A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Fisioterapi
  6. /
  7. Dewasa
  8. /
  9. Senaman yang Disyorkan Kepada...

Senaman yang Disyorkan Kepada Pesakit Pintasan Graft Arteri Koronari

CABG merupakan satu kaedah yang melibatkan pembedahan untuk memintas arteri yang tersumbat. Pembedahan pemintasan bahagian yang sempit tersebut dapat meningkatkan pengaliran darah ke jantung.

Apa itu Pintasan Graft Arteri Koronari (CABG)?

CABG merupakan satu kaedah yang melibatkan pembedahan untuk memintas arteri yang tersumbat. Pembedahan pemintasan bahagian yang sempit tersebut dapat meningkatkan pengaliran darah ke jantung. Pakar Bedah menggunakan kaedah CABG untuk merawat pesakit yang mempunyai masalah penyakit jantung koronari (Chronic Heart Disease – CHD).

CHD adalah masalah penyakit jantung yang mana plak berkumpul di dalam arteri koronari. Arteri koronari adalah arteri yang membekalkan oksigen darah jantung.

Plak yang terkumpul pada arteri koronari akan menyebabkan saluran arteri bertambah sempit dan menyukarkan laluan bekalan darah beroksigen ke jantung kita. Keadaan ini menyebabkan masalah sakit dada atau ketidakselesaan pada dada yang dipanggil Angina.

Sekiranyan plak pecah, darah beku akan terbentuk dalam permukaan saluran. Semakin besar darah beku yang terkumpul, semakin sukar laluan darah melalui arteri koronari. Ini adalah penyebab utama masalah serangan jantung.

Semasa CABG dilakukan, arteri atau saraf yang baik akan disambungkan kepada arteri koronari yang tersumbat. Kaedah ini memberi laluan baru kepada darah beroksigen ke otot jantung. Pakar bedah boleh melakukan pelbagai pintasan arteri koronari dalam satu pembedahan.

Pemulihan Jantung Fasa 1 (CCU dan Ward)

Tujuan senaman dalam Fasa 1 adalah bagi mengelakkan pesakit berbaring terlalu lama di katil tanpa sebarang pergerakan. Senaman dimulakan dengan senaman pasif dan diteruskan dengan senaman aktif Intervensi fisioterapi dalam pemulihan paru-paru pada masa ini adalah sangat penting.
Antara intervensi pemulihan paru-paru adalah :

  • Steam inhalation (penyedutan wap) / saline nebulizer (sejenis cecair yang digunakan dengan nebulizer
    untuk membantu mencairkan kahak)
  • senaman pernafasan menggunakan Active cycle of Breathing Technique (ACBT)
  • senaman pergerakan toraks
  • pembersihan saluran pernafasan dan penyedutan cecair dan kahak jika perlu
transfer breathing copy
Pergerakan dari katil ke kerusi Senaman Incentive Spiromete
ambulation  climbing
Ambulasi di dalam wad Latihan menaiki tangga

Pemulihan pergerakan anggota fisioterapi antaranya :

  • Senaman peredaran darah (circulatory exercise)
  • Senaman aktif untuk anggota atas dan anggota bawah badan (Sternal precaution – langkah penjagaan terhadap luka sternotomy semasa melakukan senaman)

Pemulihan Jantung Fasa 2 (selepas keluar wad dan 6-8 minggu)

Matlamat Pemulihan Jantung Fasa 2 adalah bagi meningkatkan aktiviti kefungsian, meningkatkan kapasiti aerobik meningkatkan kualiti hidup dan mencegah komplikasi lain.

Antara program senaman yang dibuat :

    • Latihan litar (circuit training) – termasuk senaman kekuatan dan senaman endurance

Contoh senaman : Berbasikal, treadmill, biceps curl, menaiki tangga dan berjalan

cycling exercise  climbing exercise
Berbasikal Senaman menaiki tangga
warm up upper cycle
Sesi pemanasan badan Senaman upper cycle

Rujukan :

    1. Brasher PA, McClelland KH, Denehy L, Story I. Does removal of deep breathing exercises from a physiotherapy program including pre-operative education and early mobilisation after cardiac surgery alter patient outcomes? Aust J Physiother 2003;49:165 -73
    2. Haeffener MP, Ferreira MG, Menna-Barreto SS, Arena R, Dall’Ago P. Incentive spirometry with expiratory positive airway pressure reduces pulmonary complications, improves pulmonary function and 6-minute walk distance in patients undergoing coronary artery bypass graft surgery. Am Heart J 2008;156:900.e1-8.
    3. Hirschhorn AD, Richards D, Mungovan SF, Morris NR, Adams L. Moderate intensity exercise improves distance walked at hospital discharge following coronary artery bypass graft surgery a randomised controlled trial. Heart Lung Circ 2008;17:129-38.
    4. Physical activity after heart attack and surgery: National Heart Foundation of Australia; 2003.
    5. www.nhlbi.nih.gov/health/health-topics/topics/cabg

Sumber gambar

1. (2014) Unit Fisioterapi Hospital Queen Elizabeth 2

Semakan Akhir : 23 Ogos 2019
Penulis : Sahira Nadiah Shirlen Oyon
Akreditor : Haironi bt. Ismail
Penyemak : Halimah bt. Hashim

Artikel Berkaitan

Tortikolis

Tortikolis bermaksud sebagai teleng kepala atau senget kepala yang disebabkan oleh posisi kepala dan leher yang tidak normal dan tidak simetri.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,822

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia