A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Remaja
  4. /
  5. Kesihatan Fizikal
  6. /
  7. Kekal Sihat
  8. /
  9. Remaja & Diet Kilat...

Remaja & Diet Kilat (Crash Diets)

Hanya cara pemakanan dan pemakanan yang teratur boleh memecahkan lemak berlebihan dan membantu anda mencapai berat badan yang unggul dan kecergasan badan dan minda pada tahap optimum. JANGAN crash diet!!

Remaja mengambil berat tentang imej fizikal mereka. Remaja yang lebih berat badan atau obes akan mengalami imej diri negatif dan keyakinan diri yang rendah

Mereka teringin berat badan body mass index (BMI) yang ideal. Ada yang akan berusaha mencapai BMI serendah mungkin.

Pada tahun 2006, kajian yang dijalankan oleh University of Minnesota mendapati  62.7% remaja perempuan mempraktikkan kaedah menurunkan berat badan yang tidak sihat.

Seramai 21.9% pula menggunakan kaedah yang sangat berbahaya. Kadar peratusan bagi remaja lelaki adalah separuh berbanding remaja perempuan.

Apabila disebut “saya akan mulakan diet”, tafsiran kebanyakan orang adalah ianya bersamaan kurang makan atau cara pemakanan berbeza untuk mengurangkan berat badan.

Semasa diet ramai yang menganggap makanan sebagai musuh mereka. Ramai remaja akan mencuba Crash diet untuk mengurangkan berat badan. Ramai yang tidak sedar bahawa mengurangkan berat badan secara mendadak membahayakan kesihatan seseorang. Anda hanya akan kehilangan otot dan air daripada badan dan ia tidak membantu anda mengurangkan berat badan secara optimum.

INGAT. Hanya cara pemakanan dan pemakanan yang teratur boleh memecahkan lemak berlebihan dan membantu anda mencapai berat badan yang unggul dan kecergasan badan dan minda pada tahap optimum. JANGAN crash diet!!

Pengurangan berat badan secara mendadak amat berbahaya untuk kesihatan anda. Pemakanan yang seimbang amat penting di zaman remaja.

Crash diet boleh memudaratkan kesihatan, khususnya kekurangan zat-zat penting:

Adakah anda tahu?

Hampir  50% remaja perempuan pernah mencuba berdiet. Satu perempat remaja lelaki juga pernah mencuba.

Satu pertiga gadis masih mencuba berdiet walaupun mempunyai berat badan yang unggul.

http://www.ehow.com/info

Kenapa remaja cuba crash dieting?

  1. Imej badan
    Banyak perubahan hormon berlaku semasa zaman remaja. Ia menyumbang kepada perubahan fizikal termasuk ketinggian dan berat badan. Perubahan psikososial yang mendadak menyebabkan remaja lebih fokus ke atas imej fizikal badan.
  2. Budaya
    Remaja juga mula memuja idola mereka yang terdiri dari golongan selebiriti yang kebanyakannya kurus. Mereka berpendapat kurus adalah gaya terkini. Media mempamerkan selebiriti kurus sebagai paling popular.Keadaan sedemikian akan mendorong, khususnya  remaja perempuan untuk mencuba crash diet.
  3. Masalah obesiti
    Centre for Disease Control and Prevention menganggar satu pertiga kanak-kanak dan golongan remaja mengalami masalah berat badan berlebihan dan obesiti. Ramai remaja yang obes runsing tentang berat badan dan kesihatan mereka dan mula crash diet.
  4. Tekanan dari rakan sebaya
    Remaja yang obes kerap disindir oleh rakan sebaya. Ada juga yang dibuli secara fizikal. Anda mungkin marah atau sedih dengan sindiran tersebut dan mula berusaha mengurangkan berat badan secepat mungkin dengan crash diet.

Risiko Crash Dieting

  1. Kekurangan vitamin
    Crash diet boleh menyebabkan masalah kekurangan vitamin A,B,C ,K, folat serta zat besi.
  2. Masalah elektrolit
    Kekurangan atau kelainan elektrolit seperti potasium, kalsium, sodium dan magnesium boleh menjejaskan fungsi jantung, buah pinggang dan otak.
    Kekurangan zat kalsium boleh menyebabkan osteoporosis (tulang menjadi rapuh)
  3. Masalah minda
    Remaja yang mempraktikkan Crash dieting terdedah kepada masalah mental yang serius termasuk kemurungan, kebimbangan, anorexia nervosa dan bulimia. Ramai juga yang terjebak dalam masalah penggunaan dadah berbahaya.

ELAKKAN CRASH DIETING!!

Apakah pemakanan sihat?

Jika anda ingin berdiet, dapatkan nasihat kesihatan dari doktor atau pakar pemakanan.

  1. Makan dengan betul
    • Jangan lupa bersarapan. Sarapan penting untuk tenaga sepanjang hari.
    • Pelbagaikan makanan anda. Makan bila lapar dan berhenti bila kenyang.
    • Minum air kosong. Kurangkan jus atau minuman berkarbonat yang manis.
    • Makan makanan yang tinggi dalam kandungan serat/fiber.
  2. Buah buahan dan sayuran
    Remaja patut makan pelbagai buah buahan dan sayur.
  3. Aktiviti fizikal
    Aktiviti fizikal amat penting untuk remaja. Bersenam adalah sebahagian dari proses berdiet. Luangkan 30-60 minit sehari untuk aktiviti fizikal.
  4. Media
    Jangan percaya semua yang disiarkan dalam media berkenaan dengan diet. Jika ada sebarang pertanyaan, tanya doktor atau pakar pemakanan.

Kawal emosi

Sesetengah remaja makan berlebihan jika mereka sedih atau tertekan secara minda. Bincang dengan keluarga atau individu yang boleh dipercayai jika anda mengalami masalah emosi.

INGAT CRASH DIETING BERBAHAYA “MAKANAN SIHAT, HIDUP SIHAT”

Rujukan

http://www.ehow.com/info

Semakan Akhir : 28 Ogos 2020
Penulis : Dr. Thiyagar Nadarajaw
Akreditor : Dr. Nik Rubiah binti Nik Abdul Rashid
Penyemak : Dr. Nazhatussima bt. Suhaili

Artikel Berkaitan

Buah Dada Remaja Lelaki

Lebih separuh daripada kanak-kanak lelaki yang mencapai peringkat akil baligh akan mempunyai saiz buah dada yang lebih besar dari normal.

Tahap Kolesterol Remaja

Kadangkala kanak–kanak dan remaja boleh mengalami paras kolesterol tinggi. Keadaan ini biasanya dipengaruhi oleh factor keturunan dan dikenali sebagai Hiperkolesterolemia Familial. Anda mungkin berasa sihat dan tidak sedar akan masalah ini sehingga anda melakukan ujian saringan untuk kolesterol.

Berkhemah

Pengenalan Berkhemah merupakan salah satu aktiviti rekreasi luar. Aktiviti perkhemahan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,616

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia