Apakah gejala atau simptom asma?
Simptom asma termasuklah:
- Sesak nafas
- Ketat dada
- Berbunyi semasa menghembus nafas (berdehit)
- Batuk, terutamanya pada waktu malam
Tanda-tanda amaran serangan asma akut adalah:
- Batuk tidak berhenti terutamanya pada waktu malam
- Perlu menggunakan ubat sedutan pelega
- Mudah sesak nafas
- Fungsi paru-paru menurun jika di ukur
Dapatkan rawatan segera di pusat kesihatan terdekat jika:
- Ini adalah “serangan asma pertama”, dan anda sihat sebelum ini
- Ubat pelega tidak berkesan dalam masa 20 minit
Tanda-tanda KECEMASAN yang perlu perhatian SEGERA:
- Jika anda tidak boleh bercakap
- Bibir atau kulit menjadi kebiruan
- Tulang rusuk kelihatan “disedut” ke dalam semasa menarik nafas (“chest retraction”)
- Letih atau tidak bermaya (“lethargy”)
Ini adalah Tanda-tanda di atas menunjukkan paras oksigen yang rendah dalam darah
INGAT! PENTING untuk mengenalpasti faktor-faktor yang boleh mencetus serangan asma akut supaya anda dapat MENGHINDARINYA
MITOS DAN FAKTA
MITOS Asma adalah penyakit berjangkit
|
FAKTA Asma bukanlah penyakit berjangkit .Ia adalah sejenis penyakit di mana terdapat radang di saluran pernafasan menyebabkannya menjadi sempit dan sensitif terhadap faktor-faktor pencetus di persekitaran |
---|
MITOS Penyakit asma boleh sembuh |
FAKTA Secara umumnya asma tidak boleh sembuh TETAPI ia boleh dikawal sepenuhnya dengan rawatan yang tepat.
|
---|
MITOS Pesakit asma tidak boleh bersenam |
FAKTA Senaman adalah penting untuk semua orang. Dengan kawalan yang baik pesakit boleh melakukan senaman biasa dan berat. Walau bagaimanapun, pesakit asma perlu memanaskan dan menyejukkan badan setiap kali sesi senaman.
|
---|
MITOS Penyakit asma tidak serius dan tidak boleh membawa maut |
FAKTA Ini adalah salah sama sekali. Asma yang Serangan asma akut boleh menyebabkan kematian, Terutamanya jika asma tidak terkawal sepenuhnya. Ini adalah tragedi yang boleh dielakkan dengan sempurna, Jika mendapat serangan akut boleh berakhir dengan tragedi kematian rawatan yang cepat dan tepat.
|
---|
MITOS Seseorang pesakit asma boleh ketagih dengan ubat sedutan (inhalers) |
FAKTA Ubat sedutan adalah tunggak utama rawatan penyakit asma dan ia sama sekali TIDAK menyebabkan ketagihan tidak berlaku.
|
---|
MITOS Rawatan secara oral (tablet atau sirap ) adalah lebih baik dari ubat sedutan |
FAKTA Rawatan secara sedutan menyebabkan ubat terus Tunggak rawatan asma adalah dengan inhaler kerana ia terus diserap ke saluran pernafasan. untuk merawat radang secara langsung. Ubatan secara oral boleh memberi kesan sampingan lebihyang ketara kerana ia perlu diserap ke dalam darah sebelum dialirkan ke paru-paru dan saluran pernafasan |
---|
MITOS Ubat sedutan asma mengandungi steroid yang kuat dan hanya diberikan kepada pesakit asma yang teruk |
FAKTA Steroid melalui alat sedutan diberikan untuk mengawal asma walaupun diperingkat tidak awal / kurang teruk
|
---|
Last Reviewed | : | 12 November 2014 |
Writer | : | Dr. Norhaya bt. Mohd Razali |
Accreditor | : | Dr. Mariana bt. Daud |