A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Warga Emas
  4. /
  5. Kecergasan & Anda
  6. /
  7. Senaman yang Selamat

Senaman yang Selamat

Garis panduan dibawah ini boleh melindungi anda dari kecederaan akibat daripada senaman dan membolehkan anda bersenam secara menyeronokkan.

  • Dapatkan nasihat doktor sebelum memulakan program senaman kecergasan.
  • Mulakan senaman dengan perlahan dan tingkatkan secara beransur-ansur untuk beberapa minggu bila anda semakin lebih cergas.
    • Mulakan senaman berselang seli 2 – 3 minit, dengan 2 – 3 minit berehat selama 15 minit.
    • Aktiviti senaman perlu ditambah 2 – 3 minit setiap minggu sehingga mencapai 30minit
  • Mulakan dengan aktiviti memanaskan badan untuk mengelakkan rasa sakit dan kesakitan selepas senaman.
  • Menyejukkan badan dengan membuat aktiviti ringan seperti berjalan atau melakukan rengangan bagi mengelakkan pening dan sakit.
  • Perlahankan aktiviti anda jika anda mengalami kesukaran bernafas semasa melakukan senaman. ( rujuk Kemampuan Senaman)
  • Berhenti dengan serta merta jika anda mengalami:
    • Ketidakselesaan
    • Sakit
    • Pening
  • Pakaian mestilah bersesuaian, longgar dan selesa serta pakai kasut yang sesuai.
  • Masa yang paling sesuai untuk melakukan senaman:
    • Setiap pagi (sebelum 9.30 pagi waktu Malaysia )
    • Petang ( selepas pukul 6 petang )
  • Persekitaran tempat senaman:
    • Permukaan yang rata.
    • Suhu dan kelembapan udara terkawal.
    • Kawasan redup/teduh.
    • Tempat yang cukup terang.
  • Pastikan anda mengambil minuman yang secukupnya, sebelum, semasa dan selepas senaman untuk menggantikan kehilangan peluh.
  • Amalkan senaman pernafasan diantara senaman.
  • Jika anda pengidap penyakit diabetes:
    • Bawa gula-gula/manisan bersama anda. Makan sekiranya anda berasa pening kerana keadaan hipoglasemia (paras glukos rendah) mungkin terjadi.
    • Pakai kasut yang berlapik dan selesa, bersarung kaki untuk mengelakkan dari kecederaan kaki.
    • Jangan melakukan senaman semasa lapar atau kenyang.
  • Jika anda mengidap tekanan darah tinggi:
    • Berhenti bersenam jika pening, sakit dada dan sukar bernafas.
  • Jika anda gemuk:
    • Jangan lakukan senaman yang terlalu aggresif dan cuba minimakan pergerakan yang berimpak tinggi bagi mengelakkan kecederaan pada otot-otot

Kemampuan Senaman

  • Ujian Percakapan:Perlahankan intensiti anda sekiranya anda sesak nafas bila bercakap semasa bersenam.Tingkatkan intensity anda sekiranya anda masih mampu bergelak semasa bersenam.
  • Kira Sasaran Denyutan Jantung Anda :
    220 – umur x 60% Denyutan Jantung
Contoh:Jika umur anda 70 tahun
220 – 70 = 150
150 x 0.60 = 90
150 x 0.90 = 135
  • Cuba kekalkan denyutan jantung diantara 90 dan 135 seminit.
  • Dapatkan nasihat doctor jika:
    • Denyutan jantung semasa berehat hampir atau melebihi sasaran denyutan jantung anda
    • Anda sedang mengambil rawatan ubatan yang boleh merperlahankan denyutan jantung.
  • Untuk mendapatkan denyutan jantung anda, rasa denyutan nadi dipergelangan tangan selari dengan pangkal ibujar.
  • Untuk mengira denyutan jantung anda, rasa dan kira denyutan nadi selama 60 saat (1 minit).

Untuk keterangan lanjut sila rujuk kepada Bebanan Senaman

Bebanan Senaman

Metabolic Equivalent (METS) ialah kadar pengukuran metabolisma asas dalam keadaan rehat. Senaman yang dilakukan pada 2 METS memerlukan 2 kali ganda tenaga yang diguna dalam keadaan rehat dan seterusnya. Kadar metabolisma asas adalah amaun/jumlah oksigen yang digunakan setiap minit bagi setiap kilogram berat badan. Ia bersamaan dengan 3.5 kilokalori/kg/jam. Untuk pengukuran kadar tenaga yang digunakan semasa aktiviti fizikal,

formula berikut digunakan:

Kadar Penggunaan tenaga/min
=0.0175 kal/kg/min x MET x berat badan (kg)
= kalori /min
= kal/min x 60

Di bawah ialah contoh-contoh penggunaan tenaga untuk pelbagai berat badan dan aktiviti.

Anggaran Penggunaan Tenaga (METs)/kalori(kilokalori/jam):

METs
Aktiviti
Berat(Kilogram)
40
50
60
70
1
  • Duduk di atas tandas
42 53 63 74
1.5
  • Mandi-dalam keadaan duduk
  • Menaip
63 79 95 110
2.0
  • Berdiri dan bersedia untuk tidur
  • Mengena dan membuka pakaian
  • Perapian diri
  • Makan
84 105 126 147
2.3
  • Menggosok pakaian
97 121 145 169
2.5
  • Menghidang makanan dan menyediakan meja makan (secara berjalan atau berdiri)
105 131 158 184
3.0
  • Berjalan menuruni tangga
  • Membawa anak yang boleh bercakap
126 158 189 220
3.5
  • Melakukan kerja rumah-menggunakan mesin hampagas
  • Berjalan dan mendukung bayi
147 184 220 257
3.8
  • Menyental lantai
160 200 239 279
4.0
  • Menjaga wargatua/orang dewasa yang kurang upaya
168 210 252 294
4.5
  • Berlari anak di atas landas angkat
  • Mencuci dan mengilap kereta
189 236 284 330
5.0
  • Berkebun-menggali/menyodok
210 263 315 368
6.0
  • Mengayuh basikal (santai/perlahan)
  • Mengalih barang perabot
252 315 378 441
7.0
  • Berlari anak
  • Berenang – kuak lentang
294 368 441 5157
7.5
  • Membawa barang-barang runcit menaiki tangga
315 394 473 551
8.0
  • Menunggang basikal (kadar sederhana)
336 420 504 580
11.0
  • Berenang- kuak dada/kuak kupu-kupu
462 578 693 809

 

Semakan akhir : 26 April 2012
Penulis : Sarkuna Devi
: Normah bt. Nordin
: Thillainathan a/l Krishnan
Penyemak : Dr. Mohmad bin Salleh

 

Artikel Berkaitan

Mengendali Diri sebagai Penjaga Warga Emas

Adalah menjadi kewajipan setiap individu untuk melindungi dan menjaga ahli keluarga yang sudah tua, sebagai penghargaan terhadap jasa dan bakti mereka yang tidak ternilai terhadap kita.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,767,443

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia