A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Fisioterapi
  6. /
  7. Dewasa
  8. /
  9. Senaman Otot Lantai Pelvik

Senaman Otot Lantai Pelvik

Senaman otot lantai pelvik perlu dilakukan sekurang-kurangnya 3 sesi dalam sehari (10 kali kemutan bagi setiap sesi)

Pengenalan

Apakah itu otot lantai pelvik?

Lantai pelvik terdiri daripada dua lapisan otot, iaitu:

  1. Lapisan superficial perineal yang terdiri daripada otot Bulbocavernosus, Ischiocavernosus, Superficial transverse perineal dan External anal sphincter.

  2. Diaphragm pelvik dalam yang terdiri daripada Levator ani (pubococcygeus, iliococcygeus), Coccygeus / ischioccygeus, Priformis dan Obturator internus.

Antara peranan lantai pelvik ialah:

  1. Menyokong organ-organ dalam pelvik

  2. Mengukuhkan penutupan urethral semasa peningkatan tekanan dalam abdomen, contohnya batuk

  3. Membantu dalam kestabilan pelvik spinal

  4. Menyumbang kepada aktiviti seksual

Gejala / Tanda

Urinary Incontinence

Urinary Incontinence merupakan satu masalah yang mungkin boleh melibatkan wanita dari semua peringkat umur.  Kelaziman anggaran urinary incontinence dalam usia pertengahan dan wanita yang berumur lebih tua adalah antara 30% – 60% dan keadaan ini meningkat mengikut peningkatan usia.  Antara gejala / tanda Urinary Incontinence adalah seperti berikut:

  1. Air kencing terkeluar apabila anda bersenam, ketawa, batuk atau bersin

  2. Perlu ke tandas dalam keadaan tergesa-gesa atau air kencing terkeluar sebelum sampai ke tandas

  3. Sentiasa perlu pergi ke tandas

  4. Kehilangan kawalan ke atas pundi kencing atau usus

Komplikasi

  1. Uterine prolapse

  2. Cystocele

  3. Rectocele

  4. Urinary Incontinence

  5. Bowel Incontinence

  6. Gangguan semasa aktiviti seksual, contohnya air kencing terkeluar dan ketidakpuasan perhubungan suami isteri

Pencegahan

  1. Melakukan senaman otot lantai pelvik

  2. Mengemut otot lantai pelvik semasa peningkatan tekanan dalam abdomen seperti batuk dan bersin

  3. Sentiasa melakukan kemutan otot lantai pelvik apabila melakukan aktiviti fungsi harian seperti mengangkat dan menolak objek berat

Rehabilitasi

  1. Melakukan senaman otot lantai pelvik dalam posisi baring, duduk dan berdiri

  2. Kemutkan otot lantai pelvik dalam kiraan 5 saat, rehat dalam kiraan 10 saat.  Ulangi senaman ini 10 kali (senaman untuk slow twitch fibre)

  3. Kemutkan otot lantai pelvik dalam kiraan 1 saat, rehat dalam kiraan 1 saat. Ulangi senaman ini 10 kali selepas senaman ‘b’. (senaman untuk fast twitch fibre)

Nota: 

  1. Senaman otot lantai pelvik perlu dilakukan sekurang-kurangnya 3 sesi dalam sehari (10 kali kemutan bagi setiap sesi)

  2. Boleh ditambahkan sesi senaman sehingga 8 sesi dalam sehari (bergantung kepada keupayaan individu)

  3. Kiraan kemutan otot lantai pelvik (slow twitch fibre) bergantung kepada keupayaan individu mengemut otot

Rujukan

  1. Ruth SA, Joanne BS, Sue M (1999).  Women’s Health.  A textbook for Physiotherapists.

  2. Bo K, Berghmans B, Morkved S, Van Kampen M (2007).  Evidenced-based Physical Therapy Pelvic Floor.

  3. Mantle J, Haslam J, Barton S (2005).  Physiotherapy in Obstetrics and Gynaecolofy.

  4. Price N, Dawood R, Jackson SR (2010).  Pelvic floor exercise for urinary incontinence: A systematic literature review.  MAT-5428; 1-7.

 

Semakan Akhir : 23 Ogos 2019
Penulis : Lim Khee Li
Akreditor : Datin Hjh. Asiah bt. Mohd Hashim
Penyemak : Halimah bt. Hashim

Artikel Berkaitan

PERANAN JTMP DALAM PROSEDUR PENGAMBILAN SUM-SUM TULANG

Prosedur pengambilan sum-sum tulang merupakan pintu gerbang diagnosis kepada penyakit yang berkaitan dengan kanser darah seperti leukemia dan anemia. Pengambilan sum-sum tulang adalah pembedahan kecil yang mempunyai peratus kematian sedikit.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,616

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia