Kepelbagaian tugasan (Bergqvist U., 1995) dan kekerapan menukar tugasan komputer dengan bukan komputer amat digalakkan (Occupational Safety and Health Administration).
  • Rehat berkala. Rehat secara berkala dapat mengurangkan risiko Carpal Tunnel Syndrome (Ortiz-Hernandez L, 2003). Tidak berehat akan mengakibatkan pelbagai penyakit Muskuloskeletal (Galinsky TL. et. al., 2000).
  • Peluang untuk besenam. Lebih banyak masa diperuntukkan untuk bersenam (Ortiz-Hernandez L, 2003) dan melakukan regangan yang kerap sangat efektif untuk mengurangkan ketegangan dan kesakitan otot (Saltzman, 1998).
  • Faktor ergonomik
  • Tempat kerja. Tempat bertugas yang ergonomik amat digalakkan (Sauter SL, Schleifer LM, Knutson SJ., 1991) dan Program Regangan Ringan di tempat kerja yang ergonomic akan dapat meningkatkan produktiviti (Saltzman, 1998).

Bagaimana untuk menguji berlakunya Carpal Tunnel Syndrome?

  • Sakit apabila menekan di pergelangan tangan (Gambar 2).
  • Ujian Phalen (Gambar 3).
Arahan

a) Posisi           : Rehatkan telapak tangan di atas meja

b) Kaedah        : Tekan kawasan berkenaan menggunakan jari tangan bersebelahan

c) Tanda positif : Sakit mencucuk di sepanjang tendon

Gambar 2

Rujukan: Unit Fisioterapi Hospital Melaka

Arahan

a) Posisi       : Bengkok kedua-dua pergelangan tangan

b) Kaedah        : Tahan selama 1 minit

c) Tanda positif : Kebas di pergelangan tangan dan tangan yang berkenaan

Gambar 3

Rujukan: Unit Fisioterapi Hospital Melaka

Bagaimana Carpal Tunnel Syndrome dapat dikurangkan?

 Risiko Carpal Tunnel Syndrome dapat dielak dan implikasinya dapat dikurangkan dengan rawatan Fisioterapi seperti berikut:

  1. Rawatan secara pasif
  • Pain relief
  • Modaliti haba, sejuk dan pulsed ultrasound terbukti berkesan bagi mengurangkan kesakitan
  • Splin
  • Pemakaian night splint akan dapat mengurangkan simptom semasa tidur
  • Pemakaian working splint membantu untuk mengurang simptom semasa melakukan kerja-kerja seharian
  • Teknik Terapi Manual (Urutan dan Taping)
  • Urutan Transverse friction terbukti berkesan secara cepat dan berkala (Stasinopoulos D. et. al., 2004)
  • Taping turut membantu di dalam pengurangan sakit Carpal Tunnel Syndrome.
  1. Rawatan secara aktif   Senaman regangan

Regangan pergelangan tangan ke atas     

Posisi    : Luruskan siku & tapak tangan

Arahan :  Bengkok pergelangan tangan ke atas – Tarik ke arah badan menggunakan tangan sebelah. Lakukan perlahan-lahan (Tahan 15-30 saat) (Ulang 10 kali)

Regangan pergelangan tangan ke bawah 

Posisi    : Luruskan siku & tapak tangan

Arahan  :  Bengkok pergelangan tangan ke bawah – Tarik ke arah badan menggunakan tangan sebelah. Lakukan perlahan-lahan (Tahan 15-30 saat) (Ulang 10 kali)

Sumber: Unit Fisioterapi Hospital Melaka

1. Senaman Mobiliti

   

Pergelangan tangan ke atas dan bawah    

Posisi          : Rehatkan siku & luruskan pergelangan tangan

Arahan       :  Bengkok pergelangan tangan ke hadapan (tahan 5 saat) – Luruskan – Bengkok ke belakang (tahan 5 saat).

Lakukan perlahan-lahan (Ulang 10 kali/ 3 set)

Sumber: Unit Fisioterapi Hospital Melaka

2. Senaman Kekuatan

Otot siku    

Posisi   : Rehatkan siku & pergelangan tangan. Letak tangan sebelah di atas & tekan ke bawah

Arahan :  Angkat pergelangan tangan ke atas (Tahan 5 saat). Lakukan perlahan-lahan (Ulang 10 kali/ 3 set)

Sumber: Unit Fisioterapi Hospital Melaka

Otot tangan     

Posisi    : Rehatkan siku & luruskan pergelangan tangan

Arahan : Genggam bola  (Tahan 5 saat). Lakukan perlahan-lahan (Ulang 10 kali/ 3 set)

Sumber: Unit Fisioterapi Hospital Melaka

3. Nasihat

  • Carpal Tunnel Syndrome selalunya boleh dirawat 
  • Letakkan tangan anda di luar katil dan lakukan beberapa goyangan apabila merasai simptom pada waktu tidur 
  • Pemakaian splint semasa bekerja akan dapat mengurangkan simptom pada gerakan tertentu
  • Anda dinasihatkan berehat seketika semasa bekerja bagi mengurangkan ketidakselesaan Muskuloskeletal
  • Occupational Safety and Health Administration (OSHA) menasihatkan tip berikut bagi mengurangkan ketidakselesaan Muskuloskeletal:
  • a)      Lakukan regangan jari, tangan dan lengan dengan kerap dan berkala
  • b)      Rehat seketika dan berkala
  • c)      Berehat, berdiri dan berjalan setempat secara berkala
  • d)      Kerap menukar kerja berkomputer dengan bukan berkomputer apabila berkesempatan
  • e)      Lakukan perubahan pada susun atur tempat kerja 
  • Kesakitan akan berkurang dalam tempoh 2 minggu dan pulih dalam tempoh antara 4 hingga 6 minggu 
  • Anda dinasihatkan untuk melakukan senaman seperti di atas secara berterusan sehingga 6 hingga 8 minggu bagi mengelak simptom yang berulangan

Rujukan

  1. Official Disability Guidelines Treatment in Workers’ Compensation, 3rd ed. Encinitas, CAS: Work-Loss data Institute, 2005
  2. Ronald De Vera Barredo, Kelly Mahon. The effects of exercise and rest breaks on Musculoskeletal discomfort during computer tasks: An evidence-based perspective. J. Phys. Ther. Sci. 2007;19:151–163.  
  3. Carter J, Banister E.: Musculoskeletal problems in VDT work: a review. Ergonomics. 1994;37:1623–1648.  
  4. Korhonen T, Ketola R, Toivonen R. et. al.: Work related and individual predictors for incident neck pain among office employees working with video display units. Occup Environ Med, 2003;60:475-482.  
  5. Bergqvist U, Wolgast E, Nilsson B. et. al.: Musculoskeletal disorders among visual display terminal workers: individual, ergonomic and work organizational factors. Ergonomics, 1995;38:763-776.  
  6. Ortiz-Hernandez L, Tamez-Gonzales S, Martinez-Alcantara S. et. al.: Computer use increases the risk of musculoskeletal disorders among newspaper office workers. Arch Med Res, 2003;34:331-342.  
  7. Sauter SL, Schleifer LM, Knutson SJ: Work posture, workstation design and musculoskeletal discomfort in a VDT data entry task. Hum Factors,1991;33:151-167.    
  8. Saltzman A: Computer user perception of the effectiveness of exercise mini breaks. In: Proceedings of the Silicon Valley Ergonomic Conference and Exposition. Silicon Valley, CA,1998;147-151.    
  9. Galinsky TL, Swanson NG, Sauter SL,et. al.: A field study of supplementary rest breaks for data-entry operators. Ergonomics 2000;622-638.    

Sumber gambar

1.    (2015) Unit Fisioterapi Hospital Melaka. Diambil pada 29 Oktober 2015.

Semakan Akhir : 23 Ogos 2019
Penterjemah : Mohd Naqiuddin bin Johar
Akreditor : Se To Phui Lin
Penyemak : Halimah bt. Hashim

Artikel Berkaitan

Apakah yang dimaksudkan Radiofarmaseutikal PET?

PET-CT (Positron Emission Tomography-Computed Tomography) merupakan teknik pengimejan nuklear yang digunakan untuk mengetahui fungsi organ yang berkaitan dengan penyakit kanser yang diterjemahkan dalam bentuk imej. Organ seperti tiroid, tulang, jantung, hati dan organ-organ lain boleh diimbas dengan menggunakan kaedah tersebut serta fungsi organ yang tidak normal dapat diketahui dengan menggunakan bahan radiofarmaseutikal Positron Emission Tomography (PET).

MRI ABDOMEN

Apa Itu Pemeriksaan MRI Abdomen Magnetic Resonance Imaging (MRI) Abdomen

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,822

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia