Pengenalan
Kulit yang sihat bertindak sebagai penghalang. Ruam adalah petanda tindak balas kulit yang tidak normal.
Penyebab Ruam
- Biasanya menyebabkan kerengsaan kulit. Bagi remaja ruam selalu disebabkan oleh sentuhan dan alahan terhadap sebarang bahan yang menyebabkan kerengsaan seperti :
- Sabun, bahan pencuci, syampu, minyak wangi, bahan kosmetik dan losyen
- Barang kemas, butang besi pada seluar jeans, tali baju dalam
- Racun serangga, dan baja
- Racun pokok
- Terdedah kepada serangga atau parasit seperti hama kudis buta (scabies mite)
- Fabrik
- Alatan baru, alat permainan, perkakasan atau sebarang objek
- Susu getah
- Sebab-sebab lain termasuklah :
- Jangkitan kulit seperti herpes zoster (sejenis kayap)
- Jangkitan kulat dan impetigo (sejenis penyakit kulit berjangkit)
- Insecticides, pesticides and fertilizer
- Penyakit kelamin berjangkit seperti siplis
- Keadaan kulit yang kronik seperti jerawat, eczema, psoriasis
- Kekeringan, cuaca sejuk, cuaca yang terlalu panas (ruam panas)
- Gangguan emosi
- Penyakit hati, buah pinggang dan barah.
Rawatan
- Jika ruam tidak teruk , ia boleh dirawat di rumah.
- Basuh kawasan sentuhan dengan air yang banyak
- Guna sabun yang lembut dan cuci rata dengan air
- Lindungi kawasan ruam dari terdedah kepada udara sebaik mungkin
- Jangan menggaru ruam kerana ini akan menyebabkan kecederaan yang teruk
- Pastikan kawasan yang gatal sentiasa sejuk dan lembap (ingat, jika kulit berulang-ulang basah dan kering ia akan menyebabkan kulit anda kering)
- Losyen kalamin dapat membantu dalam kes dermatitis
- Cuba ubatan untuk gatal-gatal seperti antihistamin
Bila Perlu Berjumpa Doktor?
- Ruam tidak berubah atau semakin teruk walaupun dengan rawatan di rumah
- Tidak dapat menahan kegatalan
- Berubah menjadi lecur, keretakan, dan menyakitkan
- Demam
- Mudah bengkak pada kerongkong, lidah, bibir, kelopak mata atau muka
- Perubahan yang teruk di dalam mulut serta tidak dapat menelan
- Mempunyai sejarah terhadap alahan pada bahan yang sama
- Mengantuk
- Tompokan darah di bawah kulit
- Sakit sendi dan bengkak-bengkak
- Kudis pada kawasan kemaluan dan terdapat cairan keluar
Pencegahan
- Elakkan menyentuh bahan-bahan yang menyebabkan alahan
- Gunakan sarung tangan pelindung
- Pastikan kuku pendek untuk mengelakkan kulit tercedera akibat dari menggaru
- Elakkan dari berhubung dengan orang yang mempunyai jangkitan kulit
- Elakkan mandi yang berlebihan kerana akan mengurangkan kelembapan kulit
- Selalu gunakan pelembap kulit untuk mengembalikan tekstur kulit
- Elakkan dari menggaru atau menggosok dengan kuat
- Amalkan kebersihan
- Belajar untuk menangani stres
Soalan Lazim
Adakah Semua Ruam Kulit Berjangkit
- Kebanyakan ruam kulit tidak berjangkit, kecuali yang disebabkan oleh jangkitan seperti jangkitan kulat dan kudis buta.
Adakah ruam akan berulang setelah mendapat rawatan?
- Kebanyakan ruam akan hilang jika agen penyebab dihindari dan anda mengamalkan pencegahan yang dicadangkan.
Semakan Akhir | : | 28 April 2008 |
Penulis | : | Dr. Jamilah Abdullah |