A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Dewasa
  4. /
  5. Selulit

Selulit

Soalan 1

Apa itu selulit?

Jawapan 1

Selulit adalah satu istilah yang digunakan untuk menggambarkan penampilan kulit berlekuk yang disebabkan oleh lapisan lemak yang terkumpul di lapisan bawah kulit. Ia biasanya berlaku di bahagian abdomen, kaki, peha dan kawasan pelvis dan biasanya terbentuk selepas baligh. Selulit biasanya terjadi di kalangan wanita tetapi boleh berlaku kepada kedua-dua jantina.

Klasifikasi selulit:

  1. Gred 1 : tiada tanda atau gejala klinikal tetapi pemeriksaan mikroskopik sel-sel lapisan bawah kulit akan mengesan berlakunya perubahan anatomi
  2. Gred 2 : kulit kelihatan pucat, mempunyai suhu yang lebih rendah dan kurang anjal di samping perubahan anatomi yang dicatatkan di bawah pemeriksaan mikroskopik.
  3. Gred 3 : kulit kelihatan kasar seperti kulit buah oren dengan semua tanda dalam Gred 2 sebelumnya

Soalan 2

Apa yang boleh menyebabkan selulit?

Jawapan 2

Punca-punca selulit terbentuk tidak begitu jelas tetapi terdapat teori yang telah dikemukakan:

  1. Faktor Hormon – ramai berpendapat hormon seperti estrogen, insulin, noradrenalin, tiroid dan prolactin memainkan peranan dalam proses pembentukan selulit.
  2. Faktor Genetik – gen-gen tertentu diperlukan untuk pembentukan selulit. Gen-gen ini mungkin mendedahkan seseorang kepada sifat-sifat tertentu yang berhubungkait dengan selulit seperti jantina, bangsa, kadar metabolisma yang rendah, pengagihan lemak di bawah kulit dan peredaran darah yang tidak sempurna.
  3. Diet – pengambilan makanan yang mengandungi terlalu banyak lemak, karbohidrat atau garam dan kurang serat.
  4. Faktor Gaya Hidup – lebih ketara di kalangan mereka yang merokok, tidak melakukan senaman dan mereka yang duduk atau berdiri terlalu lama.
  5. Faktor Pakaian – seluar dalam yang ketat yang meliputi seluruh bahagian punggung akan menghadkan aliran darah boleh menyumbang kepada pembentukan selulit.

Soalan 3

Apakah cara untuk merawat selulit?

Jawapan 3

Tiada rawatan khusus yang terbukti keberkesanannya.

Saranan:

  • Amalkan gaya hidup sihat dengan mengambil makanan yang sihat, rendah lemak seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan mempunyai serat tinggi
  • Amalkan senaman secara kerap untuk mengekalkan berat badan yang diperlukan
  • Kurangkan tekanan /stres
  • Tidak memakai pakaian yang terlalu ketat

Soalan 4

Bolehkan saya mendapatkan rawatan selulit di pusat pelangsingan badan?

Jawapan 4

Ini adalah bergantung kepada seseorang individu tetapi individu berkenaan perlu memastikan tiada bahan-bahan yang terlarang digunakan kerana ia mungkin boleh mendatangkan kemudaratan.

Dapatkan nasihat dari pakar-pakar pemakanan dan seumpamanya yang diiktiraf sebelum mendapatkan rawatan selulit atau rawatan pelangsingan.

Semakan Akhir : 13 Ogos 2012

 

Artikel Berkaitan

P

Pap Smear Pedih Ulu Hati Penyakit Endometriosis Pembedahan Penggantian Sendi Lutut

Aspirin

Apa Itu Aspirin? Aspirin atau nama bahan aktif Acetyl Salicylic

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,767,431

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia