A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Rawatan Salur Akar

Latar belakang

Rawatan kanal akar (rawatan endodontik) merupakan rawatan alternatif bagi gigi yang telah rosak teruk di mana tisu pulpa telah dijangkiti atau telah mati, agar gigi tersebut tidak dicabut dan boleh terus kekal berfungsi di dalam mulut.

Apakah ciri-ciri gigi yang memerlukan rawatan akar?

  • Gigi yang rosak teruk atau mempunyai tampalan yang besar hingga melibatkan lapisan pulpa.

  • Gigi yang telah mati (non-vital)

  • Gigi yang mempunyai tampalan besar dan diindikasikan untuk pembuatan korona kadang- kadang perlu rawatan kanal akar dilakukan terlebih dahulu untuk peletakan tiang dan teras.

Kenapa rawatan salur akar perlu dilakukan?

Rawatan salur akar dilakukan supaya gigi yang rosak dapat dibersihkan dan tidak perlu dicabut supaya gigitan dan fungsi gigi di dalam rahang dapat dikekalkan.

Apakah akibatnya jika rawatan salur akar tidak dilakukan?

  • Ketidakselesaan atau kesakitan akan bertambah teruk

  • Jangkitan atau nanah akan terjadi pada gigi tersebut

  • Gigi mungkin terpaksa dicabut dan kebiasaannya kehilangan gigi memerlukan penggantian

Prosedur Rawatan Salur Akar

  • Rawatan ini mungkin memerlukan satu hingga dua atau lebih temu janji bergantung kepada tahap kerumitannya.

  • Radiograf periapikal gigi akan diambil sebelum rawatan bermula. Ini adalah untuk melihat bilangan dan keadaan akar gigi yang bermasalah tersebut (Gambar 1)

  • Bahagian enamel dan dentin gigi akan dibersihkan dahulu di mana karies dibuang (Gambar 2), seterusnya tisu pulpa yang reput akan dibuang dari kanal akar dan kanal dibentuk (Gambar 3 & 4) dan dibersihkan dengan bahan disinfeksi (Gambar 5). Apabila selesai proses pembersihan, ubat dimasukkan ke dalam kanal akar dan kaviti pada bahagian korona gigi ditutup dengan tampalan sementara.

  • Pada lawatan seterusnya, kanal akan dibersihkan semula dan ditampal menggunakan bahan tampalan akar (Gutta Percha) jika tiada sebarang tanda dan gejala (Gambar 6).

  • Gigi akan ditampal tetap selepas rawatan kanal akar selesai.

 
Gambar 1 : Radiograf periapikal gigi
 
Gambar 2 : Karies pada korona dibuang
     
 
Gambar 3 : Kanal dibentuk
 
Gambar 4 : Kanal yang telah dibentuk
     
 
Gambar 5 : Kanal dibersihkan
 
Gambar 6 : Kanal yang telah ditampal

Bagaimana penjagaan gigi yang telah mendapat rawatan salur akar?

Amalkan penjagaan kesihatan gigi seperti biasa.

Kita perlu :

  • Berus gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari dengan ubat gigi berflourida.

  • Kurangkan kekerapan pengambilan makanan manis terutamanya di antara waktu makan

  • Dapatkan pemeriksaan pergigian secara berkala

Soalan yang kerap ditanya

  1. Adakah rawatan ini menyakitkan?J: Kebiasaannya rawatan ini tidaklah menyakitkan. Bius setempat – kebiasaannya akan diberikan terutama pada lawatan pertama jika pulpa masih hidup (vital).
  2. Apakah komplikasi yang mungkin timbul?

    J: Gigi anda mungkin akan mengalami sedikit pendarahan, sakit, bengkak, dan tak selesa. Jangkitan kuman boleh juga terjadi, ini akan dirawat dengan pembersihan semula kanal akar dan preskripsi ubat tahan sakit. Antibiotik hanya akan diberikan jika ada tanda- tanda sistemik seperti demam.

  3. Adakah saya memerlukan korona selepas rawatan salur akar?J: Gigi yang telah diberi rawatan salur akar tidak semestinya memerlukan korona. Rawatan korona hanya perlu jika kehilangan struktur asal korona gigi sangat teruk.
  4. Di mana saya boleh mendapatkan rawatan ini?J: Anda boleh ke klinik pergigian yang berhampiran untuk mendapatkan nasihat, pemeriksaan dan maklumat lanjut mengenai rawatan ini.

 

Semakan Akhir : 20 Mac 2015
Penulis / Penterjemah : Dr. Nor Ziana bt. Ibrahim
Akreditor : Dr. Chua Meei Jinn

Artikel Berkaitan

Refluks Asid Dan Mulut Saya

Apabila seseorang mengalami regurgitasi asid, keadaan mulut boleh menjadi berasid disebabkan oleh jus gastrik yang terkeluar dari perut.

Pemakaian Elastik

Elastik adalah gegelang kecil kenyal yang diperbuat daripada getah asli / tiruan yang akan diberikan oleh pakar ortodontik anda untuk dipakaikan pada pendakap gigi dalam konfigurasi tertentu. Pendakap gigi sahaja kadangkala tidak dapat menggerakkan gigi ke kedudukan yang dikehendaki oleh pakar ortodontik, tetapi dapat dibantu dengan pemakaian elastik.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,616

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia