A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Senyuman Menarik

Senyuman merupakan perkara pertama yang dilihat seseorang individu. Ia menggambarkan kesihatan dan kebahagiaan empunya diri.

Pengenalan

Senyuman merupakan perkara pertama yang dilihat seseorang individu. Ia menggambarkan kesihatan dan kebahagiaan empunya diri. Ia juga menggambarkan personaliti, kegembiraan dan keyakinan individu. Senyuman yang menarik boleh menunjukkan keyakinan dan harga diri yang tinggi. Pada masa kini, kemajuan dalam bidang pergigian restoratif membolehkan doktor gigi membuat rawatan pergigian bagi menghasilkan senyuman menarik yang kelihatan asli.

Bagaimana Menjadikan Senyuman Lebih Menarik?

Gabungan rawatan pergigian kosmetik boleh meningkatkan penampilan gigi dan senyuman anda, memulihkan fungsi gigitan dan mengembalikan kedudukan asli otot-otot.. Antara rawatan yang mungkin diperlukan termasuklah:

  • Menyusun gigi yang tidak teratur
  • Memulihkan gigi yang patah atau terserpih
  • Menggantikan gigi yang hilang
  • Menutup ruang di antara gigi
  • Membaiki senyuman yang menampakkan terlalu banyak bahagian gusi
  • Mencerahkan warna gigi
  • Dan lain-lain

Proses ini mungkin melibatkan gabungan venir porselin, tampalan sewarna gigi, korona, jambatan dan pemutihan gigi.

Bagaimana Proses Ini Dilakukan?

Doktor pergigian akan memeriksa dan menentukan status kesihatan pergigian anda. Sebelum rawatan kosmetik dimulakan, masalah kesihatan yang sedia ada perlu dirawat terlebih dahulu untuk memastikan anda sihat untuk menjalani rawatan pergigian.

Bagi rawatan kosmetik pergigian, anda dan doktor pergigian anda boleh berbincang untuk menentukan gaya senyuman baru yang dikehendaki.

  • Apa yang anda inginkan pada senyuman anda?
  • Apakah yang anda tidak suka tentang senyuman anda dan apakah yang mahu diubah?
  • Apakah pilihan rawatan yang ada untuk mencapai tujuannya?
  • Berapakah kos bayaran yang perlu untuk menjalani rawatan kecantikan ini

Setelah gaya senyuman ditentukan, beberapa rawatan akan dijalankan. Anda akan diberikan senyuman ‘baru’ dengan restorasi sementara terlebih dahulu kerana restorasi (seperti venir, korona dan jambatan) memerlukan dua hingga empat minggu untuk disiapkan. Seterusnya restorasi sementara akan ditanggalkan dan diganti dengan restorasi kekal.


Sebelum Rawatan Tampalan
 

Selepas Rawatan Tampalan Pada Gigi Depan Rahang Bawah
     

Tampalan Lama Pada Gigi Depan Atas Yang Tidak Cantik
 

Tampalan Baru Di Gantikan Pada Gigi Depan Atas
     

Sebelum Rawatan
 

Selepas Rawatan Korona
     

Komplikasi

Tiada komplikasi yang dikaitkan dengan rawatan ini selagi kebersihan mulut dijaga dengan baik.

Berapa Lama Proses Ini Dijalankan?

Tempoh rawatan bergantung kepada jenis rawatan yang dijalankan. Jika anda hanya memerlukan pemutihan gigi, maka proses rawatan mungkin memerlukan satu jam sahaja. Tetapi untuk rawatan yang lebih kompleks, seperti venir porselin atau korona porselin, anda perlu ke klinik pergigian untuk beberapa kali lawatan.

Harga Rawatan

Bayaran bergantung kepada pelan rawatan yang telah dipersetujui. Rawatan biasa sering kali melibatkan venir porselin untuk 10 batang gigi hadapan. Harga satu venir biasanya di antara RM 280 ke RM 1500 bergantung kepada bayaran makmal, kepakaran dan lokasi klinik pergigian tersebut.

Semakan Akhir : 23 Ogos 2019
Penulis / Penterjemah : Dr. Roshima bt. Mohd Sharif
Penyemak : Dr. Rohani bt. Mahmood
    Dr. Chua Meei Jinn
    Dr. Roshima bt. Mohd Sharif

 

Artikel Berkaitan

Penjagaan Mulut untuk Orang Berkeperluan Khas

Langkah Beritahu, Tunjuk, Buat ‘BTB’ ini boleh mengurangkan kebimbangan seseorang untuk menjalankan pembersihan mulut. Bagi memulakan pemberusan gigi ‘Beritahu’ mereka apa yang akan kita lakukan.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,616

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia