A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Laman Utama
  4. /
  5. Budayakan penyusuan bayi dengan...

Budayakan penyusuan bayi dengan susu badan

Berita Harian

Khamis, 01/12/2011

Budayakan penyusuan bayi dengan susu badan

Oleh Hidayah Mohammad

Bilangan wanita susukan bayi meningkat

PAKAR pemakanan menyifatkan, usia dua tahun pertama bayi adalah ‘tempoh kritikal’ kerana kualiti nutrien yang diberikan bakal menentukan pertumbuhan dan pembesaran berkekalan sepanjang hayatnya. Dalam tempoh itu, bayi harus diberikan susu ibu secara eksklusif untuk enam bulan pertama sebaik saja dilahirkan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga mengesahkan kolostrum, iaitu susu ibu berwarna kuning dan lekit yang dihasilkan pada fasa akhir kehamilan adalah bekalan makanan terbaik untuk bayi baru dilahirkan.
Justeru, susu hendaklah dimulakan pada jam pertama selepas bayi dilahirkan. Bagaimanapun, selepas enam bulan, penyusuan badan perlu diteruskan bersama makanan pelengkap yang sesuai sehingga anak berusia dua tahun.

Susu ibu mengandungi semua nutrien yang diperlukan dan ia mempunyai bahan yang tidak ada dalam susu formula bagi membatu mencerna nutrien dengan lebih baik. Nutrien yang diperlukan dalam pemakanan lengkap untuk bayi ialah protin yang mudah hadam dan tidak menyebabkan alahan.

Susu yang mengandungi sejenis enzim sipanggil lipase membantu bayi menghadamkan lemak dengan baik. Laktosa pula sebagai karbohidrat utama dalam susu ibu membantu penyerapan kalsium. Ia membekalkan tenaga untuk tumbesaran otak dan mencegah pembiakan bakteria berbahaya dalam susu bayi.

Zat besi pula diperlukan bagi mengurangkan risiko anemia enam hingga lapan bulan pertama selepas kelahiran dan kandungan bahan istimewa itu membantu meningkatkan penyerapan zat besi.

Sungguhpun begitu banyak manfaatnya ketika rutin penyusuan si kecil. Namun, bilangan ibu di Malaysia yang melakukannya tidak begitu memuaskan. Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan ketiga, pada 2006 menunjukkan bilangan ibu yang memberi susu kepada anak mereka semakin meningkat.

Kajian mendapati bilangan wanita yang memberikan susu ibu kepada bayi untuk empat bulan pertama berkurangan sebanyak 9.7 peratus. Malah, Malaysia antara negara di Asia Tenggara paling rendah dari segi penyusuan ibu secara eksklusif. Keputusan itu sangat membimbangkan.

Pengerusi Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM), Dr Tee E Siong, berkata penting ibu memastikan bayi diberi makanan berkhasiat sejak dilahirkan.

Katanya, teknik penyusuan yang betul dapat mengurangkan risiko jangkitan penyakit berkaitan pemakanan di kalangan anak yang sedang membesar.

Amalan penyusuan berkenaan dapat memupuk tabiat baik untuk pemakanan sihat yang menjadi asas gaya hidup sihat sepanjang hayat.

“Walaupun sesetengah ibu boleh menyusukan bayi, tetapi ada yang tidak melakukannya. Lebih teruk apabila mereka pula tidak mahu mendapatkan nasihat dan panduan yang betul menyusukan bayi,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran program Mother’s Smart Choice (MSC) di Sunway Hotel & Spa, baru-baru ini.

Program berkenaan dilancarkan oleh Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Tan Sri Napsiah Omar. Hadir sama. Timbalan Pengarah LPPKN; Dr Anji Doshi Gandhi; Pengarah Urusan Philips Malaysia Sdn Bhd, Naeem Shahab Khan; wakil NSM, Prof Dr Poh Bee Khoon dan wakil OGSM, Dr Kiren Sidhu.

Terdahulu, program MSC diperkenal selepas menyedari ramai ibu muda mengalami masalah menyusukan bayi dan kurang pengetahuan mengenainya.

MSC dianjurkan oleh Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM) dengan kerjasama Persatuan Paediatrik Malaysia (MPS), Persatuan Obstetrikal & Ginaekologikal Malaysia (OGSM) dan LPPKN, selain syarikat pemimpin global yang mengutamakan kesihatan ke arah memperbaiki kehidupan masyarakat, iaitu Philips AVENT.

Sementara itu Pengarah Urusan Philips Malaysia Sdn Bhd, Naeem Shahab Khan, berkata program MSC seiring dengan usaha kerajaan untuk menjana generasi Malaysia sihat bermula daripada peringkat awal usia.

Katanya, masyarakat perlu percaya memberi makanan dan menyusukan bayi adalah amalan terbaik untuk tumbesaran mereka. Menerusi penyusuan itu dapat menjalinkan ikatan antara ibu dan anak dan menyediakan asas yang kukuh bagi amalan pemakanan sihat.

“MSC menjadikan ibu di Malaysia sebagai kumpulan sasar dengan memperkasakan mereka menerusi ilmu pengetahuan dan kemahiran praktikal untuk membekalkan makanan berkhasiat kepada si kecil. Program itu dijalankan dalam beberapa peringkat dengan menjadikan fasa pertama penyusuan susu ibu dan makanan pelengkap sebagai fokus utama. Fasa kedua, memberi tumpuan kepada penyusuan susu ibu untuk kanak-kanak-kanak berusia enam hingga 12 bulan.

“Pada fasa ketiga pula, tumpuan diberikan terhadap pemakanan berkhasiat yang betul untuk anak berusia 13 bulan hingga 24 bulan. Ia meliputi penyusuan susu ibu, pilihan makanan pelengkap bayi serta makanan sihat yang disediakan,” katanya.

Sejajar dengan usaha membudayakan amalan pemberian susu ibu, MSC akan menerbitkan buku panduan percuma berjudul “Menyusu dengan Yakin”, di samping menganjurkan beberapa siri ceramah mengenai penyusuan susu ibu secara percuma.

Buku panduan itu akan diedarkan kepada wanita hamil di rangkaian hospital dan klinik, manakala ceramah bertujuan melatih jururawat membantu ibu mengenai cara menyusu susu ibu pada peringkat awal selepas melahirkan bayi.

Bagi meningkatkan kesedaran mengenai pengenalan buku panduan itu, MSC akan mengedarkan poster mengandungi maklumat cara untuk mendapatkan buku panduan itu sebagai inisiatif untuk mendidik dan menggalakkan ibu Malaysia menyediakan nutrisi yang baik bagi bayi yang baru lahir.

INFO: Susu ibu melindungi bayi daripada penyakit

Ketika dilahirkan, sistem imun bayi belum lagi cukup matang, malah sistem imun mengambil masa tiga tahun atau lebih untuk matang sepenuhnya.

Dalam tempoh vulnurabel, susu ibu akan melindungi bayi.

Antara bahan yang menjadi pelindung dalam susu ibu

  • Antibodi – bahan melawan jangkitan
  • Sel darah putih – membunuh kuman
  • Faktor bifidus – menggalakkan pembiakan kuman baik di dalam susu bayi. Menghalang pertumbuhan kuman yang menyebabkan jangkitan
  • Faktor pertumbuhan epidermal – membantu pertumbuhan dinding sel dalam usus bayi, mencegah bahan berbahaya daripada masuk ke dalam saluran darah.

Pemakanan lengkap untuk bayi:

  • Protein – Protein mudah dihadam dan tidak menyebabkan alahan
  • Lemak – Susu ibu mengandungi sejenis enzim dipanggil lipase yang membantu bayi menghadamkan lemak dengan lebih baik
  • Karbohidrat – Laktosa, karbohidrat utama dalam susu ibu membantu penyerapan kalsium, membekalkan tenaga untuk tumbesaran otak dan mencegah pembiakan bakteria berbahaya dalam susu bayi.
  • Zat besi – Mengurangkan risiko anemia enam hingga lapan bulan pertama selepas kelahiran. Susu ibu mengandungi bahan istimewa yang membantu meningkatkan penyerapan zat besi.

 

{module Artikel & Rencana}

 

Artikel Berkaitan

V

  Tiada Video

Transnasal Endocopy

[flv]https://myhealth23.primuscore.com/media/download/video/pertuturan/LELAKI-BERSUARA-WANITA/TRANSNASAL-ENDOSCOPY.flv[/flv] Download: T 7 Amalan Bijak Ketika Menyediakan Makanan Untuk

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,767,431

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia