A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Rawatan Untuk Gigi Berbentuk “Peg”

Gigi Insisor lateral berbentuk Peg didefinasikan sebagai gigi Insisor lateral maksilari yang bersaiz kecil dan menumpu yang mungkin berkait rapat dengan keabnormalan pada kegigian yang lain.

 

Pengenalan

Memiliki bentuk badan yang cantik dan senyuman menarik menjadi idaman setiap orang. Amat mengecewakan jika gigi berbentuk “Peg” terutamanya insisor lateral yang kecil dan kelihatan tidak normal berbanding gigi-gigi hadapan lain  tumbuh didalam mulut menghasilkan senyuman yang tidak menarik.

Era globalisasi dan kemunculan pelbagai teknologi canggih menyaksikan semuanya berkemungkinan. Dalam konteks ini, tidak menjadi masalah lagi bagi kebanyakan remaja terutamanya yang menyedari jika kedapatan salah satu gigi mereka yang berlainan saiz atau bentuk dari gigi-gigi yang lain.

Gigi Insisor lateral berbentuk “Peg” (Gambar 1) didefinasikan sebagai “gigi Insisor lateral maksilari yang bersaiz kecil dan menumpu” (Glossary of prosthodontic terms, 1990) yang mungkin berkait rapat dengan keabnormalan pada kegigian yang lain seperti gigi kanin yang bertukar tempat atau gigi desidus yang masih kekal dijajaran. Keadaan ini memang selalu didapati, kebanyakan kes (lebih separuh) adalah dwilateral (hadir pada kedua-dua quadran, kiri dan kanan). Gigi ini selalunya sihat dan berfungsi.


Gambar  1 : Gigi 22 berbentuk “Peg” ( Insisor lateral maksilari kiri)

 Apakah pilihan rawatan yang ada?

Tujuan utama rawatan adalah untuk mengembalikan bentuk asal gigi supaya ianya tidak kelihatan janggal. kebiasaannya, terdapat ruang yang mencukupi antara gigi insisor sentral dan gigi kanin untuk restorasi.

Kadangkala, gigi kanin beralih ke mesial, menghampiri sisi distal gigi lateral menyebabkan ruang menjadi sempit Dalam situasi begini, rawatan ortodontik diperlukan untuk mendapatkan ruang bagi restorasi. Restorasi boleh jadi secara langsung atau tak langsung. Kedua-dua cara ada kelebihan dan kelemahan masing- masing.

Antara Pilihan Rawatan untuk Gigi Berbentuk “Peg”:

 
Pilihan Rawatan
Penjelasan
1
Tiada rawatan,pesakit terima keadaan seadanya Pesakit  berpuashati  dengan  keadaan sediaada, tiada masalah semasa fungsi pengunyahan, pertuturan dan penampilan.
2
Rawatan Ortodontik dahulu untuk menyusun gigi dijajaran Penyusunan/penjajaran gigi kepada kedudukan asal/sepatutnya atau kedudukan yang dikehendaki untuk memudahkan peletakan prostesis.
3
Tampalan Komposit secara langsung ke atas gigi berbentuk “Peg” Tampalan sewarna gigi secara langsung untuk membentuk semula gigi berbentuk “Peg” mengikut bentuk gigi seperti pada sisi kontra.
4
Tampalan komposit secara tak langsung Fabrikasi tampalan sewarna gigi dibuat di makmal untuk  penglihatan dan adaptasi yang lebih baik dalam membentuk gigi. Tampalan ini kemudiannya disimen tetap pada gigi berbentuk “Peg” di dalam mulut.
5
Venir (Komposit / Porselin)      Venir pergigian adalah selapisan nipis bahan restorasi komposit atau porselin yang dilekatkan kepada permukaan hadapan gigi untuk memperbaiki, mencantikkan gigi atau melindungi permukaan gigi yang telah rosak.
6
Korona Pergigian Korona pergigian ialah sejenis  prostesis tetap  pergigian yang menutupi keseluruhan atau sebahagian gigi atau implan.  Ia bertindak sebagai lapisan paling luar gigi. Korona akan disimen pada permukaan gigi secara sementara atau tetap.
7
Surgeri  memanjangkan bahagian korona gigi Prosedur yang dilakukan oleh Pakar Periodontik untuk mendedahkan  lebih banyak struktur korona gigi untuk peluasan permukaan bagi tujuan retensi prostesis.
8
Cabutan gigi dan peletakan implan pergigian Jika gigi berbentuk “Peg” berkaries teruk atau gigi terlalu kecil, cabutan gigi adalah pilihan paling sesuai dan kemudian digantikan dengan implan dan korona atau jambatan pergigian.     
9
Kombinasi rawatan Kombinasi pilihan rawatan seperti surgeri memanjangkan bahagian korona gigi, tampalan komposit dan seterusnya fabrikasi korona pergigian dan disimen ke atas  gigi berbentuk “Peg”.

Tampalan komposit secara langsung pada gigi Insisor lateral maksilari kiri berbentuk “Peg”

Gambar 2 :  Sebelum tampalan komposit
Gambar 3 : Selepas tampalan komposit

Venir Porselin

Gambar 4 : Sebelum penyediaan venir 12 & 22
(Sumber : blog:julieqillisdds.com) 
Gambar 5 : Selepas venir 12 & 22 disimen
(Sumber : blog:julieqillisdds.com)

Rujukan

  1. Rohit Kulshrestha (2016). Interdisciplinary approach in the treatment of Peg Lateral Incisors. Journal of Orthodontics And Endodontics. 2:1
  2. Linda Greenwall  (2010). Treatment options for  Peg-shaped laterals using direct composite bonding. International Dentistry SA. Vol. 12, No 1

 

Semakan Akhir : 28 Ogos 2020
Penulis / Penterjemah : Dr. Norziana bt. Ibrahim
Akreditor / Reviewer : Dr. Roshima bt. Mohd Sharif

Artikel Berkaitan

Lidah Pendek

Lidah pendek merupakan keadaan pergerakan lidah terbatas kerana dasar lidah (lingual frenulum) melekat hingga ke bahagian hujung lidah. Ini menyebabkan lidah tidak dapat bergerak bebas atau berfungsi secara normal.

Cabutan Gigi

Cabutan gigi merujuk kepada exodontia, suatu prosedur pengeluaran atau pembuangan gigi daripada tulang rahang. Prosedur ini dilaksanakan apabila gigi tersebut didapati tidak dapat diselamatkan atau dikaitkan dengan sebarang patologi atau penyakit.

Produk Penjagaan Kesihatan Mulut : Berus Gigi

Berus gigi merupakan alat yang penting dalam penjagaan kesihatan mulut. Pemilihan berus gigi yang betul dan sesuai untuk anda amatlah penting bagi memastikan ia selesa digunakan, membersihkan plak gigi atau sisa makanan dengan berkesan pada semua permukaan gigi semasa pemberusan dilakukan dan mencegah masalah kesihatan mulut.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,617

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia