A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Sawan

PENGENALAN

 Epilepsi, kadangkala dirujuk juga sebagai sawan, ditakrifkan sebagai gejala yang bersifat sementara akibat dari “aktiviti neuron yang berlebihan atau serentak” di dalam otak. Gangguan pada otak dan jaringan sistem saraf ini menyebabkan otak tidak dapat berfungsi dengan teratur untuk suatu tempoh yang singkat dan membawa kepada terjadinya serangan Epilepsi yang terdiri  dari pelbagai bentuk.

Dalam kebanyakan kes, puncanya tidak diketahui. Walau bagaimanapun, ianya  boleh disebabkan oleh kerosakan tisu otak akibat jangkitan, parut pada otak akibat dari kecederaan, tumor, pengambilan alkohol yang berlebihan, salahgunaan dadah serta faktor genetik.

Kekerapan epilepsi adalah 1 dalam 100 orang, manakala risiko kaum lelaki dan perempuan adalah sama

GEJALA DAN TANDA

Sesetengah orang akan mengalami sawan yang menyeluruh melibatkan seluruh anggota badan sementara yang lain pula mempunyai sawan separa disertai dengan tahap deria yang luar biasa.

Pesakit yang mengalami sawan yang menyeluruh, akan tiba-tiba menjadi tidak sedarkan diri dan jatuh ke tanah. Badan mereka menjadi kejang disertai dengan sentakan dan gerakan tujahan singkat beberapa kali. Dalam situasi ini, lidah boleh tergigit dan  pesakit mungkin terkencing. Selepas serangan, pesakit kemudiannya mungkin berasa mengantuk atau tertidur selama setengah jam atau lebih.

Bagi sesetengah kanak-kanak pula, serangan sawan hanya ditunjukkan sebagai  perbuatan merenung untuk tempoh yang singkat (absence seizures) atau mengalami perasaan cemas secara tiba-tiba.

 

Apabila seseorang sedang mengalami serangan Epilepsi

Jangan lakukan:

 

  • Mengalihkannya kecuali jika perlu bagi tujuan keselamatan
  • Memasukkan sesuatu ke  dalam mulutnya
  • Cuba menghentikan sawan tersebut
     

Sebaliknya, lakukan ini:

  • Mengiringkan pesakit ke kiri atau ke kanan dengan kepala dipalingkan kearah satu sisi serta dagu didongakkan
  • Minta bantuan perubatan jika sawan tidak berhenti lebih dari 10 minit atau sawan berulang.

 

KOMPLIKASI

Sawan yang berlaku dalam tempoh yang singkat tidak akan menyebabkan kematian atau kerosakan otak

 

RAWATAN

Epilepsi/sawan boleh dikawal dengan ubat-ubatan. Dengan pengambilan ubat-ubatan yang betul dan mengikut arahan, kebanyakan serangan epilepsi boleh dikawal dan pesakit  boleh menjalani kehidupan yang normal, berkahwin serta mempunyai anak yang sihat.

 

PENCEGAHAN

Mengenal pasti dan mengelakkan faktor pencetus seperti kelesuan, keletihan fizikal, tekanan, kurang tidur dan alkohol berlebihan.

 

PERHATIAN!!

Mereka yang diketahui mempunyai epilepsi dinasihatkan berhati-hati ketika memandu, melakukan aktiviti sukan dan riadah seperti menyelam, berenang bersendirian, mendaki dan lain-lain.

Sila pastikan bahawa penyakit epilepsi anda terkawal. Adalah dinasihatkan untuk mempunyai teman semasa melakukan aktiviti tersebut.

 

PEMULIHAN

Adalah penting untuk mendapat rawatan perubatan yang betul untuk membantu pesakit Epilepsi menjalani kehidupan yang normal. Ubat-ubatan Epilepsi perlu diambil secara tetap setiap hari.

Pemeriksaan berkala diperlukan untuk mengesan  kesan sampingan ubat (anti- konvulsi). Ujian darah mungkin dilakukan bagi menilai tahap ubat dalam darah.

 

RUJUKAN

  1. John Murtagh’s Patient Education, Fifth edition, page 243.

  2. John Murtagh, General Practice, Third Edition, page 1272-1279.
     

Last Reviewed : 13 Jun 2012
Writer : Dr. Norizzati Bukhary bt. Ismail Bukhary
Translator : Dr. Norizzati Bukhary bt. Ismail Bukhary
Accreditor : Dr. Rosnah bte. Ramly

 

Artikel Berkaitan

Dating

Introduction As boys and girls reach puberty, they will become

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,767,430

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia