A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Seks Sebelum Berkahwin

Pengenalan

  • Kelakuan seks remaja bermula pada umur yang berbeza berdasarkan nilai-nilai budaya dan sosial mereka.
  • Kajian di tempat yang berlainan di dunia menunjukkan seks sebelum kahwin biasanya tidak dirancang.

Siapakah yang berisiko?

  • Mereka yang terlibat dalam penggunaan arak dan dadah
  • Mempunyai teman lelaki atau wanita yang istimewa
  • Kurang berminat dengan sekolah
  • Sejarah penderaan fizikal atau seksual
  • Kurang pengawasan ibu bapa

Apakah kesan-kesannya?

  • Dari aspek perubatan:
    • Kehamilan yang tidak diingini
    • Pengguguran anak yang tidak selamat
    • Pembuangan bayi
    • Jangkitan seksual
  • Dari aspek psikologi dan sosial:
    • Masalah perhubungan. Lihat (Memahami seksualiti)
    • Mengalami gangguan emosi
    • Tiada keharmonian keluarga dan sosial
    • Implikasi undang-undang

Bagaimana untuk mengelakkannya?

  • Elakkan melakukan hubungan seks
    • Anda bertanggungjawab ke atas hidup anda sendiri. Jangan biarkan orang lain memaksa anda.
    • Aanda boleh melindungi kesihatan dan emosi anda dengan mengatakan “Tidak, bukan sekarang”. Anda masih boleh berkata “tidak”; walaupun pernah berkata “ya” sebelum ini. Lihat (Ketegasan).
    • Pasangan yang benar-benar menyayangi dan menghormati anda tidak akan meminta seks sebelum kahwin
    • Ingat : badan anda adalah tanggungjawab anda untuk menjaganya dengan baik.
  • Elakkan membaca atau menonton bahan-bahan lucah.
  • Libatkan diri dalam aktiviti yang berfaedah seperti kegiatan sukan, senaman, aktiviti budaya atau kerja-kerja sukarela.
  • Semua agama utama dan budaya kita, seks luar nikah adalah dilarang. Anda mengambil tindakan yang bijak jika anda taat kepada ajaran agama.

Apakah implikasi undang-undang yang ada?

  • Rang undang-undang jenayah Malaysia, seperti yang dinyatakan dalam Kod Penal Akta 574 telah menetapkan umur minima untuk kesalahan tertentu.
  • Ia menyatakan bahawa perempuan yang berumur di bawah 16 tahun atau lelaki yang berumur di bawah 13 tahun dianggap tidak boleh membuat keputusan sendiri di sisi undang-undang.
  • Contohnya, umur minima untuk perhubungan seksual dengan persetujuan kedua belah pihak seperti yang terkandung dalam seksyen 375 adalah untuk menghukum mereka yang melakukan hubungan seks dengan kanak-kanak/remaja di bawah umur. Ini dikenali sebagai “Statutory rape” .

 

Semakan Akhir : 27 April 2012
Penulis : Dr. Wan Fahilah Wan Ismail
Penyemak : Dr. Nik Rubiah bt. Nik Abd. Rashid

 

Artikel Berkaitan

Muzik Berbahaya kepada Telinga?

Tahukah anda muzik mampu memberi kesan yang berbahaya kepada telinga manusia? Pernahkah anda terdedah kepada bunyi muzik seperti Konsert, Disko, Pusat karaoke, Pemain muzik peribadi seperti pemain kaset atau pemain cakera. Sesudah itu adakah anda mengalami situasi seperti sukar untuk mendengar sesuatu bunyi ataupun sukar untuk memahami pertuturan orang lain atau telinga terasa berdesing atau berdengung.

Berjudi

Apakah itu berjudi? Berjudi membawa maksud mengambil bahagian dalam aktiviti

Serbuk Protein Bina Badan

Ia sebenarnya adalah hasil sampingan dari pembuatan keju. Apabila diasingkan daripada kandungan keju, sisa yang melalui proses penulenan dan pengeringan yang akhirnya menjadi serbuk.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,616

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia