[flv]https://myhealth23.primuscore.com/media/download/video/remaja/Remaja_Sihat/Remaja_Sihat.flv[/flv]
Transkipsi
Pelajar yang cemerlang akan mengatur aktiviti harian supaya seimbang antara keperluan , jasmani,emosi,rohani, intelek dan sosial.
Aspek Pengurusan masa amat penting untuk pelajar supaya lebih produktif dan bertanggungjawab. Buat jadual dengan menyenaraikan aktiviti yang perlu dilakukan setiap minggu termasuklah mengulangkaji mata pelajaran sekolah dan aktiviti ko-kurikulum
Kemudian perlicinkan jadual bermula bangun dari tidur sehinnga masa di perlukan untuk bersiap ke sekolah , Ini termasuk beribadah , dan bersarapan
Semasa di sekolah jika perlu menyiapkan kerja sekolah tetapkan had masa untuk menyiapkan kerja tersebut Selain daripada itu maanfaat kan hubungan dengan rakan-rakan untuk berbincang mengenai pelajaran dan kehidupan
Dialog Pelajar 1: Ada aku tak faham ini apa yang cikgu ajar ni Dialog pelajar 2: tajuk apa? Dialog Pelajar 1: Tajuk Mirco Komputer ,ko tahu tak?
Belajar secara bekumpulan memang seronok ,tapi perlu ingat jangan leka dan lalai dengan berborak hingga lupa tujuan utama untuk belajar
Dialog Pelajar 1: Man ini kan perpustakaan ,kita mana boleh buat bising ,aku pun banyak kerja ini Dialog pelajar 2: betul juga cakap engkau itu Setelah pulang dari sekolah, atur jadual aktiviti mengikut keutamaan. Contohnya: Menyiapkan kerja sekolah dan bersenam adalah keutamaan Sebenarnya aktiviti aktivti riadah di sebelah petang dapat menghilang rasa stress serta meningkatkan kecergasan fizikal dan mental
Dapatkan rehat yang cukup setelah melakukan senaman.
Setelah membersihkan diri,tunaikan ibadah, dan luangkan masa untuk makan malam bersama keluarga. ia membolehkan kita berkumpul dan berinteraksi satu sama lain .
Dialog Bapa Pelajar : Macam mana sekolah tadi man ? Dialog pelajar : Sekolah ok abah , bulan depan nak periksa ,Minggu ini banyak cikgu buat ulang kaji kat kelas
Walaupun tiada kerja sekolah lakukan ulangkaji mengikut mata pelajaran yang telah ditetapkan
Dialog Pelajar India : Mak ,minta maaf ,saya sedang baca ,boleh tolong perlahankan tv
Kadang kala tumpuan pada pelajaran boleh terjejas oleh gangguan persekitaran seperti ingin menonton tv ,bermain komputer dan ajakan kawan-kawan untuk berhibur
Jangan pula perkara seumpama ini menganggu minat dan tumpuan untuk belajar ,berbincang dengan ahli keluarga Jika anda mempunyai sebarang masalah DIALOG PERTAMA Dialog Bapa : Ada apa-apa bagi tahu abah Dialog Pelajar : Ye lah abah Selama ini man tak pernah bagi tahu abah Dialog bapa: Klau disimpan tak selesai-selesai masalah susah nanti
DIALOG KEDUA Dialog Pelajar : Mak ,hari jadi saya tahun ni,boleh tak kita rayakan secara besar-besaran ? Dialog Ibu : Boleh ,kita tanya semua ahli keluarga ,kemudian kita buat lah Dialog pelajar : terima kasih mak
Pastikan anda mempunyai masa tidur sekurang-kurangnya 8 jam supaya kekal cergas untuk hari esok.
Pengurusan masa yang baik yang bail harus dilakukan melalui jadual masa yang terurus di samping itu ia memberi peluang untuk merancang aktiviti lain yang boleh di lakukan
Remaja bijak dan berwawasan dapat menguruskan kehidupan dengan yang baik secara terancang untuk mencapai kejayaan
|