Utusan Malaysia Selasa, 31/05/2011 Sepanyol sangkal timun mereka penyebab E-Coli MADRID 31 Mei – Sepanyol menegaskan bahawa tidak ada bukti yang menunjukkan timun mereka menyebabkan wabak Escherichia coli (E-Coli) di Jerman yang telah mengorbankan 14 orang. Sepanyol dalam pada itu turut menuntut untuk diberikan penjelasan mengapa pekebun mereka dipersalahkan. Wabak E-Coli yang dibawa oleh timun tercemar yang turut menyebabkan 300 orang sakit tenat di Jerman telah merebak ke negara-negara utara Eropah dan dijangka semakin buruk dalam tempoh beberapa minggu ini. Menurut laporan media, pekebun di Andalusia, selatan Sepanyol telah kerugian antara 7 juta euro (RM30 juta) hingga 8 juta euro (RM34 juta) sehari sejak wabak itu tercetus minggu lalu. – Reuters
|
|
{module berita:news} |